Setiap petang bila ambik anak-anak di sekolah, aku selalu dengar podcast tentang topik-topik menarik & isu terkini. Antara podcast yang aku suka ialah Mamak Sessions yang dikendalikan oleh Youtuber & influencer 'Jinnyboy'.

Episod 83 yang aku dengar semalam 'How She Was Bullied for Being Oversized - Joanna Joseph' membuka mata aku tentang gejala buli di sekolah yang sangat serius. Walaupun isu buli ni dah berlaku dari zaman aku bersekolah, tapi tak la seteruk kes buli yang dialami oleh bekas ratu cantik 'Miss Earth Selangor 2016' ni. Aku rasa perkara ni tak sepatutnya berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia yang terkenal dengan budi pekerti tapi yalah, di manakah budi pekerti kita zaman sekarang?


Joanna Joseph
Kredit imej: https://gempak.com

Aku ringkaskan di sini cerita yang disampaikan oleh Joanna Joseph masa temubual dengan Jinnyboy selama sejam lebih:

  • Dibuli sebab tubuh badannya yang gempal. Waktu kecik, dia seorang yang kurus sampai mak bapaknya risau dan bagi dia pelbagai supplement dan multivitamin untuk menambah berat badannya. Hasilnya, dia mencecah 60kg pada usia 6 tahun!
  • Tak tau berbahasa Melayu dan berbahasa ibunda (Tamil) menyebabkan dia takde kawan di sekolah. Masa di sekolah rendah, dia pernah ditipu ketua kelas kononnya tulis nama Joanna di papan tulis sebagai murid yang baik masa cikgu takde di kelas, padahal namanya ditulis sebagai murid yang bising. Jadi Joanna dimarahi oleh cikgu tanpa usul periksa.
  • Dia masuk sekolah menengah perempuan (all-girl school), masa ni berat dia dah cecah 103kg. Dia dibuli dengan lebih teruk di sekolah menengah, kawan-kawannya selalu ejek berat badannya dan kata takde sapa nak kat dia. Masa umur 13 tahun, dia buat akaun Facebook dan mula-mulanya seronok sebab jumpa kawan-kawan baru yang sama-sama minat Justin Bieber (Beliebers). Lepas tu ada mamat umur 18 tahun hantar friend request. Dieorang makin rapat dan mamat ni ajak dia couple.
  • Joanna taknak diejek 'takde sapa nak kat you' jadi dia pun couple dengan mamat ni. Kiranya dieorang ni long-distance relationship sebab mamat ni di JB, dia pulak di Selangor. Dieorang berhubung melalui SMS, Skype dan Facebook (kot?).
  • Lama-lama mamat ni mula mintak gambar tak senonoh. Joanna mula-mula taknak layan tapi mamat ni desak-desak guna ayat-ayat, 'you tak sayang I sebab tu you tak percayakan I'. 
  • Sebab dia takut mamat ni tinggalkan dia, dia pun bagi satu gambar separuh bogel. Dia mintak mamat ni delete lepas tengok. Tapi mamat ni mintak lagi, dan bila dia taknak bagi mamat ni tinggalkan dia jugak. Masa ni umur dia baru 14 tahun, memang mentah sangat-sangat!
  • Kawan-kawan dapat tau dia dah putus, dieorang usik-usik suruh dia cederakan diri-sendiri bila tengok dia kemurungan. Nanti makin lega, kata dieorang. Memang kawan-kawan iblis namanya.
  • Setahun kemudian, mamat durjana ni dan girlfriend baru dia pergi sebarkan gambar dia kat kawan-kawan dan mak dia. Joanna (15 tahun) hampir-hampir bunuh diri sebab stress sangat, tak cukup kena ejek gemuk kat sekolah sekarang tambah pakej s*ndal (sl*t). 
  • Mujur dia beranikan diri berterus-terang dengan ayahnya yang menjadi kekuatan bagi Joanna untuk menghadapi dugaan ni. Ayah Joanna benarkan dia belajar di rumah selama berbulan-bulan untuk memulihkan kesihatan mentalnya.
  • Masa ni, Joanna rasakan dia kena berubah supaya dia lebih kuat menghadapi kawan-kawan puaka di sekolah. Jadi dia mula bersenam & diet dengan konsisten di rumah. Dia pun dah tak stress nak hadap mulut puaka kawan-kawan dan hasilnya dia berjaya turun 51kg dalam masa 6 bulan!
  • Bila dia balik ke sekolah sebab nak SPM tahun tu, semua orang tak kenal dia. Paling best, ada cikgu tuduh dia ambik dadah untuk kurangkan berat badan. 
  • Sehari sebelum SPM, ada orang buat vandalisme di dinding sekolah dan tulis benda2 tak elok tentang Joanna. Gila betul budak-budak sekolah dia ni. Lepas tu sekolah panggil Joanna & ayahnya, aku ingatkan nak bagi kata-kata semangat kat Joanna supaya dia tak down sebelum menghadapi SPM. Plot twist, pengetua salahkan Joanna atas perbuatan vandalisme tu ('Kalau awak tak bagi gambar tak senonoh, takde la benda ni berlaku kat sekoalh jadi ni salah awak!' lebih kurang gitu la kot) dan mintak ayah Joanna bayar ganti rugi untuk beli cat. Wow. Patutlah kes buli tak habis kalau orang yang dibuli pulak disalahkan.
  • Joanna stress tapi dia decide nak fokus kat SPM. Lepas hari pertama exam, dia balik rumah dan ada sepucuk surat bertaip dalam peti surat dan ditujukan kepada Joanna. Surat tu ditulis oleh orang yang buat vandalisme ni. 
  • Orang ni mengaku dia salah seorang kawan yang rapat dengan Joanna dan dia terpaksa buat macam tu sebab kawan-kawan lain suruh. Puncanya, dieorang dengki tengok dia kurus jadi dieorang saja nak kacau bagi dia mental dengan harapan dia gagal SPM. Dieorang yang sebenarnya mental.
  • Tujuan penulis hantar surat sebab dia rasa dah terkena karma buruk sebab buat jahat kat Joanna (abangnya kemalangan jalan raya dan kritikal), jadi dia mintak Joanna maafkan dia supaya abangnya cepat sembuh. Tau pun takut. Tapi kalau takde apa2 berlaku kat abang dia, korang rasa dia insaf tak? Aku tak rasa.
Setakat tu kisah sedih buli yang dialami oleh Joanna Joseph. Sedih giler, sebab ni bukan drama rekaan tapi realiti gejala buli di Malaysia yang diceritakan oleh mangsa buli.

Bila anak-anak aku dah masuk kereta, aku ulang balik podcast tu untuk dieorang dengar dan kemudiannya aku terangkan satu-persatu pengajaran dari kisah ni:

  1. Jangan normalkan budaya ejek-mengejek di sekolah. Always say nice things or keep quiet. 
  2. Jangan biarkan kawan sorang-sorang (maksudnya terasing takde sapa nak kawan), jadi la kawan yang baik dan ajak dieorang join your circle. Make your friends realize they will always have a friend in you.
  3. Jangan accept friend request dari orang yang tak dikenali apa lagi kalau terang-terang dari orang berlainan jantina. Jangan bercinta di bangku sekolah. Cinta tu patut simpan untuk bakal suami je. 
  4. Orang yang membuli ni sebenarnya lebih lemah dari orang yang dibuli, sebab tu dia membuli untuk bagi dia rasa berkuasa atas orang yang dibuli. Stand up to bullies! Bagitau cikgu dan ibubapa bila rasa dibuli supaya dieorang boleh masuk campur.

Kisah buli aku

Aku pernah jadi mangsa buli di sekolah asrama. Dipulaukan oleh kawan-kawan hostel dan sekelas cuma disebabkan salah faham kertas ujian Fizik (dieorang ingat aku menipu). Kawan aku bagitau dieorang (satu bilik asrama) pernah pakat-pakat nak gunting rambut aku masa aku tidur, mujur kawan aku terdengar dan dia yang halang. Aku nangis sorang-sorang lepas lampu ditutup selama berbulan-bulan dan bila balik rumah aku selalu terbangun tengah-tengah malam meracau-racau sebab mimpi buruk. Akhirnya warden tukarkan aku ke bilik lain tapi masa tu aku dah tawar hati nak belajar di sekolah tu (walaupun sekolah tu sekolah berasrama sains yang boleh dianggap sekolah elit). 


Kisah buli Khadeeja

Masa Khadeeja masuk darjah satu, dia masuk lambat sikit jadi dia terpaksa duduk di belakang kelas diapit oleh dua orang budak lelaki. Satu hari Khadeeja mengadu kena buli di sekolah (kawan ambik pensel warna, pukul tangan dia dan curi duit bekal, yang ni kawan dia pun nampak jugak). Aku tak teragak-agak terus lapor kat guru kelas. Lepas tu Cikgu denda budak tu dan tukarkan tempat duduk anak aku supaya dia jauh dari pembuli tu (budak lelaki). Aku taknak anak aku trauma nak ke sekolah macam aku dulu.


Nota kaki: Alhamdulillah, sekolah baru ni aku tak dengar lagi anak-anak mengadu kena buli. Hari-hari nak ke sekolah walaupun demam, tapi aku tak bagi la takut jangkit kat budak-budak lain. Tahniah buat cikgu-cikgu dan murid-murid sekolah anak-anak sebab menjadikan suasana sekolah yang seronok.

4 comments:

  1. jahatnya mereka pembuli..setuju...budaya ejek-mengejek, body shaming mmg patut ditegah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la... tak tau kenapa dieorang tak rasa bersalah tapi seronok tengok orang lain sedih kena buli.

      Delete
  2. Patutnya tak berlaku benda-benda buli ni. Kadang punca benda tak masuk akal pun ada. Dah macam drama dah kisah joanna ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dengar interview tu pun terkedu. Lepas tu cari artikel2 lain pasal Joanna ni, mmg cerita dia konsisten maksudnya dia mmg tak tokok-tambah benda2 tu terjadi kat dia. Bagusnya ayah dia sokong dia walaupun dah buat silap dan dia berjaya bangkit dari kisah silamnya.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .