Sejak aku duduk di KL ni, malas betul rasanya nak keluar rumah. Malas nak bersiap2 (ye la aku bukannya kat Bintulu lagi, kat sana pergi mall pakai seluar tido pun orang tak heran), hadap jalan jem (walaupun sekejap), carik parking, bukak phone tunjuk MySejahtera (sekarang dah tak payah) dan sampai kat parking nak kena pulak jalan jauh sambil angkut barang berat2 naik ke rumah bertingkat ni (rindu pulak rumah atas tanah kat sana).
Bila dah timbul mood malas ni tapi barang dapur pulak dah habis, penyelesaiannya ialah bukak website HappyFresh atau apps HappyFresh:
www.happyfresh.my |
Sebab-sebab aku suka guna HappyFresh:
1. Selalu ada promotion 'Free Delivery'
Biasanya bila spend lebih dari RM100 di pasaraya tertentu, layak dapat penghantaran percuma tau. Biasalah, bila beli barang-barang dapur seminggu sekali, mesti akan habis RM100 ke atas lebih-lebih lagi kalau ada budak-budak yang tengah membesar di rumah. Tinggal masukkan promo code je, dapat free delivery. Kalau pergi shopping sendiri, minyak habis lepas tu bayar parking lagi. Jimat, jimat...
2. Pilihan pasaraya berdekatan
Senarai pasaraya berdekatan rumah aku |
Kalau bahan kek, farmasi dan kedai makanan dan barangan haiwan peliharaan pun ada |
3. Shopper boleh tolong pilih barang lain kalau barang takde
Kalau brand yang kita nak dah habis stok, shopper akan tanyakan nak tukar brand lain atau keluarkan dari shopping list? Sangat membantu sebab aku penah beli dekat apps lain bila takde senyap je, tau2 dia masukkan balik kredit.
4. Boleh kumpul mata ganjaran = lebih banyak diskaun
Pendek kata, HappyFresh ni memudahkan hidup aku (masa kena Covid bulan Februari lepas memang aku bergantung dengan apps HappyFresh untuk beli stok barang dapur).
Tapi satu je la kelemahan HappyFresh. Nak cari pasaraya ekonomi macam Pasaraya KK, kedai-kedai runcit, mini-mart tu semua nan hado ye. Yang tu boleh cari dekat GrabMart atau PandaMart.
Pastu aku tak boleh la rambang mata capai barang letak dalam troli hihi. Sebabnya bila shopping barang dapur online ni, biasanya ikut senarai barang-barang yang nak beli itu je la yang aku akan cari.
Slalu nmpk iklan dia ni tp blm berkesempatan nak cuba happy fresh.. Maybe lps ni bole try jgk la soping guna happy fresh :)
ReplyDeleteCopy kod tu nnt dpt RM30 diskaun kak Ret :)
DeleteWah, banyaknya pilihan pasaraya dekat rumah Carneyz.
ReplyDeleteDuduk tgh2 KL, mmg byk option tapi selalunya akan pilih yg terdekat sbb delivery murah sikit (kalau tak de promotion free delivery)
DeleteItulah untungnya duduk area KL, segalanya dihujung jari je kan.
ReplyDeleteBetul, sebab KL ni masalah sejagatnya ialah traffic jam aje memanjang hehe. Sebab tu syarikat2 penghantaran mcm ni ada sambutan di KL. Kalau di tempat lama saya di Bintulu, nak kemana-mana tak susah & dekat jadi takde rasa malas nak keluar, seronok lagi ada.
DeleteSenang kan skrg ,order online je sampai dpn pintu rumah.
ReplyDeleteBetul tu Cik Nor. Masa tu boleh buat kerja2 lain dari 'terbuang' atas jalanraya & di kedai.
DeleteSis pun yang selalu keluar pun, tak rajin nk pi soping Karni.. paling tak, tak cukup bahan, beli PandaMart hahahaha
ReplyDeleteKan.. sejak zaman pandemik makin malas nak keluar shopping brg dapur. Fikir nak mengangkut barang naik rumah lagi terus rasa makin malas hahaha! Senang order online je.
Delete