Petang Jumaat kelmarin, tiba-tiba kakak mengajak makan malam bersama. Alhamdulillah, baru berura-ura nak ke pasar malam tapi orang nak belanja makan di tempat kayangan, iaitu di Positano Risto, Publika. Wah, apa tunggu lagi, bak kata orang Itali - 'Mangiamo!' (Let's eat!)


Positano Risto KL


Positano Risto KL
Restoran Positano Risto ni terletak di bahagian luar bangunan Publika


Siapa sangka restoran berkonsepkan makanan Itali ni diasaskan oleh orang Muslim:


Positano Risto KL
Sumber: positanoristo.com.my/about-us

Menurut laman web restoran ni, sepasang suami isteri bernama Imran dan Kamilah melancong ke Capri dan Pompeii pada 2014. Dieorang fall in love dengan kecantikan bandar tepi pantai tu tapi berdepan dengan masalah nak cari makanan Itali yang halal di sana. Lepas tu timbul idea dan inspirasi untuk bukak restoran Itali yang halal di 66 Bussorah Street, Singapura, diikuti dengan cawangan di Publika KL. Nama restoran ni pun diambil sempena dengan nama bandar tepi pantai di Amalfi Coast, Itali.

Nasib kami baik sebab malam tu restoran tak penuh. Walaupun tak buat tempahan awal, kami masih dapat tempat duduk dalam restoran. Sambil tunggu makanan sampai, aku sibuk admire bongkah kayu yang menghiasi siling restoran dan sedikit ralit memerhati chef memasak pizza dalam oven di sebelah meja kami.


Positano Risto KL
Kakak dan Khayla

Positano Risto KL
Tempat membakar pizza dekat belakang Suami Terchenta


Kakak aku nak cuba setiap kategori makanan, dari appetizer, main course sehinggalah dessert. Memang rambang mata dibuatnya ditambah lagi dengan perut yang dah berkeroncong, rasa nak order semua je dalam menu! In the end, ni la makanan yang kami order malam tu:

Positano Risto KL
Truffle Fries

Truffle fries ni memang appetizer yang sangat sesuai untuk dikunyah sambil tunggu makanan sampai. Sedap yakmat! Memandangkan aku memang gemar dengan perisa truffle ni, aku memang suka sangat truffle fries ni sebab rasa truffle oil nya yang kuat, ditambah lagi dengan pecorino cheese yang ditabur atas kentang goreng ni. Squisito!

Bila makan di restoran Itali memang tak lengkap kalau tak cuba pizza. Khadeeja pilih pizza ni:


Positano Risto KL
Five Cheeses Pizza

Ni memang resipi pizza original dari Itali iaitu lapisan kerak yang nipis dan rangup disapu dengan lapisan sos tomato  dan topping menggunakan lima jenis keju - mozzarella, cheddar, burrata, feta dan parmesan. Tak tau nak explain macamana sedapnya pizza ni... perfetto!👌

Macam biasa Khayla bila pergi mana-mana mesti akan pilih menu ni:


Positano Risto KL
Signature Mac N Cheese

Mac n cheese kat sini lain dari yang biasa kita jumpa di restoran lain sebab dihidang dengan peha ayam. Ayamnya sedikit kering dan tak berapa juicy, mungkin sebab dibakar dalam oven?

Aku pulak pilih ravioli:


Positano Risto KL
4 Cheeses Pesto Ravioli

Sila jangan kecam, asyik-asyik makan keju hehe. Nak buat macamana, aku memang hantu keju. Lebih-lebih lagi keju Itali ni antara yang tersedap di dunia. Haa, gitu sekali kan. Ravioli ni sebenarnya pasta jugak, cuma dalam tu diisi dengan white cheddar, mozzarella, parmesan and Danish blue cheese,  dimasak dalam sos pesto dan dihias dengan parmesan tuile (yang nampak macam keropok tu).

Kakak aku pilih nak makan lamb shank:


Positano Risto KL
Lamb Shank

Lamb shank ni dihidang bersama kentang putar dan roasted veggie. Kuahnya sedikit manis tapi bagi aku sedap je. Yang best nya, dagingnya lembut sangat, memang fell off the bone gituh.

Akhir sekali Suami Terchenta pilih menu ikan:


Positano Risto KL
Baked Norwegian Salmon

Nampak menarik kan? Suami Terchenta makan sampai habis semua tu kecuali tomato je sebab dia tak gemar tomato.

Moving on to dessert. Oleh sebab kami dah kekenyangan, jadi kami cuma order dua jenis dessert yang dipilih oleh Khayla dan Khadeeja.


Positano Risto KL
Mixed Berries Panna Cotta

Jeli strawberry pilihan Khadeeja yang dihias dengan jem beri, strawberry, serbuk biskut dan aiskrim vanilla ni just nice lepas menikmati makan malam yang berat.

Satu lagi pencuci mulut pilihan Khayla yang ada aiskrim jugak:


Positano Risto KL
Molten Lava with Vanilla Ice Cream

OK la, dua-dua pun sedap dan menarik.

Ada banyak lagi pilihan kek dan dessert yang menarik kat sini, tapi cukuplah ambik gambar je kali ni sebab dah kenyang bangat:


Positano Risto KL

Oh ya, sebelum lupa minuman kat sini pun sedap-sedap jugak:


Positano Risto KL
Mocktail kami - Lychee Di Menta dan Maroon 6

Overall memang puas hati dengan layanan dan makanan di sini. Terima kasih buat kakak yang bermurah hati berkongsi rezeki dengan kami. Semoga dimurahkan rezeki kakak.

Lokasi restoran:
Positano Risto @ Publika KL
Block C1, Lot 2, Level G3,
Publika Shopping Gallery,
Solaris Dutamas, No. 1,
Jalan Dutamas 1,
50480 Kuala Lumpur.

Masa Operasi: 11 pagi - 10 malam
Nombor telefon: +603-6411 3799
WhatsApp: +6010-400 6944

14 comments:

  1. Perghh Lamb Shank tu mengoda betul... sesekali kann, kalau selalu ermmm hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sedap betul lamb shank tu, daging lembut sangat. Kalau selalu org belanja apa salahnya hehehe

      Delete
  2. Hehe macam manalah harga keseluruhan.
    Mesti senyum kepuasan sebab sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, semoga murah rezeki kakak belanja makan malam di tempat kayangan. Alhamdulillah, semua happy lepas makan hehe

      Delete
  3. Fuh.. mcm eksklusif jak tempat ya... ok kah harganya tek? mun nyaman nang berbaloilah kan?

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, menerima pelawaan makan in syaa Allah akan berlipat ganda rezeki buat yang belanja dan yang dibelanja. Istimewa pula tempatnya tu. Semua menu nampak sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen YRA... iye, tempat ni agak eksklusif. Menu yang kami cuba hari tu semuanya sedap2 alhamdulillah..

      Delete
  5. Wah hebat orang Melayu ada restoran Itali. Panna cota tu selalu dengar disebut-sebut dalam Masterchef. Teringin gak nak makan restoran kayangan gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panna cotta ni rasa macam puding susu.

      Semoga ada rezeki utk Sal makan kat Positano Risto ni, Amin YRA

      Delete
  6. Nampak sedap semuanya makanan kat sini, ada rezeki rasa macam Kak Sue nak cuba juga nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah, kalau ada rezeki boleh try makan kat sini Kak Sue :)

      Delete
  7. alhamdulillah rezeki.. semua makanna nampak sedap.. lamb shank tu alahai.. terigin pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lamb shank yg paling mahal hari tu, tapi portion mmg besar.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .