Kesejahteraan Digital (Digital Wellbeing) - Apa yang Perlu Kita Tahu?
Zaman sekarang ni teknologi digital bukan perkara asing lagi. Hampir setiap orang di Malaysia sekarang memiliki telefon pintar, bukan setakat untuk berhubung malah untuk membuat transaksi harian seperti perbankan, membeli-belah, belajar dan bekerja.
Tak dinafikan penggunaan teknologi digital dalam kehidupan seharian sangat memudahkan urusan kita, namun sejak akhir-akhir ni ramai pengguna teknologi mengalami keletihan digital atau 'digital fatigue' disebabkan tabiat penggunaan teknologi digital yang berlebihan (always on technology). Contohnya, tabiat membalas mesej atau email terutama atas urusan kerja atau perniagaan tidak kira masa, atau 'multitasking' menggunakan lebih dari dua peranti pada satu-satu masa.
|
Sumber imej: hp.com |
Kesan daripadanya ialah hilang keupayaan untuk fokus terhadap sesuatu pekerjaan atau perkara dalam jangka masa, selain menjejaskan kesihatan fizikal apabila menghabiskan terlalu banyak masa dengan peranti digital secara statik contohnya baring atau duduk berjam-jam sambil menonton video TikTok atau Instagram sehingga mengabaikan masa bersenam atau diet seimbang.
Apa Itu Kesejahteraan Digital?
Kesejahteraan digital ialah tentang membina hubungan yang sihat dengan teknologi agar kita mendapat faedah dari penggunaan teknologi dan pada masa yang sama memastikan teknologi berada dalam kawalan kita dan bukan sebaliknya. Teknologi seharusnya menggerakkan kita ke arah matlamat kita dan bukannya melalaikan serta mengganggu tumpuan kita.
Bagaimana membina tabiat digital yang sejahtera?
- Perhatikan tabiat digital anda dengan bertanyakan soalan-soalan seperti bagaimana saya menghabiskan masa online? Adakah masa online itu memberi tambahan nilai kepada kehidupan saya? Apa yang ingin saya ubah tentang penglibatan saya dengan teknologi digital?
- Bina visi atau peranan digital dalam kehidupan seharian. Contohnya matlamat penggunaan teknologi digital ialah untuk memudahkan urusan supaya boleh meningkatkan produktiviti, maka anda perlu menyingkirkan aplikasi yang tidak menyumbang ke arah visi ini.
- Pantau penggunaan teknologi menggunakan aplikasi seperti iPhone Screen Time dan Google Apps Dashboard.
- Buat perubahan sedikit demi sedikit ke atas tabiat digital anda supaya selaras dengan matlamat dan visi digital anda.
Tips dan Alat untuk Membantu Membina Hubungan yang Sihat dengan Teknologi Digital
Garis Panduan Digital
Gunakan ciri-ciri yang telah dibangunkan oleh perisian alat peranti anda supaya anda boleh mengawal tabiat penggunaan teknologi yang sihat seperti fungsi Wind Down, mod Do Not Disturb dan memastikan hanya notifikasi penting diaktifkan. Selain itu, letakkan aplikasi penting sahaja di homescreen telefon anda dan aplikasi yang kurang penting boleh disimpan di skrin kedua dan ketiga.
Garis Panduan Fizikal
Tetapkan batasan terhadap dunia digital seperti membuat peraturan tiada alat peranti di bilik tidur, menetapkan masa khusus untuk bersenam atau berjalan-jalan di luar dan menjadualkan masa untuk memeriksa dan menjawab email dalam kalendar anda.
Nota kaki: Sebenarnya banyak juga perkara yang boleh kita belajar secara percuma di Google Digital Workshop. Contohnya tentang kesejahteraan digital ni, nampak remeh tapi aku sendiri pernah alami digital fatigue ni bilamana otak terus tak boleh fokus dan terasa 'tepu' masa bekerja dulu disebabkan tabiat menggunakan 2-3 skrin monitor (satu untuk meeting online, satu untuk bukak fail dan satu lagi untuk jawab email. Tak dinafikan masa pandemik la penggunaan teknologi digital naik mendadak hingga menyebabkan 'mental burnt out' di kalangan pekerja. Oleh sebab tu, penting untuk kita tahu macamana menjaga kesejahteraan digital.
Uncle la tu... terasa ai... huhuhu
ReplyDeleteUncle teruskan ambik selfie hehe
DeleteTahniah Carneyz. Perkongsian yang sangat bermanfaat. Bagus penerangannya.
ReplyDeleteTerima kasih Kak Amie. Semalam buat training digital wellness ni di Google Digital Workshop, tu yang share di sini supaya orang lain pun dapat manfaat dari perkongsian ni.
DeleteThanks for this gentle reminder
ReplyDeleteSama2 Syaz.
Deletethanks for sharing. too much screen time pun tak bagus jugak
ReplyDeleteIye, kena hadkan masa di depan skrin dgn buat aktiviti2 lain cthnya baca buku atau beriadah.
Delete