‘Siapa nak ikut Wa Liza jalan-jalan esok?’ (Wa = gelaran pangkat ‘Along’ untuk pakcik/makcik sulung di Sarawak)

‘Nak! Nak!’

Amboi, bersemangatnya anak-anak aku nak keluar jalan-jalan dengan kakak aku. OK la tu, daripada terperap je kat rumah main gajet, melukis dan layan Netflix. Sesekali kena jugak keluar menghirup udara segar.

Disebabkan dah sedia maklum jem kat Bukit Bintang tu ditambah pulak dengan masalah nak cari parking, maka kiteorang pun naik pengangkutan awam je ke sana. Mula-mula kena ambik LRT ke Stesen Titiwangsa dan lepas tu bertukar pulak ke monorel ke Bukit Bintang:


Dalam monorel menuju ke Bukit Bintang

Bukit Bintang ni dulunya terkenal dengan Plaza Low Yat tempat mencari gajet, telefon dan laptop murah. Tapi sekarang Bukit Bintang lebih terkenal sebagai syurga makanan antarabangsa di KL. So itulah tujuan kiteorang ke sini, nak mencuba kunafa dan aiskrim dari Korea yang tengah viral sekarang.


1. Papa Kanafa

Destinasi pertama kami ialah Papa Kanafa. Papa Kanafa ni brand franchise berasal dari Kuwait. Papa Kanafa terkenal di negara Timur Tengah dengan manisan tradisi masyarakat sana iaitu kunafa (juga dikenali sebagai knafeh, kunefe, kanafeh, kenafeh, knafeh, kunafah, kunafeh, konafa, knafa dan sewaktu dengannya).

Tapi malangnya masa kiteorang sampai tu belum lagi dibuka - yang dah bukak cuma kedai shawarma di sebelahnya. Tu pun orang dah start beratur panjang.


Tukar plan, naik MRT ke destinasi seterusnya

2. Restoren Chef Faez

Jadi plan pun bertukar. Kiteorang naik MRT pulak ke Stesen Tun Razak Exchange. Destinasi seterusnya ialah Restoran Chef Faez yang terletak di Menara Technip Energies 38 di Imbi.



Since dah sampai kat sini, kiteorang terus order lunch nasi arab sekali. Suami Terchenta order lamb shank sebab dia memang peminat lamb shank, dan kakak pulak order ayam mandi.

Tengah tunggu makanan sampai, Chef Faez tiba-tiba muncul. Apa lagi, pelanggan-pelanggan teruja nak bergambar, jumpa celebrity chef katakan. Bukan setakat makcik-makcik dan gadis-gadis yang excited, bapak2 yang tengah dukung anak pun semangat mengajak Chef Faez posing.

Chef Faez pegi tiap-tiap meja tanya pelanggan OK tak makanan. Memang peramah orangnya. Dah alang-alang dia pergi ke meja kiteorang, kiteorang pun ambik peluang bergambar sekali.


Chef Faez

OK, jom kita review makanan kat sini:

Lamb Shank
Lamb shank dan nasi Arab

chicken mandy
Ayam mandi dan Nasi Arab

kunafa
Kunafa

Bagi aku makanan kat sini OK lah, cuma nasi Arab dia tak cukup sifat. Maksud aku, selalunya nasi Arab ni dihidangkan dengan sos salsa / sambal Arab dan salatoh (salad). Tapi kat sini cuma ada nasi dan lauk ayam / kambing. Tapi walaupun tak cukup sifat, nasi dan ayam / lamb shank sedap. Still, perasaan tu macam makan nasi ayam tapi takde tomato / salad dan sambal nasi ayam. Missing.

Kunafa dia pulak - sedap! Tak berderai bila dipotong. Lapisan atas disiram dengan air gula manakala kat bawah pulak ialah lapisan keju. Rasa manis air gula tu masuk pulak dengan rasa masin keju. Bila kita tarik, cheese dia panjang je macam kita tarik pizza. Haa, itulah kesukaan anak-anak aku. Sepinggan kunafa tu dieorang berdua je yang makan. Kiteorang yang dewasa ni sempat la rasa sesuap sebelum dihabiskan anak-anak.

Lamb shank tu besar sangat, sesuai la dengan harganya RM50. Sampaikan Suami Terchenta tak boleh habiskan, dia mintak tapau untuk makan malam / tengahari besoknya. Overall OK je kat sini, cuma kat dalam panas sikit sebab centralized aircond dia macam tak berfungsi je.

Dah setel lunch, kiteorang balik semula ke Bukit Bintang. Kali ni anak-anak request nak aiskrim pulak.


3. 32 Parfait

Tak silap aku, kiteorang pernah makan aiskrim 32 Parfait ni masa jalan-jalan kat Myeongdong. Tapi ni first time kiteorang mencuba aiskrim setinggi 32cm ni di KL. Kiosk aiskrim ni bertentangan dengan Don Don Donki di Lot 10. Kedudukannya memang strategik - keluar je dari stesen MRT, terus nampak Lot 10 dan kiosk aiskrim. Nasib baik masa kiteorang pergi tu tak perlu beratur pun. 

Ada macam-macam perisa aiskrim dijual di sini - vanila, coklat, strawberi, mangga, green tea, blueberry dan yogurt. Bagi aku, aiskrim ni rasanya berlemak dan sedang-sedang manis. Kalau dibandingkan dengan sundae McD, aku lebih prefer sundae McD (still tak boleh lawan aiskrim Chicken Delight di Bintulu). Keunikan aiskrim ni yang lebih tinggi dari aiskrim biasa dan jugak sebab aiskrim ni berasal dari Korea membuatkan aiskrim ni viral kat Malaysia. 


Bukit Bintang
Kiosk aiskrim ni kecik je dan bersebelahan pintu masuk ke Lot 10

Bukit Bintang
Pilihan perisa aiskrim yang ada. Satu tu RM15

Bukit Bintang
Bahagia sebab dapat aiskrim satu sorang

4. Starbucks Reserve Bukit Bintang

Tempat ni viral as salah satu Starbucks yang tercantik di Malaysia. Bukan itu je, Starbucks ni ialah cawangan ke-300 Starbucks di Malaysia sejak cawangan pertama dibuka. Kafe ni terletak dalam bangunan Hotel Wolo. Kalau sejenis yang suka OOTD mesti suka Starbucks ni sebab lawa sangat dalamnya.


Starbucks Reserve

Starbucks Reserve
Dari luar dah cantik

Starbucks Reserve
Dinding batu-bata, siling yang tinggi dengan tingkap tinggi melengkung menjadikan kafe ni nampak klasik dan elegan

Starbucks Reserve
Beli green tea Frappuccino kongsi 4 orang semata-mata nak duduk menikmati suasana dalam kafe Starbucks Reserve ni

5. Kunafa Crisp

Sebelum balik, kiteorang cuba nasib sekali lagi nak beli kunafa untuk dibawak balik ke rumah. Tapi masa ni masing-masing dah penat nak menapak ke seberang jalan ke Papa Kanafa. Sudahnya kiteorang beratur di Kunafa Crisp.


,Bukit Bintang

Lepas 10 minit beratur dalam cuaca panas, baru kiteorang perasan ada kod QR untuk buat pesanan online. Maka kiteorang tak berlengah-lengah lagi terus order je online (walaupun tak tau sangat mana yang paling sedap, janji tak payah beratur). Kiteorang order 2 jenis kunafa (crisp cheese kunafa & cheese kunafa slice with Biscoff topping) dan kakak aku nak baklava sebab dia tak pernah cuba lagi baklava.

Sebenarnya lagi cepat bila order online sebab dah tak perlu nak beratur panjang. Tunggu je dieorang panggil nombor giliran dan terus ke kaunter. Jimat masa kiteorang. Bila sampai rumah baru kiteorang perasan dieorang terlupa letak Biscoff topping huhu.. Dah la RM6 nak tambah Biscoff topping. Kakak aku rilek je cakap bukan rezeki. Tapi lepas ni sebelum meninggalkan kaunter kena check dulu betul tak order yang dapat tu.


Baklava
Pelbagai pilihan baklava

Baklava

Crisp Cheese Kunafa
Crisp Cheese Kunafa (harga: RM18.90) - kalau tapau balik recommended panaskan dalam microwave sekejap barulah cheese dia meleleh

Kunafa Cheese Slice
Cheese Kunafa Slice (harga: RM12.90) - pun sedap tapi tak setanding kunafa di Restoren Chef Faez

Sebenarnya banyak lagi tempat makan menarik dan viral di Bukit Bintang. Mungkin lain kali aku nak cuba shawarma dengan sate wagyu Don Don Donki (kalau barisan tak panjang sangat la). Kalau ke Bukit Bintang, korang suka cuba makanan apa? Cer komen sikit.

12 comments:

  1. hehhehe jarang jejak area situ unless klu nk cr barang gadjet je hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu pun jarang2 ke situ unless nak cari gajet. Tapi skrg ni suka pergi situ sbb tempat tu happening.

      Delete
  2. Wah... hari makan² ya... kmk toklah yg lom penah cerik kunafa... kt sitok ada seller jual kunafa dpn rumah nang bersusun org mok beli... kmk pun wa juak.. tapi anak² buah yg rapat nunggah iwa... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mun suka cheese nang nyaman la baginya. Kmk org tok nang hantu cheese, nyaman alu cerik kmk hehe.

      Delete
  3. pelbagai pilihan kunafa...area bkt bintang mmg byk restoran arab...hensem chef faez..hehe...sambal tomato sedap..baru feel makan nasi mandi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... takde sambal tomato dgn salatoh tu rasa macam kureng je. Chef Faez tu baik & peramah, memang semua meja dia pergi and semua nak bergambar dengan Chef hehe.

      Delete
  4. Makanan yang Carneyz cerita dalam entri ni, asing bagi saya, kecuali aiskrim, lamb shank dan nasi arab. Baru tahu apa itu kunafa. Baklava dia pun nampak lain, saya pernah tengok online, tak pernah makan, lain rupa dia. Cantik Starbucks. Tingginya aiskrim. Camana nak makan tu? Tak cair ke? Hehe.. agaknya, kalau saya ke Bukit Bintang sekarang, jakun kot, macam rusa masuk kampung. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena makan kat tempat ber aircond, klu makan kat luar dgn cuaca panas lagi mmg cepat cair. Mak bapak dieorg pun tumpang makan aiskrim sbb taknak cair hehe. Betul, skrg Bukit Bintang mmg lain sgt daripada dulu.

      Delete
  5. semua makanan terlihat lezaaat.... salam kenal dari blogger Indonesia ☺

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .