Hari ni sekolah anak-anak sambut cuti peristiwa sempena hari sukaneka sekolah Sabtu lepas. 

Seawal jam 7.30 pagi kami dah gerak ke tempat sukan sekolah diadakan iaitu berhampiran dengan Tasik Titiwangsa. Sangka kami, akan sampai awal sebab biasanya trafik lancar je hari Sabtu. Siapa sangka Sabtu lepas banyak pulak aktiviti diadakan di Tasik Titiwangsa, dari bulatan Pahang lagi dah sesak dengan kenderaan menuju ke Tasik Titiwangsa! Sudahnya terpaksa letak kenderaan atas bahu jalan sebab tempat letak kereta memang penuh.

Khadeeja masuk rumah sukan Amethyst - tapi tema kawad mereka ialah 'Pirate'. Siap pakai penutup mata macam Captain Hook. Gempak kan?


All-girls pirates...

Perbarisan masuk ke padang rumah lanun diiringi dengan lagu 'Sea Shanty Medley'

Rumah sukan kakak pulak ialah 'Ruby' yang bertemakan bunga raya.


Memang sesuai sangat dengan jiwa kakak yang lembut hehe

Srikandi Bunga bersedia masuk ke gelanggang sukan

Sebelum acara sukaneka bermula, Ketua Pengawas (Head Girl) mengetuai bacaan ikrar akan bertanding dengan penuh semangat kesukanan:



Lepas bacaan ikrar dan bacaan doa, acara seterusnya ialah tarian oleh tahap satu dan zumba oleh tahap dua:


Persembahan zumba oleh pelajar-pelajar tahap dua

Ada empat rumah sukan semuanya - Amethyst (Ungu), Amber (Kuning), Ruby (Merah) dan Emerald (Hijau)

Ada tiga je acara sukaneka ni - lari berganti-ganti, seret bola dalam gegelung dan dodge ball.


Khadeeja (hujung sekali) tengah tunggu kawan hulur baton

Khayla beraksi dalam permainan dodge ball

Untuk parents pulak ada jugak acara iaitu boling padang untuk kaum ibu dan tarik tali untuk kaum bapa. Memandangkan aku bertugas sebagai sukarelawan medik, jadi aku tak ikut la aktiviti boling padang tu. Tapi Suami Terchenta join acara tarik tali. 


Confident kena ada sebelum kalah hahaha!

Kaum bapa bersedia menunjukkan macho masing-masing sebelum tersungkur dengan pihak lawan 😝

Keputusan hari sukaneka sekolah - rumah Amethyst (Lanun) membolot tempat pertama untuk ketiga-tiga acara hari tu. Wow, memang tinggi semangat persaingan dieorang!


Wakil-wakil naik ke pentas mengambil medal emas

Rumah Ruby pun tak kurang hebatnya di tempat ketiga:


Tetap tersenyum di tempat ketiga

Balik dari sukaneka, lepas mandi semua terus pengsan keletihan hahaha! Syabas kepada anak-anak yang bermain dengan penuh semangat.



14 comments:

  1. Alhamdulilah, meriah tahun ni dengan sukan sekolah, dah dua tahun senyap je kannn.. bosan bebudak.. Aunty dulu, dari darjah satu sampai enam, rumah hijau manjang hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah pepel ada tak masa tu? Kalau ada mesti sislin dah usaha nak tukar rumah sukan kan? hehehe

      Delete
  2. semangat semua., tahniahnyerr ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semangat... dah lama tak join sukaneka. terima kasih Wak ;)

      Delete
  3. Hebat Pirate sapu semua. Tapi kreatiflah tema pirate. Manalah cikgu tu dapat idea. Banyak tengok Spongebob kot. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Agaknya la kot.Tapi team lanun paling bersemangat hari tu.

      Delete
  4. Seronok tahun nie dah ada macam-macam aktiviti sekolah buat kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... dah 2 tahun tak de aktiviti, byk masa menghadap laptop je syukur tahun ni berpeluang join sukaneka sekolah.

      Delete
  5. Seronok sangat tu sampai pengsan keletihan. Menariknya ada team lanun! Kreatif!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama tak join sukaneka, begitulah jadinya. Memang kreatif team lanun, budak2 pun jadi bersemangat nak menang.

      Delete
  6. alahai comel aje lanun2 muslimat ni.. tahniah menang besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah nampak dieorg bersemangat jadi lanun hehe. Terima kasih…

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .