عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ وَلَا تَحَسَّسُوا وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا
 

Dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda: “Jauhilah prasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah ucapan yang paling dusta, janganlah kalian saling mendiamkan, janganlah suka mencari-cari isu, saling mendengki, saling membelakangi, serta saling membenci, tetapi, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara.” (HR Bukhari No: 5604)


- Minggu lepas aku ada beli barang online. Pendek cerita, barang tu ialah krim muka yang selalu aku pakai sebab yang ada dah habis. Krim muka tu aku beli dari Sephora, kalau siapa yang pernah beli online dari Sephora tau la yang kotak parcel dia belang hitam dan putih.


Alamak, takde pulak gambar sisi yang boleh nampak kotak ni belang hitam putih

Bila parcel sampai, delivery guy Whatsapp gambar kotak ni dekat rak parcel kat bawah. Kebetulan masa tu aku keluar ambik budak-budak di sekolah jadi aku pun cuma jawab ‘noted, thanks’. Bila aku balik, aku pun cari la kotak tu.

Masa tu ada kereta Proton Saga berhenti jugak dan pemandu perempuan tu pun tengah ambik parcel dia di rak masa aku sampai. Tapi dia macam laju-laju je ambik terus blah. Aku cari-cari kotak parcel aku di rak tapi takde kat tempat yang dalam gambar Whatsapp tu. Puas aku selongkar kot-kot terjatuh tapiiiiii takde jugak.

Automatik, aku terus jatuh prasangka buruk kepada:

  1. Penghantar parcel - entah2 dia pura2 ambik gambar lepas tu rembat kasi girlfriend sebab kat luar kotak tu dah tulis parcel tu dari Sephora.
  2. Perempuan dalam kereta Proton Saga - masa aku sampai dari jauh tengok dia tengah belek2 parcel lepas tu aku sampai dia laju2 je ambik barang terus blah. Ke dia yang curi?
  3. Penghuni blok lain - ni mesti kes ambik je tak tengok alamat atas parcel, lepas tu tak reti nak pulangkan balik!

Gitu sekali prasangka buruk aku, astaghfirullahal’adzim!

Malam tu aku turun carik lagi tapi memang tak jumpa. Masa ni dah pasrah parcel aku kena rembat. Kecewa tak usah cakap, tapi aku terpaksa redha je la.

Esok paginya, tiba-tiba aku dapat panggilan dari nombor tak dikenali. Rupa-rupanya pak guard yang call. Dia ternampak parcel aku dan dia ambik untuk simpan di guardhouse. Katanya sebelum ni pernah dapat aduan parcel macam kotak aku tu pernah hilang. Jadi dia ambik inisiatif letak dekat guardhouse tapi dia lupa call nombor aku kat atas atas kotak tu sebelum dia balik. Pagi besoknya baru dia teringat.

Masa tu lega dan malu bercampur-baur. Lega parcel aku tak hilang, tapi malu dengan perangai sendiri yang cepat berprasangka buruk dengan orang lain. Peringatan buat diri-sendiri, jangan cepat berprasangka buruk sebab boleh mendorong kepada ucapan dusta. Bayangkan kalau aku jenis terburu-buru terus Whatsapp delivery guy tuduh dia yang curi, atau aku mengadu dekat management yang penghuni kereta Proton Saga putih tu ambik parcel aku? Padahal sebenarnya dua-dua benda tu tak berlaku? Tak ke ia akan jatuh kepada dosa dusta dan fitnah yang cuma boleh diampunkan bila orang yang aku fitnah tu memaafkan kesalahan aku?

6 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah… aah pak guard tu baik sbb sepatutnya bukan tugas dia pun nak jaga parcel yg sampai

      Delete
  2. Alhamdulillahhh, baik sungguh hati pak guard tu simpankan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, klu tak mungkin betul2 lesap parcel tu huhu...

      Delete
  3. Saya pun kadang-kadang berprasangka buruk juga. Itulah perlunya bertenang... ahaks!

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .