Semalam kawan ofis tiba-tiba mesej ajak keluar makan. Sejak aku pindah ke KL, rasanya tak penah kiteorang bertiga keluar makan sekali. Lepas tu aku resigned. Sebelum last day, ada la plan nak buat farewell lunch untuk aku tapi lepas tu tertangguh sebab masing-masing sibuk. Aku pun malas nak kacau sebab aku faham sangat tahap kesibukan dieorang ni camane (sebab penah rasa kan).
Berjaya jugak keluar lunch sama-sama ye... |
Banyak pengalaman susah senang menguruskan team dan menguruskan akaun masing-masing (sebab kiteorang ni account manager) yang tak boleh dilupakan. Aku rasa kalau takde dieorang ni tempat mengadu dan mendapatkan sokongan emosi, memang awal2 lagi aku dah resigned. Terus-terang aku memang tak minat sangat jaga akaun.
Kiteorang lunch di Ben's KLCC sebab boleh borak-borak santai sambil lunch. Menu kat sini not bad la (kecuali Aglio Olio). Cuma harga tu harga KLCC, kalau hari-hari makan kat sini memang berlubang poket!
Fish and chips |
Aglio Olio ni takde udang, pasta kosong je. Tak berbaloi dengan harga RM22 |
Soft-shell crab pasta |
Dekat 2 jam jugak kiteorang bersembang. Banyak perkembangan semasa yang dieorang kongsi dengan aku sampaikan aku rasa macam aku masih lagi part of the team. Tu je la benda yang aku rindu pasal kerja - kawan-kawan ofis aku semuanya baik-baik lebih-lebih lagi kawan-kawan ofis di tempat lama iaitu di Bintulu dulu. Kiteorang rapat sangat macam ahli keluarga, kalau meeting lambat habis boleh pesan kat kawan tolong ambikkan anak dekat taska.
Apapun aku doakan yang terbaik untuk kawan-kawan ofis, semoga dieorang terus sukses dalam karier masing-masing dan semoga persahabatan kiteorang berkekalan. Alhamdulillah ramai yang masih lagi contact, keluar makan sama-sama walaupun aku dah tak lagi kerja di situ.
Eh...nape aglio olio tu camtu erk...kosong...pernah makan kat situ SA amik aglio olio ada 2 ekor udang ke 3 ekor rasanya...pelik plak...x berbaloi dengan harga tu ha...
ReplyDeleteItu la SA, frust betul tgk aglio olio kosong. Patutnya ada udang. Huhu…
Deletehaiyaa rm22 dpt spageti mcm tu je.. mmg xberbaloi..
ReplyDeletebest lepak ngn kwn2.. sejam dua xckup nk borak.. hihi
Aah mmg tak nak dah order next time. Bila dah lama tak borak sama, mmg seronok. Tapi kawan2 kene masuk ofis balik lepas lunch break jadi tak boleh la lepak lama2.
DeleteAO tu nampak bland, but taste wise ok tak?
ReplyDeleteTapi Fish & Chips tu nampak sedap!
Entah la, bila takde udang terus makan dgn penuh hambar je hahaha! Terliur je tgk kawan makan F&C kat depan kita huhu.
DeleteSesekali lepak borak dengan kawan memang best kann.. penuhi masa bersama selagi ada peluang..
ReplyDeleteIye, tu la kita nak luangkan masa dgn Sislin & Geng K.A.M.I.E jugak. Bila la agaknya dapat lepak macam itu hari kan? :D
DeleteSeronok, sesekali jumpa kawan lama. Susah nak jumpa kawan macam tu, boleh tolong amik anak lagi. Semoga ukhuwah terus berpanjangan.
ReplyDeleteAmeen.. aah sbb hantar dekat taska yg sama senang nak mintak tolong. Kiteorang dulu mmg ramai je yg PJJ dgn asben, jadi mmg kena support each other bab-bab jaga anak2 ni.
DeleteUish.. harga tak sepadan hidangan.. Patut bubuh lah 5 ekor udang ka, seafood lain ka.. baru syok..
ReplyDeleteBest luangkan masa dengan kawan-kawan lama nie..
Kan. Itu je la yg rindu pasal ofis hihi. Menyesal order aglio olio tu.
Deleteler kosong gtu je aglio olio...yg soft shell crab pasta tu kita pernh mkn ..sukaa
ReplyDeleteTu la saya pandang je soft shell crab pasta yang kawan order tu. Rasa menyesal order aglio olio kosong huhu
Delete