Semalam kecoh kat group kawan-kawan pengguna Apple yang sekarang dah boleh guna Apple Pay. Ramai yang tak sabar-sabar nak pakai fungsi Apple Pay ni sebab dah tak payah bawak dompet ke mana-mana bila Apple Pay dah diterima di pasaraya2 dan restoran2.
Sumber: Twitter |
Tak sampai sejam kemudian, pengumuman di laman web Ambank dan Maybank ditarik balik. Tapi pagi tadi group kembali kecoh sebab bila bukak apps Wallet, dah boleh tambah kad bank dekat Wallet. Wah, menarik ni!
Aku pun salah seorang yang mencuba fungsi ni pagi tadi.
Cara-cara tambah kad bank di aplikasi Apple Wallet:
- Buka aplikasi Wallet di iPhone.
- Tekan ikon + di sudut kanan atas.
- Pilih sama ada nak tambah kad debit atau kad kredit.
- Tekan ‘Continue’.
- Imbas bahagian depan kad bank, atau masukkan maklumat kad secara manual.
- Ikut arahan selanjutnya untuk pengesahan bank.
- Selepas pengesahan dibuat, kad bank akan ditambah ke dalam Apple Wallet.
- Ulang langkah-langkah di atas untuk tambah kad bank di Apple Watch.
Berjaya tambah kad bank di Apple Watch |
Ni pulak video Apple macamana nak guna fasiliti Apple Pay ni:
Untuk pengguna Apple Watch pulak, cuma perlu bukak app Wallet, tekan kad bank yang nak guna tu dan ikut arahan di skrin.
Nota kaki: Lepas ni pastikan iPhone korang tak hilang dan jangan simpan password merata-rata. Apple Watch pun kena letak passcode jugak kalau dah pakai Apple Pay ni. Kalau tak mau berhuhu la kalau jam hilang lepas tu duit pun hilang jugak.
wahh, zaman dh canggih nih semua dihujung jari kann, kena makesure ada duit dlm bank., hehehe
ReplyDeleteYang tu penting Wak hehe
ReplyDeleteHehehe kita guna QR PAY je la wak heheh... X jumpa apple.. Yg ada banana je haha
ReplyDeleteYg penting ada duit dlm bank kata Wak :p
DeleteUntunglah pengguna iPhone :p
ReplyDeleteApple baru perkenalkan Apple Pay di Malaysia, padahal Samsung dah lama bawak masuk Samsung Pay. Pengguna Samsung lagi untung :p
DeleteUncle guna jam beli kat DIY je... boleh tak?
ReplyDeleteboleh uncle. asal boleh baca waktu dah cukup sifat ;)
DeleteCanggih betul kan sekarang.. anak bujang Kak Sue pun gigih nak buat juga tu..
ReplyDeleteMemudahkan Kak Sue. Macam saya mmg jenis malas nak bawak dompet keluar, kadang2 kad bank tu selit belakang phone. Takut jugak tercicir di mana2.
Delete