Dari 2 minggu lepas aku dan beberapa parents kat sekolah anak-anak bertungkus-lumus buat research untuk ke Jepun sebab anak-anak kami terpilih dijemput untuk menyertai academic conference di Rikkyu University Tokyo Jepun 5-7 Ogos (hujung minggu ni). Undangan tu pun datang agak terkejut iaitu 2 minggu lepas.
Seperti yang semua orang sedia maklum, Jepun dah pun mula bukak sempadan untuk kemasukan pelancong mulai 1 Jun 2022 lepas. Tapi prosedur nak masuk ke Jepun sekarang tak semudah masa kami travel ke Jepun dulu.
Kredit imej: jrailpass.com |
Sebenarnya, aku agak sangsi dapat ke uruskan visa ke Jepun kurang dari 2 minggu? Kalau dulu nak ke Jepun tak susah sebab apply visa on arrival (masa dalam flight baru isi borang visa). Tapi dengan semangat yang tinggi dan tak mudah berputus asa, cikgu-cikgu cuba jugak usahakan mendapatkan dokumen-dokumen dari pihak penganjur conference di sana. Parents macam aku pulak tolong buat research dan pergi renew passport anak siap-siap. Baca pengalaman aku renew passport kat sini.
Bila dah lengkap semua dokumen, pagi semalam kami (parents, anak-anak dan cikgu-cikgu) pergi ke Kedutaan Jepun di Jalan Stonor untuk hantar permohonan visa. Sampai di sana, kami diberitahu sebelum hantar dokumen dan borang visa, sepatutnya kena buat temujanji melalui e-mel dulu.
Bila cikgu terangkan yang conference tu hujung minggu ni, dieorang advise yang proses memohon visa ni sepatutnya dibuat sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum berlepas, memandangkan terlalu banyak permohonan visa yang mereka terima sekarang. Jadi SLA mereka jadi panjang iaitu 5 hari bekerja untuk check permohonan visa melalui emel, 5 hari bekerja lagi untuk buat temujanji, dan sekurang-kurangnya 5 hari bekerja lagi untuk luluskan visa.
Mendengar penjelasan tu, kami semua pulang dengan perasaan sedikit hampa apa lagi sebab banyak effort dan tenaga dah dihabiskan buat research untuk memohon visa dan kemasukan ke Jepun. Nasib baik tiket tak beli lagi.
Tapi, bila fikir2 balik mungkin ada hikmahnya yang kami tak tahu. Sekurang-kurangnya kami dah belajar proses nak mohon visa ke Jepun. Jadi aku catatkan di sini apa yang kami belajar untuk panduan dan rujukan semua.
Buat sesiapa yang nak ke Jepun untuk tujuan berjalan-jalan, boleh rujuk artikel ni.
Kalau yang nak ke sana untuk urusan bekerja (business trip) / sambung belajar mungkin boleh rujuk langkah-langkah di sini (aku ringkaskan je dari laman web kedutaan Jepun di Malaysia based on pemahaman dan pengalaman kami 2 minggu ni, untuk maklumat lanjut boleh pergi ke laman web kedutaan atau telefon kedutaan)
Sebelum memohon visa Jepun
- Pastikan syarikat / pihak penganjur di Jepun memohon ERFS certificate secara online dan bagi salinan kepada korang beserta surat jemputan (invitation letter), itinerari setiap hari di Jepun dan dokumen sokongan lain (contohnya butiran lanjut tentang persidangan yang akan diadakan).
- Pastikan passport korang masih lagi sah.
- Sediakan dokumen lain contohnya surat pengesahan kakitangan dari HR atau surat pengesahan dari sekolah (untuk pelajar)
- Sediakan gambar berukuran passport Jepun (45mm tinggi x 35mm lebar). Kena bagitau kedai nak gambar passport Jepun ye sebab tak sama dengan gambar passport Malaysia.
Spesifikasi gambar passport Jepun |
Proses Permohonan Visa Jepun
- E-melkan maklumat berikut ke kedutaan Jepun (visa@kl.mofa.go.jp) - nama penuh dan kewarganegaraan, nombor telefon, tujuan ke Jepun secara terperinci, tarikh perjalanan dan tempoh berada di Jepun, alamat di Malaysia, nama syarikat dan alamat pejabat di Malaysia (untuk urusan kerja), salinan Certificate of Eligibility (untuk yang bekerja atau belajar di Jepun) dan salinan sijil pendaftaran ERFS (sistem pemantauan kes kemasukan (entrants) dan kembali ke Jepun (returnees)).
- Sekiranya maklumat diberikan telah lengkap, pihak kedutaan akan memberikan tarikh temujanji untuk hadir ke kedutaan. Menurut laman web kedutaan Jepun di Malaysia, tempoh memberi maklum balas emel ialah maksimum 5 hari bekerja disebabkan terlalu banyak permohonan visa.
- Lepas terima email pengesahan tarikh temujanji, hantarkan semua salinan asal dokumen permohona visa ke kaunter visa pada tarikh dan waktu yang diberikan. Buat masa sekarang, slot temujanji penuh dan memang kena menunggu giliran ye.
- Pihak kedutaan akan mengambil masa lebih kurang 5 hari bekerja untuk proses visa dengan syarat semua dokumen yang diperlukan diterima dengan lengkap. Tempoh mungkin dilanjutkan sekiranya dokumen sokongan diperlukan. Temujanji untuk mengambil passport akan dimaklumkan semasa penyerahan dokumen.
Selepas Visa Diluluskan
- Beli tiket penerbangan ke Jepun ikut tarikh yang diluluskan dalam visa.
- Buat temujanji di klinik / makmal / hospital untuk buat ujian rt-PCR Covid19 tak lebih dari 72 jam (3 hari) sebelum berlepas ke Jepun. Seelok-eloknya bawak borang Certificate of Testing for Covid19 masa nak buat test dan mintak klinik / hospital isi borang tu.
- Wajib beli insurans perjalanan yang ada perlindungan Covid19.
- Muat turun MySOS apps (lebih kurang macam kita punya MySejahtera), dan update maklumat diperlukan seperti keputusan ujian rt-PCR, maklumat vaksinasi, soal selidik, akujanji (pledge) dsb.
Rasanya tu je la prosedur kemasukan ke Jepun untuk tujuan selain dari melancong. Sebab kalau nak melancong, kena melalui tour agency yang berdaftar dan dieorang yang akan uruskan permohonan visa melancong ke Jepun. Manakala untuk urusan lain kena apply sendiri visa nak masuk ke Jepun.
Kalau ada kesilapan, boleh komen dekat kotak komen ye. Terima kasih!
alahai takde rezeki nak ke jepun .. takpelah maybe nx time kan. tq share info pasal visa ni
ReplyDeleteItulah kena redha... mungkin ada hikmah di sebaliknya.
DeleteTerkejut igt jalan2 pun kena visa gak... Sbb seigt dl mcm x perlu visa kan.. Adehh lupa dah kita
ReplyDeleteOk dah baca procedure melancong pin complicated haha so kita tanguhkan niat dl la
DeleteMasuk Jepun untuk apa2 tujuan skrg kena apply visa. Memang agak complicated skrg, kita tunggu SOP Jepun dah tak perlu visa baru fikir nak melancong ke sana
DeleteHarap ada rezeki kemudian hari.
ReplyDeleteBeza sudah ya prosedur. Sekarang semua negara dah ketat syarat kemasukan.
Lepas Covid ni semua SOP kemasukan ke negara2 luar dah berubah. Harap tak lama la, lepas tu back to normal.
Deletewahh ketat sungguh peraturan nak masuk jepang nih., huhuhu
ReplyDeleteiye Wak. Kesian anak2 kecewa tak dpt ikut conference di sana.
DeleteBelum rezeki anak2 ni nak ke Jepun ye. Kita pula tumpang frust :(
ReplyDeleteTapi, pastinya ada hikmah di sebalik ujian ni.
InSyaAllah ada rezeki yang lebih baik pada masa yang tepat. Redhokanlah
ReplyDeleteInsha Allah.. anak pun dah ok pagi tadi. Katanya kat Jepun skrg tgh musim panas, takut dia tak tahan (ayat pujuk hati sendiri)
Deletebanyak juga procedur nya...
ReplyDeleteBiasalah negara baru bukak sempadan memang prosedur kekwat sikit.
Delete