Kredit gambar: netflix.com |
Sempena Hari Raya ni, wajib la tonton cerita bertemakan Hari Raya kan? Kebetulan masa berkunjung ke rumah ex-boss, cerita ni tengah ditayangkan. Sambil bersembang, sambil mata melirik ke TV jugak. Wah, cantik jugak cinematography filem ni. Heroin pun comel (Qasrina Karim & Erra Fazira). Balik rumah terus cari kat Netflix.
Ni sinopsis cerita Kongsi Raya:
Filem ini mengisahkan sepasang kekasih, Jack, berbangsa Cina dan Sharifah, berbangsa Melayu. Jack merupakan seorang chef dan pengurus restoran yang dimiliki oleh ayahnya, seorang ketua chef. Sharifah pula ialah seorang penerbit rancangan TV untuk ayahnya, Rahim, juga seorang selebriti chef. Apabila mereka memutuskan untuk memperkenalkan pasangan mereka kepada ibu bapa masing-masing, kedua-dua ibu Jack dan Sharifah merestui hubungan mereka tetapi kedua-dua ayah mereka pula terkejut dan menentang hubungan itu. Keadaan menjadi semakin sulit apabila kedua-dua ayah yang juga chef masakan bersaing dalam rancangan masakan yang ditayangkan di televisyen secara langsung. Jack dan Sharifah mesti mencari jalan penyelesaian sebelum keadaan menjadi lebih tegang. Bolehkah mereka memperbaiki keadaan dan meyakinkan kedua-dua ayah untuk menerima mereka?
Bagi aku cerita ni memang menarik dan kelakar dari awal sampai akhir. Walaupun jalan ceritanya macam tak berapa logik (bila Jack terpaksa menyamar jadi kawan baik Sharifah iaitu Siti, siap berhijab lagi) tapi gandingan pelakon-pelakon hebat iaitu Harith Iskander, Erra Fazira, Chew Kin Wah, Ong Ai Leng, Qasrina Karim, Wilson Lee dan Teddy Chin (pengarah dan jugak pelakon) membuatkan penceritaannya menarik dan tak over sangat.
Gabungan Erra dan Harith sebagai ibu bapa Qasrina pun memang best, sebab dieorang ada chemistry dan bersahaja je macam dah ada pengalaman anak yang dah dewasa (padahal anak-anak dieorang belum ada yang dah remaja pun).
Mati-mati aku ingatkan Qasrina Karim memang pandai berbahasa Mandarin, rupa-rupanya dia terpaksa hafal skrip dan belajar berbahasa Cina untuk bawak wataknya. Memang hebat.
Tak rugi menonton filem Kongsi Raya ni.
ada nampak iklan nya aritu tp blm sempat lagi nk tgk hehehe
ReplyDeletemenarik.....sama jg dgn iklan raya Seng Cars World 'Ayahku Cina'..
ReplyDelete