Sumber imej: imdb.com |
Hanya satu perkataan cukup untuk memberi gambaran filem ni - hebat!
Kalau korang peminat filem Paskal The Movie, korang wajib tonton filem ni tau. Jalan ceritanya sangat mencengkam dari awal sampai akhir, memang tak berkedip mata aku tonton babak-babak yang penuh aksi.
Filem aksi ni memaparkan kehebatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) iaitu Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang merupakan salah satu pasukan elit Malaysia yang terlibat dengan pelbagai misi pertahanan dan kemanusiaan.
Mengisahkan dua sahabat baik, Kapten Adib (Nas-T) dan Zafran (Aiman Hakim Ridza) yang memasang impian menjadi juruterbang pesawat jet SUKHOI dengan TUDM dari kecil. Namun Kapten Adib kemudiannya memilih untuk menyertai PASKAU. Kapten Adib seterusnya menyertai pasukan PASKAU yang diketuai oleh Mejar Adnan (Adi Putra) dalam misi kemanusiaan di negara Namburi, sebuah negara yang mengalami pergolakan. Bila genjatan senjata diumumkan, pasukan mereka bertindak meninggalkan pangkalan udara Namburi untuk pulang ke Malaysia. Tapi malangnya pesawat mereka telah ditembak jatuh oleh tentera gerila. Mereka yang terselamat termasuk Mejar Adnan kemudiannya menjadi buruan tentera gerila. TUDM bertindak menghantar misi menyelamat iaitu Misi Hornbill diketuai oleh Zafran untuk membawa mereka keluar dari zon konflik dan pulang ke tanahair.
Bagi aku jalan cerita memang best, watak pasukan PASKAU pun hebat-hebat semuanya. Adi Putra macam biasa bawak watak apa pun memang buat orang rasa kagum. Tapi macam jugak filem Paskal, ada watak yang buat aku rasa macam annoyed giler haha! Dalam cerita Paskal, aku sangat la menyampah dengan watak mak Komander Leftenan Adnan yang bagi aku tipikal mak yang cepat sentap, nak anak dia ikut jari telunjuk dia aje. Awal jalan cerita, penampilannya macam opah-opah kat kampung, tapi tengah-tengah filem tiba-tiba penampilannya moden pulak. Sebab tu la aku menyampah haha.
Dalam filem Air Force The Movie ni pulak, aku rasa geram dengan watak Natrah (Sara Ali) seorang wartawan yang ikut sama untuk buat liputan tentang misi di Namburi ni. Dia ni wartawan yang tak faham skop tugas ketenteraan dan selalu tulis artikel yang mengkritik tentera. Walaupun Mejar Adnan ni dah selamatkan dia, dia punya sombong tu boleh pulak dia salahkan Mejar Adnan hanya sebab Mejar Adnan berjanji akan bawak semua orang balik tapi malangnya lepas tu ada yang mati ditembak oleh tentera gerila masa dieorang kena kejar.
Ada beberapa babak dalam cerita ni buat aku bengang, tapi di akhir-akhir atau kemuncak jalan cerita aku terus terlupa rasa bengang tu dan teruja dengan taktik dan kepakaran pasukan penyelamat masa misi Hornbill. Last sekali, aku turut menitiskan air mata semasa upacara penghormatan untuk wira-wira yang terkorban di Namburi.
Betapa hebatnya filem ni sebab mampu buat aku dari rasa bengang kepada rasa teruja dan akhirnya terharu sepanjang menonton. Takde satu minit pun yang aku rasa bosan, sampai sanggup tahan rasa nak buang air semata-mata taknak terlepas satu pun babak dalam filem ni tau! Haha!
Kalau dulu masa filem Paskal The Movie ditayangkan, kami sekeluarga menonton filem ni sampai 3x repeat sebab anak-anak aku memang teruja sangat dengan babak-babak aksi ketenteraan. Filem Air Force The Movie ni pun rasa nak repeat tengok sebab tak puas, walaupun kena tengok balik watak si Natrah tu pun aku sanggup kihkih... That's how good it is ok.
So siapa yang minat Paskal The Movie, aku memang highly recommend filem ni. Aku yakin korang takkan menyesal! Kawan-kawan yang dah tengok, sapa geng menyampah dengan Natrah sila angkat tangan!
Hebat!
ReplyDeletePerkataan yang membawa maksud tiada tandingan atau sukar ditandingi. Saya belum tonton lagi filem ini.
Saya juga jadikan perkataan 'hebat' untuk membuat tempahan hotel hihihiii.
Pergilah tengok kak Amie. bagi saya mmg berbaloi2!
DeleteIn syaa Allah. Harap ada kesempatan untuk menonton.
DeleteHuyyooo! Betul betul best nih, boleh try nanti..huhu..
ReplyDeletePergi tonton filem ni mmg best!
DeleteAunty dah bagi hint2 macam nak kena tengok ni....
ReplyDeletebawak la Aunty tgk ni Uncle. Tapi sediakan tisu utk Aunty hehe
Deletetak sabar nak tengok..
ReplyDeleteNohas dah tgk ke belum? :)
Deletebaru juga tgk...part sedih nangis juga..lupa bawa tisu...nasibaik tgk time org tgh keje so tkde la ramai
ReplyDeleteAahhaa… part akhir tu mmg lap air mata kat bucu tudung sbb sedih. Orang kat seat seberang siap nangis tersedu2…
Deletebila baca review ini...rasa mahu tengok pun ada juga
ReplyDeleteKalau minat Paskal, mmg rasa nak tengok Air Force The Movie sbb temanya sama… pengorbanan perajurit negara.
Deleteramai cakap best. Naniey belum tengok lagi..
ReplyDeletePergilah tengok Naniey. Insha Allah enjoy!
Deletescroll laju-laju. bukan tak nak baca tau, tapi saya tak suka spoiler sebab tak tengok lagi. hihi
ReplyDeleteMacamana Sal? Dah tengok belum? Hihi
DeleteKan!! Kita pun suka filem ni
ReplyDelete