Semalam aku terbaca satu kes menggemparkan di Harian Metro :
Cuma mampu beristighfar dan menggeleng-geleng kepala je dengan perangai budak-budak zaman sekarang. Bila disoal siasat, dia bagitau polis yang bayi tu anaknya hasil hubungan dengan teman lelaki berusia 18 tahun. Sanggup dia menipu polis, memang berani mati budak tu!
Satu benda yang aku kagum, polis berjaya tangkap suspek dan kawan-kawannya pada malam tu jugak walaupun suspek enggan jawab panggilan telefon ibu bayi tu. Pantas tindakan PDRM di sini, syabas!
Ada kemungkinan bayi tu diculik untuk dijual. Alhamdulillah, bayi tu sempat diselamatkan dan diserahkan balik kepada keluarganya. Disebabkan peristiwa ni, ibu bayi tu terus berhenti kerja sebab dah tak percaya nak hantar anak ke pengasuh (suspek ni sebenarnya cucu kepada pengasuh tu, dia ambik kesempatan culik bayi tu masa nenek dia tengah solat).
Sumber imej: Ohbulan |
Aduh, kot ye pun suka kat baby comel, tak perlu la sampai nak culik anak orang. Sakit beranak tu tak hilang lagi dik oi, ko pulak senang-senang nak culik huhu...
Aku faham sangat kenapa ibu baby tu terus buat keputusan berhenti kerja sebab aku dulu pun seriau jugak nak hantar anak kat taska / pengasuh. Semua gara-gara anak kawan ofis aku meninggal tersedak susu di rumah pengasuh. Risaunya time beranak kecik dulu, takut anak kena dera la, takut tersedak susu la, sekarang dengan kes macam ni lagi la trauma mak-mak di luar sana nak hantar anak kat taska / pengasuh.
Masa dengan Khayla dulu, memang berat hati hantar dia ke taska. Sebelum hantar tu, macam-macam kriteria aku letak nak pilih taska. Paling penting berdaftar dengan JKM. Wajib! Lepas tu aku mintak boleh video call bila-bila masa sebab nak check Khayla ok ke tak dengan pengasuh dia. Alhamdulillah, semuanya ok. Tapi tu la, masih jugak risau sepanjang aku hantar dia ke taska especially bila ada kes baby maut atau didera di taska...
Khayla masa baby dihantar kat taska |
Bila Khadeeja pulak lahir, aku decide ambik cuti tanpa gaji dan jaga sendiri. Salah satu puncanya ialah taska Khayla tu ditutup sebab owner nak fokus jaga anak istimewanya dan aku susah nak cari taska yang memenuhi kriteria. Aku memang susah sangat nak percaya orang lain untuk jaga anak aku masa dieorang baby dulu, jadi lebih baik aku sendiri yang jaga. Puas hati kali ni bila dapat tengok anak depan mata 24 jam.
Khadeeja ni beruntung sebab mak sendiri yang jaga! |
Tapi tu la, tak semua ibubapa ada pilihan selain hantar anak ke taska / pengasuh. Harapnya cepat-cepat la JKM keluarkan garis panduan untuk pengasuh-pengasuh yang ambik upah menjaga anak-anak di rumah. Salah satunya perlu menyediakan premis yang selamat dan kanak-kanak dan bayi dijaganya tak boleh ditinggalkan dengan ahli keluarga lain tanpa pengawasan pengasuh. Pernah ada kes bayi dir*g*l oleh bapa mertua pengasuh sebab pengasuh keluar sekejap. Yang paling sedih, bila bayi yang dihantar pagi tu sihat-walafiat tapi lepas tu meninggal dunia atas kecuaian pengasuh. Nauzubillah... minta2 dijauhkan la kita dari kejadian seumpama ni.
Buat yang pilih hantar ke taska, pastikan hantar ke taska berdaftar dengan JKM sebab salah satu syarat pendaftaran dengan JKM ialah pengendali dan pekerja taska wajib menghadiri kursus asuhan Permata. JKM pun selalu datang check premis memenuhi kriteria dan selamat. Contohnya, pusat asuhan sebenarnya tak dibenarkan ada buaian di premis, anak-anak sama ada tidur atas tilam di lantai atau dalam baby cot. Pernah terbaca kes baby umur setahun ni maut terjerut buaian di taska tak berdaftar. Akhirnya ibubapa dan anak yang dijaga menjadi mangsa pengusaha taska yang tak bertanggungjawab dan cuma nak kaut keuntungan je.
Kena ingat, JKM takkan tau kewujudan pusat taska tak berdaftar ni melainkan dieorang terima aduan dari orang ramai / ibubapa. Janganlah sampai anak jadi mangsa baru tau taska tak pernah berdaftar. Ibubapa pun kena proaktif tanya dengan taska dan check sendiri di laman web JKM.
OK la, dah jadi membebel pulak aku kat sini. Apa-apa yang melibatkan anak-anak ni memang aku emo sikit huhu...
anak sapalah budak 14 thn tu ..berani betul!!
ReplyDeletebudak mentah tak fikir panjang agaknya.
DeleteItulah gempak kisah. Kelakar pula culik sebab comel. Padahal boleh ke jaga lepas cumik.
ReplyDeletetu la agaknya polis buat siasatan lanjut, mungkin sbnrnya nak jual baby tu. atau budak tu ada masalah mental sbb dia claim baby tu anak dia & bf..
DeleteKawan adik SA lagi la..10 tahun kahwen baru dapat anak...blom sampai 5 bulan bersalin anak dah meninggal di tangan pengasuh...dah la nak dapat sorang anak tu susah kan...
ReplyDeleteAllahuakbar... skrg kawan adik tu ada anak lain ke? Hebat dugaan kawan adik SA tu.
DeleteMacam tu la perasaan masa nak hantar anak sulung dulu kat taska. 4 tahun tunggu dapat anak, dapat pengasuh / taska yang cuai memang menangis air mata darah pun takkan dapat balik nyawa anak. Sepanjang hantar anak ke taska, beberapa kali jugak akan video call owner nak tengok Khayla kat taska.
Budak umur 14 tahun menculik hanya sebab comel, sangat pelik. Kemungkinan menculik untuk dijual tu pun sangat seram bila difikirkan, entah dengan siapalah dia bergaul sampai sanggup bertindak macam ni
ReplyDeleteTak mustahil, mungkin boifren yg pressure suruh kidnap baby dia pun buat je.
DeleteKes naya ni, kesian anak orang, dan mak paknya juga.
ReplyDeleteLama tak datang blog Carneyz, dah ada iklan adsense. Tahniah! :)
Wah, welcome back Nur ;) mmg trauma mak bapaknya.
Deleteha ada baca berita ni semlm... macam2 kan skrg ni
ReplyDeletedah berani budak2 skrg tak fikir panjang betul salah.
DeletePulak dah....
ReplyDeletemcm2 hal budak2 skrg.
Deletemujurlah anak2 sy selamat semasa sy hantar ke taska n rumah pengasuh dulu.
ReplyDeleteSyukur alhamdulilah rezeki Abam Kie jumpa pengasuh dan taska yang baik.
DeleteSeramnya ya Allah!
ReplyDeleteSyukurlah pengasuh anak-anak saya sangat baik orangnya.
Sekarang ni, macam-macam benda yang tak masuk dek akal dibuat orang.
Kan Amie. Syukur benda ni tak berlaku kat anak2 masa kecik dulu. Hari ni baca dalam Harian Metro polis dah selesai siasatan dan memang motif budak ni nak jaga baby tu macam anak sendiri sebab dia dari broken family.
Delete