Isnin lepas Suami Terchenta ambik cuti nak temankan aku pergi ke showroom tilam Aerofoam yang terletak di Klang.
Selesai je urusan di situ, terus terasa perut berkeroncong sebab dah pukul 2 petang dan tak makan lagi. Maka kiteorang pun Google la tempat makan best yang ada dekat-dekat situ. Carian Google lalu membawa kiteorang ke Restoran Nasi Kukus Sotong Besar. Maaf la, sebab lapar sangat tak sempat nak ambik gambar luar kedai, tapi dari jauh lagi dah nampak signboard restoran yang besar dan bangunan kedai warna merah. Memang takkan sesat la kalau ikut Waze.
Lepas order dan bayar makanan kat kaunter, kiteorang pun terus duduk kat meja. Tak sampai 10 minit, makanan sampai.
Ok, yang buat aku jakun sebenarnya ialah kedai ni pelayannya ialah sebuah robot. Ni first time aku makan kat kedai yang menggunakan robot pelayan. Bukan calang-calang robot ni, dari jauh lagi dia main lagu dangdut. Hantar makanan betul-betul depan muka, memang servis terbaik punyalah!
Lepas ambik makanan, kena tekan butang 'Done' kat skrin tu baru dia beredar |
Robot tengah bertugas hantar makanan kat meja pelanggan |
Suami Terchenta order nasi kukus sotong besar. Sotong memang segar, manis dan rangup, tak rugi cuba walaupun harganya RM20+. Menyesal pulak order satu je. |
Yang ni pulak nasi kukus ayam berempah. Pun sedap jugak. Harga dalam RM12+ kalau tak silap. |
Puas hati makan kat Restoran Nasi Kukus Sotong Besar ni. Tapi kalau nak pergi lagi, tunggu bila tekak memang teringin sangat-sangat nak makan sotong sebab jauh dari tempat kiteorang. Hehe.
byk juga tmpt skarang guna robot antar makanan
ReplyDeleteni first time pegi kedai makanan yg ada robot antar makanan hehe.
Deletehahaha lepas ni dah kurnag la org amek orang bekerja kan .. sbb semua pun dah pakai robot
ReplyDeleteasal sanggup nak beli robot mahal2 nak gantikan orang hehe
DeleteMacam kat Black Canyon, pun pakai robot jugak. Robot kucing. :)
ReplyDeleteBesarnya sotong dia..
oo baru tau hehe. Aah sotong dia mmg puas hati la walaupun mahal sikit.
Deletenk tgk robot yg leh cuci pinggan terus., hehehe
ReplyDeletetu namanya dishwasher Wak. Hehe
DeleteSotong kukus dia nampak menyelerakan.. Pergh!!
ReplyDeleteSedap sangat, Sha! Klu ada kat area Shah Alam / Klang, boleh la singgah situ.
Delete