Sana - sini orang bercerita tentang kehebatan filem Mat Kilau ni. Mana tak hebat kalau boleh kutip sampai RM39.2 juta dalam 10 hari sejak ditayangkan, mengalahkan cerita Tom Cruise ‘Top Gun’ dengar-dengarnya.
Kredit: kakimuvee.com |
Since aku ni memang minat cerita sejarah atau apa-apa je la cerita yang bertemakan dahulu kala (Puteri Gunung Ledang je dah beberapa kali repeat) maka aku pun jadilah salah seorang yang menyumbang kepada RM39.2 juta hasil tu. Tapi memandangkan aku tak nak bersesak-sesak dengan orang ramai di hujung minggu nak tengok cerita ni, aku sanggup beli tiket hari bekerja dan tengok sorang-sorang.
Cerita ni memang banyak bermain dengan perasaan penonton terutama bangsa Melayu. Perasaan sedih, geram dan marah bila ditindas dan hak dirampas sewenang-wenangnya. Awal-awal lagi dah mula dengan babak sedih bila Syers ni datang dan bunuh orang kampung termasuk kanak-kanak. Cuma time tu aku control lagi sebab bagi aku skripnya agak ‘over’ dan entahlah, aku tak berapa nak menghayati babak tu.
Then sampai ke babak bila isteri Wahid (Beto Kusyairi) yang sarat mengandung jadi mangsa kekejaman Syers dan tali barutnya. Time ni aku memang standby tisu, lap-lap air mata sebab sedih dengan nasib isteri Wahid. Orang sebelah aku siap nangis tersedu-sedu. Yes, mulanya aku geram dengan watak isteri Wahid yang tak memahami perjuangan suaminya tapi bila saat nyawa dia dan anaknya diancam dia lebih rela berkorban dari mengkhianati bangsa. Nampak tak macamana jalan cerita dia bermain dengan perasaan dari geram ke sedih?
Mesej filem ni loud and clear - orang Islam yang sejati tak akan membiarkan saudara mereka ditindas orang lain serta kekuatan orang Melayu terletak pada perpaduan dan iman yang teguh. Harapnya mesej ni meresap la ke dalam jiwa penonton-penonton, bukanlah setakat ilmu silat tu hebat (ada terbaca dalam akhbar penangan filem ni, ramai ibubapa yang daftar anak dieorang belajar silat). Tapi apapun memang hebat sekali penangan dari filem ni ye.
Bagi aku cerita ni best la, walaupun skripnya boleh diperbaiki lagi untuk nampak lagi natural. Pastu orang perempuan zaman dulu memang berkelubung dengan kain batik dari pagi sampai ke malam ke? Detail macam ni la yang walaupun tak penting dalam jalan cerita, tapi boleh mengganggu fikiran dan jugak emosi kau bila tengok filem ni.
Nota kaki: Aku paling minat lakonan Beto Kusyairi sejak dia berlakon sebagai Rosly Dhobi dalam drama Warkah Terakhir: Rosly Dhobi’. Tu pun cerita yang diinspirasikan dari sejarah penentangan penjajah.
Akhirnya... kann Karni, tengok sendiri, menjiwainya sendiri, baru puashati.. taste orang lain-lain...
ReplyDeleteSaya pegi tengok Khamis petang tapi baru sempat nak update review kat sini. Memang puas hati tengok cerita ni walaupun Syers tu lepas gitu je hehe
Deletehhahahha tapi kita tetap rasa part berlawan macam tgk citer tamil hehehe
ReplyDeleteSound effect dia over sikit la hehe
DeleteBlom nangga gik tok.. bilalah nk nangga.. mun x nunggu jak beli dr astro
ReplyDeleteok la boleh tahan. ada juak babak nok boring sikit tapi dialognya mmg 'deep' part siya
Deletepart wife wahid tu, perut pregnant beso semacam...hehe..overal mmg best bkn senang movie sejarah ni org nk suka kan
ReplyDeletehehe tu la detail camtu yg mcm mengganggu fikiran gak la. betul, saya pun minat movie sejarah ni. suka tgk fesyen org era dulu2.
DeletePuteri gunung ledang tu best.. Terus rasa macam nak tengok balik.. hehehe..
ReplyDeleteMat Kilau ini tak tengok lagi..
Memang minat genre filem kisah dulu kala / sejarah. PGL tu berapa kali entah tengok sbb best sangat.
Delete