Semua orang nak bahagia kan, tapi bahagia yang kekal tu tak akan tercapai sekiranya kita masih tak tahu tujuan kita diciptakan.  


Petikan dari buku Imam Al-Ghazali - Alchemy of Happiness

Buku ni aku baca beberapa tahun lepas, and it set me to ponder deeply on why I was created. Adakah kehidupan aku masa tu selari dengan matlamat aku dicipta atau sebaliknya. Banyak kata-kata hikmah yang terkandung dalam buku ni yang aku suka tapi ayat ni yang paling terkesan di hati aku.

Imam Ghazali mengingatkan kita bahawa setiap kita dicipta ada tujuan masing-masing. Ibarat barang-barang yang dicipta manusia, kita juga ada matlamat jiwa kita. Contohnya, matlamat kipas dicipta ialah untuk menyejukkan suhu bilik. Begitu juga kita. 

Tujuan utama kita dicipta ialah untuk beribadah kepada Allah. Bukanlah ini bermaksud kita menghabiskan 24 jam di atas tikar sejadah semata-mata sebab definisi ibadah ni sangat luas. Bekerja pun ialah ibadah. Jadi suri rumah pun satu ibadah. Belajar juga satu ibadah. Hatta tidur untuk merehatkan badan pada malam hari pun ialah ibadah. Begitulah indahnya ajaran Islam sebab apa yang kita lakukan selagi perbuatan tu tak dilarang dalam Islam merupakan satu ibadah.

Bila kita sedar yang kita dicipta untuk beribadah maka kita akan merasa bahagia. Contohnya, kita nak beribadah melalui karier sebagai guru untuk mendidik umat manusia, maka kita bersungguh-sungguh bekerja. Kita akan bahagia di situ walaupun mungkin ganjaran tak setimpal dengan usaha kita. Atau jika kita ikhlas jadi suri rumah untuk berbakti kepada suami dan keluarga dengan niat beribadah kepada-Nya, maka kita akan bahagia menjadi suri rumah tanpa peduli apa orang lain katakan tentang kita.

Kunci bahagia tu ialah keikhlasan dalam beribadah. Apa-apa yang kita lakukan adalah kerana Allah dan kita meletakkan kebergantungan kita sepenuhnya kepada Allah SWT. Insha Allah kita tak akan merasa derita dan resah-gelisah bila kita berpegang teguh dengan Allah SWT.


Alchemy of Happiness

Buku ni memang sesuai dibaca bagi mereka yang masih tercari-cari bagaimana menggapai bahagia dalam kehidupan. Boleh Google je 'Alchemy of Happiness' pasti akan terjumpa buku ni.


Alchemy of Happiness

6 comments:

  1. Bila ingat Allah, hati akan tenang...kata-kata hikmah ibarat air yg menyejuk jiwa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Nohas. Bila kita insaf yang kita diciptakan utk beribadah kepada Allah, kita tak perlu dah nak serabut2 urusan dunia.

      Delete
  2. thanks for sharing.. salam jumaat 😅

    ReplyDelete
  3. Kena belajar untuk ikhlas dalam kerja seharian kita. Niat untuk cari redha Allah, kan. Menarik bukunya.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .