Malam semalam kakak ajak kami keluar makan sama2 di Secret Recipe.

Awalnya aku berniat nak ke pasar malam, tapi aku batalkan hasrat sebab cuaca malam tadi tak berapa elok, siap pakej guruh & kilat di langit.

Sebenarnya dah lama tak jejak kaki ke Secret Recipe. Baru tau Hokkaido Cheese Tart tu kepunyaan Secret Recipe huhuu.... Cheese Tart ni memang favourite anak-anak sejak dulu lagi. Bila tengok ada kiosk Hokkaido Cheese Tart ni di Secret Recipe, terus la dieorang request nak beli perisa original.


Secret Recipe Malaysia
Sekarang dah ada bermacam-macam perisa

Hokkaido Baked Cheese Tart
Salted caramel ni rasanya yang terbaru

Mungkin betul la kot kata2 Kak Amie, semalam ialah pesta pasta. Sebabnya kakak aku dan anak-anak masing-masing order pasta untuk makan malam:


Secret Recipe Malaysia
Khayla seperti biasa order Mac 'n' Cheese

Secret Recipe Malaysia
Spaghetti Meatballs pilihan kakak aku

Khadeeja pulak order spaghetti bolognese ayam (gambar tak sempat nak ambik sebab dia dah makan dulu). Untuk aku pulak, aku pilih nasi goreng Shanghai sebab tengahari dah makan pasta:

Secret Recipe Malaysia

Bagi aku nasi gorengnya biasa-biasa je dan sedikit pedas, tambah pulak dengan chilli oil. Sedikit menyesal sebab tak order nasi goreng kesukaan aku iaitu Nasi Goreng Thai.

Untuk pencuci mulut pulak, memandangkan anak-anak dah pilih cheese tart, aku pulak teringin nak cuba kek premium yang baru di Secret Recipe.


Secret Recipe Malaysia
Pilihan kek yang ada

Bila nampak kek ni, aku teringin pulak nak cuba:

Secret Recipe Malaysia
Hokkaido Triple Cheese Cake dibuat daripada 3 jenis keju - parmesan, mascarpone dan cream cheese

Ternyata kek ni sangat sedap, Masha Allah! Gabungan tiga jenis keju ni memang mantap - makan pun tak rasa muak. Suka bahagian parmesan dan mascarpone yang manis tapi diseimbangkan oleh rasa sedikit masam dari lapisan cream cheese.

Secret Recipe Malaysia
Officially my favourite cake so far at Secret Recipe

Secret Recipe sekarang dah menawarkan SR Rewards untuk sesiapa yang mendaftar jadi ahli, iaitu sambil makan atau membeli kek Secret Recipe, ahli boleh kumpul mata ganjaran. 

Kategori ganjaran yang boleh dinikmati sebagai ahli SR Rewards:


Secret Recipe Malaysia

Kesemua ganjaran dalam bentuk baucer tunai yang boleh digunakan untuk dapat diskaun atau makanan percuma bila makan di Secret Recipe.

Yang bagusnya, tak perlu nak muat turun aplikasi sebab boleh login terus dari laman web Secret Recipe untuk dapatkan QR code keahlian dan tebus baucer.

Kalau ada kawan2 yang berminat dan belum lagi mendaftar keahlian, boleh daftar menggunakan kod referral ni sebab boleh dapat 300 mata ganjaran bila korang daftar ye:


Secret Recipe Malaysia

Use my referral code and get 300 points for both of us! https://member.secretrecipe.com.my/r/84VBQS
(750 pts = RM5 cash voucher) 

More Benefits:
Welcome Gift
Birthday Gift
Exclusive Members Only Promotion

Join Now!

18 comments:

  1. Replies
    1. Nampak begitulah uncle. Join la jadi member nanti boleh belanja aunty makan kek SR ;)

      Delete
  2. Suka keju yang pelbagai tapi itulah takut muak. Nasib baik srimbang rasa ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya kalau pakai cream cheese je mesti cepat muak sbb cream cheese ni pekat. Mascarpone ni ringan je dan kurang manis, parmesan pulak tekstur serbuk jadi gabungan tiga2 ni jadikan kek ni tak muak.

      Delete
  3. Wah, betul-betul rupanya pesta pasta ye. Selamat menjamu selera!
    Saya suka makan di SR, banyak kek yang sedap. Tapi macam agak lama pula tak kunjung ke sana. Rindu pula lamb pie. Entah ada lagi entah tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Amie, sedap2 kek SR. Samalah lama tak jejak kaki ke SR baru tau Hokkaido Cheese Tart tu bawah SR. Menu pun ada yang baru.

      Delete
  4. Semua menu nampak sedap . Lama tak kunjung ke Secret Recepi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menu SR boleh tahan sedap. Saya suka pasta bolognese kat sini.

      Delete
  5. Hokkaido Cheese tart tu sedap kannn.. saya tak reti makan dekat SR, selalu beli kek dan minum kopi. Next time nak cuba makanan dia pula la. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cheese tart tu mmg favourite anak2 saya. Boleh try makanan SR, favourite saya Nasi Goreng Thai, noodle tom yum & spaghetti bolognese.

      Delete
  6. Terima kasih kerana sudi lagi singgah blog saya dan maaflah ye lama tak bersiaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah baca update KA pasal kunjungan ke zoo teruntum di kuantan. Bila ada masa update la lagi ye :)

      Delete
  7. Sedapnya.. teringin pulak nak cuba Kek Hokkaido Cheese tu..

    ReplyDelete
  8. Sr memang sedapp semuanya
    ciknur paling suka kek carrot nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah cuba lagi carrot cake SR, suka kek lobak merah yang lembap2 gitu. Mungkin boleh cuba next time :)

      Delete
  9. Lamanya tak makan Secret Recipe sejak harga dia makin kayangan. Sekali-sekala bolehla. Nak jugak try kek Hokaido tu. Mesti fluffy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jadi member SR tu berbaloi la jugak sebab boleh redeem voucher diskaun & makanan percuma. Kek ni tak fluffy, tapi saya suka sbb tak manis & tak muak sgt :)

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .