Salam Isnin korang,
Hari ni agak sendu sikit. Bangun pagi tadi dengan tengkuk yang sakit sebab salah bantal huhu...
Alhamdulillah lepas sapu EO peppermint dah kurang sikit sakit dan sakit kepala pun beransur-ansur hilang.
Rutin harian macam biasa. Kemas rumah, vakum, mop lantai dan masak tengahari. Lepas tu termenung tengok kotak-kotak ni haa...
Barang-barang yang aku angkut balik dari Bintulu bulan Mac dulu takde tempat nak letak, terpaksa letak dalam bilik tidur.
Lepas tu barang-barang untuk rumah baru macam sinki, hood & hob pun dah sampai, tapi kontraktor tak bagi simpan di rumah baru takut hilang katanya. Terpaksa la simpan di balkoni rumah.
Dah macam gudang aku tengok rumah ni. Stress jugak nengok sebab aku biasa tengok rumah kemas je.
Nota kaki: Tengah contact Unearth Malaysia untuk let go barang-barang besar yang tak dipakai dan tak nak bawak pindah nanti macam kerusi ofis, kotak simpan mainan, car seat dan booster seat kanak-kanak.
mcm x byk je brg2 dlm kotak tu adalah tempat dlm rumah nk letak., huhuhu
ReplyDeleteada lagi kotak2 di balkoni tu Wak. Byk kotak2nya nak bukak pintu gobok pun kena buka separuh je.
DeleteSesekali tengok keadaan rumah yang tak berapa kemas memang boleh sesak nafas dibuatnya ye. Tak apalah, tak lama nanti sedaplah mata memandang.
ReplyDeleteBetul tu sis. Rasa serabut je tgk rumah yang tak kemas. Tgh bersabar, harap2 tak delay la renovation rumah baru tu.
DeleteSamaaa la dua hari sakit leher ni salah bantal kot huhuu
ReplyDeleteBangun pagi, sapu minyak angin kat tengkuk sambil2 tu buat senaman leher perlahan-lahan Insha Allah hilang sakit tu
DeleteKo sama Sis, kalau tong ke, kotak ke, naik rimas mata, tapi tu lerr biasa Laki punya barang, rasa nak humban jer hahahaha
ReplyDeleteKan.. ni lagi la simpan kotak2 ni dalam bilik tido. Celik2 mata je dah serabut kepala hotak huhuhu…
Delete