Malam ni aku tido lambat sikit temankan Suami Terchenta bekerja (block leave pun masih lagi kena join online meeting, sibuk bebenor dia).
Sedar-sedar, eh dah 1 Mei la. Jadi aku nak ucapkan kepada Suami Terchenta dan rakan-rakan blogger,
"Selamat Hari Pekerja 2022"
Tahun ni special sikit sebab tahun pertama tak lagi bergelar pekerja. Aku start bekerja dari umur 17 tahun - sementara tunggu result SPM kerja di kedai runcit datuk di kampung. Datuk tak bayar gaji tapi dia belikan gelang emas yang sampai sekarang masih lagi aku simpan buat kenangan dengan arwah datuk yang baik sangat.
Lepas tu 4 tahun sambung belajar di UTM. Tahun ke-4 bekerja part-time di food court JUSCO (sekarang AEON) untuk tampung belanja sebab final year pakai banyak duit untuk projek tesis (dulu takde printer sendiri setiap kali print draft kena pergi kedai dan bayar mahal). Paling tak lupa masa tu bertekak dengan boss / tauke (walaupun tauke tu hensem macam Aaron Kwok tapi dia tak bagi staff prayer break) sampai dia mengalah dan lama-lama dia pun ok je sebab aku pergi solat pun sekejap je terus sambung kerja. Aku tak salahkan boss jugak sebab pengalaman dia sebelum ni staff kata pergi solat tapi sampai setengah jam hilang pergi merayau tempat lain.
Lepas grad je sementara tunggu konvo aku kerja pulak jadi research assistant part-time sebab nak balik Sarawak tiket mahal pulak. Struggle jugak sebab gaji kurang dari RM500 lepas tu tolak pulak EPF & SOCSO. Syukur sewa rumah ramai-ramai dengan kawan-kawan yang lain jadi sewa rumah dan belanja makan pun jimat (kiteorang tong-tong sorang bayar seringgit sehari untuk beli barang-barang memasak).
Bila research project dah tamat, aku apply pulak program management trainee kat Senai. Gaji masa tu RM1200 je, tapi cukup untuk belanja diri-sendiri dan hantar kat mak di kampung setiap bulan. Dari management trainee, diserap pulak jadi kakitangan tetap sebagai Executive Corporate Communications (walaupun tak sama dengan bidang yang aku belajar).
Lepas 4 tahun bekerja, aku apply pulak dengan syarikat lain yang ada cawangan di Sarawak sebab aku teringin nak bekerja di bumi sendiri. Syarikat yang baru ni baru aku berpeluang kerja dalam bidang yang aku ambik di universiti, tapi lepas sebulan aku dapat rasakan jiwa aku tak sesuai dengan bidang tu. Nak berhenti sayang pulak sebab gaji dan faedah yang jauh lebih baik and also aku masih lagi nak cuba memohon bekerja di Sarawak.
4 tahun di syarikat kedua, aku ambik cuti tanpa gaji memandangkan masa tu aku sambung belajar dan baru melahirkan anak kedua. Lepas setahun, aku buat permohonan pindah ke Sarawak dan permohonan diluluskan. Gembiranya masa tu, tapi tak lama sebab Suami Terchenta yang plan asalnya akan ikut berpindah ke sana tak dapat cari peluang kerja di Sarawak. Tiba-tiba kiteorang kena struggle dengan PJJ pada usia anak-anak yang kecil dan aku sangat perlukan Suami Terchenta di sisi.
Dari tahun ke tahun aku bertahan tapi semakin lama semakin letih menguruskan anak-anak seorang diri dengan tanggungjawab kerja yang semakin bertambah. Know know dah 6 tahun ber PJJ dan the struggle is real. Anak sakit aku sorang yang kena bercuti. Bila kena outstation, aku sorang yang pening memikirkan siapa nak uruskan anak-anak (aku cuba tak menyusahkan mak jadi kadang-kadang aku bawak anak-anak ikut outstation kalau takde siapa yang jaga). Kemuncaknya bila PKP pertama kali diperkenalkan dan sekolah-sekolah mula buat online class. Suami Terchenta pulak tak boleh pulang sebab kekangan kerja dan selama 3 bulan aku handle seorang diri kepeningan PDPR, kerja sekolah berlambak2 di samping masalah di ofis jugak. Akhirnya aku dengan berat hati buat permohonan pindah semula ke KL. Stressnya aku masa tu sampai aku bergaduh dengan boss walhal boss tu sangat baik tapi yalah, masa ni dah diuji dengan mental health yang terjejas akibat pandemik ni.
Bila berpindah ke KL, jiwa aku dah kosong dan aku realize - yes, aku dah tak lagi ikhlas bekerja dalam keadaan stress dan waktu kerja yang semakin panjang bila bekerja di rumah. Tambahan pulak aku tak minat dengan skop kerja, dan permohonan untuk pindah ke jabatan yang lebih sesuai dengan experience dan minat aku pulak tak dapat sokongan. Aku mula susun rancangan untuk berhenti kerja dan pujuk Suami Terchenta untuk yakinkan dia yang rezeki semuanya di tangan Allah SWT. Dekat setahun jugak aku pujuk dia, barulah dia dengan berat hati bagi keizinan untuk aku berhenti kerja.
Dan akhirnya pada tahun ni aku first time tak lagi bergelar pekerja.
I will always cherish the time when I was a worker but I do not regret leaving my job because I have grown out of it. My mission now is to figure out how can I bring my experiences and knowledge gained when I was working to bring value to others.
As we celebrate Workers' Day, my wish is for government to find ways to enforce work-life balance and working culture that supports employees' welfare. There's still a lot more to be done to change Malaysian working culture.
Buat Suami Terchenta, terima kasih sebab bekerja dengan penuh dedikasi untuk rezeki yang halal buat kita sekeluarga. Insha Allah, kali ni saya lebih ikhlas dan fokus menjaga keluarga bila tak lagi stress dengan status PJJ & masalah kerja.
Jgn stres2 Jun!!! Eh tiber hahaaa.... Utk karni pun life begins at home hehehe... Jgn stress buat kerja rumah juga k.. Selamat hari oekerja utk semua yg masih bekerja!!
ReplyDeleteSelamat hari pekerja kak Ret! Selamat Hari Raya gak hehe.
DeleteAgree that working culture need to be improved in our country and employees' welfare need to be addressed seriously.
ReplyDeletePH dah 9 thn jadi FT housewife and I enjoy every bit of it w/pun kena kerja 24/7 :p
Alhamdulillah... setakat ni memang tenang je hidup lepas jadi FT home manager ni.
DeleteSetuju sangat dengan perkongsian sis ini.. budaya kerja masih banyak perlu ditambah baik..
ReplyDeleteBetul... bagus juga dah ada kesedaran mental health di kalangan pekerja disebabkan budaya kerja yang tak sihat, semoga akan membawa kepada perubahan yang dapat menyokong kesihatan mental para pekerja.
Deletebanyak pengalaman kerja, sis...baik jg bos yg kt foodcourt tu..akhirnya mengalah, bagi time break utk solat...ttg employees' welfare tu, dah ada improvement e.g..cuti bersalin 3 bulan, cuti utk suami pun dah bertambah, impose gaji minimum, SOCSO...nak enforce work-life balance secara general tu rasanya payah sikit sebab ia bergantung kpd nature of work & company jg..
ReplyDeleteTak dinafikan banyak penambahbaikan dari segi benefits kepada para pekerja sekarang compare dengan dulu. Saya rasa kita mampu jugak implement budaya kerja yang lebih seimbang, contohnya macam di negara Perancis, boss / colleague tak dibenarkan contact pekerja di luar waktu kerja. Masa pandemik ni paling sedih sebab tiba-tiba je ramai yang ambik kesempatan WFH untuk buat meeting di luar waktu kerja dengan alasan tak perlu commute ke ofis. Padahal masa tu staff dah letih mentally dan perlukan waktu rehat sebab lepas tu nak uruskan rumah & anak-anak pula.
DeleteKat rumah pun masih 'pekerja'...
ReplyDeleteKat rumah jawatannya lain, skop kerja pun lain hehe.
Delete