Akhir-akhir ni mudah sangat aku sakit kepala. Sama ada sebab cuaca panas atau perut masuk angin, aku pun tak pasti. Kadang-kadang resdung pun boleh menyebabkan sakit kepala. Bila dah berdenyut-denyut tu, adui... tak tahan rasanya!

Selama ni aku suka ambik Panadol Actifast bila sakit kepala / bila datang bulan. Tapi baru-baru ni aku terbaca artikel di laman web Sinar Harian tentang jenis-jenis Panadol dan kegunaannya. Baru aku tau yang Panadol Actifast ni sebenarnya tak berapa sesuai untuk aku yang ada darah tinggi!

Jom kita tengok jenis-jenis Panadol yang dijual di farmasi:


1. Panadol Actifast (PCM 500mg, Sodium 173mg)

Kredit imej: sinarharian.com.my

Panadol ni mempunyai kandungan garam yang tinggi yang mempercepatkan penyerapan PCM pada usus kecil supaya kesannya cepat bertindak, tetapi tak sesuai untuk orang yang menghidapi darah tinggi. 


2. Panadol Optizorb (PCM 500mg)

Kredit imej: sinarharian.com.my

PCM jenis itu mengandungi calcium carbonate, alginic acic dan crospovidone. Hasilnya, ubat akan lebih cepat hancur di dalam badan dan PCM lebih mudah dan cepat diserap. Tiada kandungan garam, oleh itu ia sesuai untuk pesakit darah tinggi.


3. Panadol Extra (PCM 500mg, Caffeine 65mg)

Kredit imej: sinarharian.com.my

Sesuai untuk masalah sakit kepala, migrain, sakit belakang, sakit gigi dan lain-lain disebabkan kandungan kafein dan PCM untuk mengurangkan kesakitan yang teramat sangat.

Namun, tidak sesuai untuk ibu mengandung dan menyusukan.


4. Panadol Soluble (PCM 500mg, Sodium 427mg)

Kredit imej: sinarharian.com.my

Fungsinya untuk melegakaan ketidakselesaan disebabkan demam selsema, dan sesuai untuk orang yang tidak boleh menelan PCM dalam bentuk tablet. Hanya larutkan dalam segelas air dan minum. PCM ni mengandungi garam yang tinggi jadi tak sesuai untuk penghidap darah tinggi.


5. Panadol Menstrual (PCM 500mg, Pamabrom 25mg)

Kredit imej: sinarharian.com.my


Ia digunakan untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut ketika datang haid. Ini kerana pamabrom mempunyai kesan diuresis yang boleh menyingkirkan lebihan air yang terkumpul disebabkan perubahan hormon semasa datang haid. 

Yang ni memang wajib ada kat rumah sebab hampir setiap bulan ada masalah sengugut dan bagi aku berkesan melegakan sakit senggugut tu.


6. Panadol Extend (PCM 665mg)

Kredit imej: sinarharian.com.my

PCM ini mempunyai 2 lapisan bagi memanjangkan tempoh penyerapan ubat untuk kesan sehingga 8 jam. Ia sesuai untuk melegakan kesakitan otot, belakang, sakit tulang dan sakit-sakit sendi.


Sumber artikel: "Jangan silap makan panadol, ini jenis-jenis panadol yang wajib kita tahu fungsi dan kegunaannya", https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=183134

6 comments:

  1. Terima kasih, share tentang jenis-jenis panadol ni, Carneyz.
    Panadol biasa, takde pulak. Kotak color hijau, bentuk bulat. Paracetamol je. Ke, yang tu, stok lama? Hehe.. yang optizorb tu, baru kan, keluar masa musim covid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah baru nampak panadol optizorb tu sblm ni tak penah nampak kat farmasi.

      Delete
  2. oo baru tahu.. tq for sharing carneys.. mama selalu beli actifast dan mentrual hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita hehe. Lepas ni kene carik yg optizorb tu. Panadol menstrual tu mmg wajib ada kat rumah, mmg membantu sgt2.

      Delete
  3. Paling kena ada mesti di rumah ni, panadol extend, untuk otot.. then panadol actifast untuk kepala, lain takde, sebab utk demam Sis guna Uphamol biru tu..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .