2 hari lepas, Kak Retna share pasal tempoh akhir untuk renew lesen memandu. Since birthday aku baru je lepas, terus la aku teringat nak check lesen memandu sendiri. Lepas tu tepuk dahi sebab rupa-rupanya lesen memandu aku dah mati!
Hmm... sebelum kena repeat ujian memandu, baiklah aku pergi renew lesen secepat mungkin. Maka semalam lepas hantar budak-budak ke sekolah terus aku singgah kat UTC Sentul sebab niat nak avoid beratur panjang dekat JPJ. Sebelum tu aku dah siap-siap withdraw duit cash untuk bayar lesen baru ni. Tapi... jeng3x... tak payah pun!
Buat korang yang belum renew lesen lagi, boleh refer pengalaman aku pagi tadi kat sini. Kesian gak aku tengok beberapa orang terutama golongan warga emas yang terpaksa balik ke rumah sebab dieorang tak tau proses baru ni.
1. Download apps JPJeQ sebelum keluar rumah
Aku baru tau, rupa-rupanya nak beratur kat JPJ ni kena ambik nombor giliran guna apps ni.
Lepas tu scan je dekat QR code yang terpampang kat pintu masuk ofis JPJ. Kalau kat UTC Sentul tu, QR code tu dieorang tampal atas meja sebelum pintu masuk. |
Bila dah imbas kod, terus keluar nombor giliran, nombor terkini di kaunter dan anggaran masa menunggu giliran |
Pagi semalam since aku sampai awal jadi takde la kena tunggu lama (sebab ramai yang masih terkial-kial download apps jugak sebenarnya). Baru nak duduk kat bangku kat luar, terus apps tu alert dah sampai giliran aku:
Kannnn patutnya yang renew pasport pun buat gini, lagi bagus, sebab dalam online semua details kita dia dah ada..
ReplyDeleteTak try lagi renew passport jadi tak tau camane proses skrg
Deletebagus awak share info ni... kita mmg masih gi pej pos la renew hehehe... mls nak gi jpj... btw share camne nk renew passport plak ... :p
ReplyDeleteTak renew lagi passport.. tunggu semua org reda nak renew passport baru tak jem sistem dorang hehe
DeleteGood sharing tq 👍
ReplyDeletePH hari tu renew di post office, selesa di situ sbb dah biasa :)
Kat UTC sentul ni, post office sebelah JPJ je hehe
Deletethank you for sharing...bulan Ogos baru kena renew..
ReplyDeleteBirthday bulan ogos ye. Semoga tips ni bermanfaat :)
DeleteJPJ ramai orang queue. Jadi, saya renew lesen memandu hari tu kat pejabat pos saja. Dia ikut gambar IC kita. Saya pulak baru buat IC baru tahun ni. Ok ler.
ReplyDeleteSemua urusan kerajaan dah banyak cashless sekarang.
kan bagus kalau semua branch bt mcm ni. tak adalah tunggu lama
ReplyDeleteoh tak semua branch buat mcm ni ke? igtkan semua. Memang memudahkan sangat2.
DeleteWow.. dah makin mudah.. nak kena godek-godek juga nie..
ReplyDeleteSekarang ni semua dah ke arah digital, jadi semakin memudahkan
Delete