2 hari lepas, Kak Retna share pasal tempoh akhir untuk renew lesen memandu. Since birthday aku baru je lepas, terus la aku teringat nak check lesen memandu sendiri. Lepas tu tepuk dahi sebab rupa-rupanya lesen memandu aku dah mati!

Hmm... sebelum kena repeat ujian memandu, baiklah aku pergi renew lesen secepat mungkin. Maka semalam lepas hantar budak-budak ke sekolah terus aku singgah kat UTC Sentul sebab niat nak avoid beratur panjang dekat JPJ. Sebelum tu aku dah siap-siap withdraw duit cash untuk bayar lesen baru ni. Tapi... jeng3x... tak payah pun!

Buat korang yang belum renew lesen lagi, boleh refer pengalaman aku pagi tadi kat sini. Kesian gak aku tengok beberapa orang terutama golongan warga emas yang terpaksa balik ke rumah sebab dieorang tak tau proses baru ni.


1. Download apps JPJeQ sebelum keluar rumah

Aku baru tau, rupa-rupanya nak beratur kat JPJ ni kena ambik nombor giliran guna apps ni. 


apps JPJeQ
Lepas tu scan je dekat QR code yang terpampang kat pintu masuk ofis JPJ. Kalau kat UTC Sentul tu, QR code tu dieorang tampal atas meja sebelum pintu masuk.

apps JPJeQ
Bila dah imbas kod, terus keluar nombor giliran, nombor terkini di kaunter dan anggaran masa menunggu giliran

Pagi semalam since aku sampai awal jadi takde la kena tunggu lama (sebab ramai yang masih terkial-kial download apps jugak sebenarnya). Baru nak duduk kat bangku kat luar, terus apps tu alert dah sampai giliran aku:

apps JPJeQ

2. Pembayaran Melalui Kad Debit / Kredit SAHAJA

Buat penat je la aku withdraw duit pagi semalam sebelum hantar budak-budak ke sekolah. Terpaksa tawaf pulak tu nak ke bank, pastu ke sekolah. Alkisahnya sekarang semua cashless je tau! Masa aku sampai tu, ada sorang pakcik ni dia keluar dengan muka hampa sebab dia bawak cash je, tak bawak kad bank. Terpaksa la dia balik ke rumah ambik kad bank.

Dari segi pembayaran cashless pulak, mungkin kat sini JPJ kena fleksibel sikit kot sebab ada jugak golongan warga emas yang tak de kad debit / kredit. Jenis yang withdraw duit pun pakai buku bank lagi agaknya. Tapi dari segi positif pulak, mungkin bila semua proses dah ke arah digital, takde alasan lagi untuk tak bergerak ke arah digitalisasi. 

3. Tunggu kad lesen baru di kaunter serahan lesen

Actually part ni aku confuse sikit. Sebabnya aku nak ambik gambar baru untuk lesen baru ni (gambar kat lesen lama buruk nau tak sabar nak tukar hahaha!). Lepas bayar dan dapat resit, aku pun duduk dekat bangku siap bukak face mask lagi kengkonon nak ambik gambar kan. Tiba-tiba adik kat kaunter tu hulur kad lesen baru - ni lesen baru, kak. Eh, bila masa dia tangkap gambar? Bila aku tengok lesen baru tu, terus syahdu sebab masih pakai gambar lama uwaaa! Mungkin aku patut cakap masa nak bayar tu yang aku nak ambik gambar baru? Hmmm... terpaksa la tunggu 5 tahun lagi nak tukar gambar (masa tu mungkin dah tak nak tukar sebab muka pun dah berkedut kot! 😂)

All in all, tak sampai 10 minit dah setel urusan renew lesen memandu ni.

4. Renew lesen online

Sekarang nak renew lesen tak payah bazir cuti. Boleh je renew online melalui portal Myeg atau lesen2u.com .  Korang yang ada parents yang dah berusia pun boleh tolong parents renew lesen dieorang online supaya dieorang tak payah bazir masa dan tenaga pergi ke JPJ. Sekarang semua dah di hujung jari, senang sangat.


5. Kesimpulannya, proses baru lebih efisyen dan mudah

Ye, memang benda baru ni nampak menyusahkan terutama untuk golongan yang tak biasa dengan dunia digital. Tapi percayalah, sebenarnya benda tu memudahkan bila kita dah biasa nanti. Bayangkan kalau ramai yang datang hari tu kat ofis JPJ, siap boleh pegi breakfast lagi sambil check nombor giliran terkini kat apps. Tak payah dah tercongok je kat depan ofis JPJ jenguk-jenguk tengok nombor giliran korang sebab boleh tengok kat handphone je. Bila nombor giliran dah sampai apps akan bagi alert. Mudah ke tak mudah camtu?

13 comments:

  1. Kannnn patutnya yang renew pasport pun buat gini, lagi bagus, sebab dalam online semua details kita dia dah ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak try lagi renew passport jadi tak tau camane proses skrg

      Delete
  2. bagus awak share info ni... kita mmg masih gi pej pos la renew hehehe... mls nak gi jpj... btw share camne nk renew passport plak ... :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak renew lagi passport.. tunggu semua org reda nak renew passport baru tak jem sistem dorang hehe

      Delete
  3. Good sharing tq 👍
    PH hari tu renew di post office, selesa di situ sbb dah biasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat UTC sentul ni, post office sebelah JPJ je hehe

      Delete
  4. thank you for sharing...bulan Ogos baru kena renew..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Birthday bulan ogos ye. Semoga tips ni bermanfaat :)

      Delete
  5. JPJ ramai orang queue. Jadi, saya renew lesen memandu hari tu kat pejabat pos saja. Dia ikut gambar IC kita. Saya pulak baru buat IC baru tahun ni. Ok ler.
    Semua urusan kerajaan dah banyak cashless sekarang.

    ReplyDelete
  6. kan bagus kalau semua branch bt mcm ni. tak adalah tunggu lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh tak semua branch buat mcm ni ke? igtkan semua. Memang memudahkan sangat2.

      Delete
  7. Wow.. dah makin mudah.. nak kena godek-godek juga nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni semua dah ke arah digital, jadi semakin memudahkan

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .