.
Kredit: mkn.gov.my

Tadi nampak my mom post dekat IG ucapan 'Selamat Hari Jururawat Sedunia'. Maka dengan ni, aku pun nak ucapkan 'Selamat Hari Jururawat Sedunia' kepada para jururawat dan bekas jururawat semua.

Actually, my mom pernah menyandang jawatan jururawat di Hospital Umum Kuching sebelum dia berkahwin. My mom bercerita, dulu di sekolah dia selalu dapat keputusan peperiksaan yang bagus dan pernah ditawarkan biasiswa sambung pelajaran di sekolah berasrama penuh di Semenanjung Malaysia. Tapi disebabkan masa tu orang-orang tua masih lagi berfikiran 'anak perempuan tak perlu belajar tinggi-tinggi / bersekolah jauh-jauh' maka tawaran tu ditolak oleh orang tua. Disebabkan tu, cuma adik lelaki my mom je yang dapat pergi ke sekolah berasrama penuh di Semenanjung Malaysia sehingga berjaya ke universiti dan bekerja dengan syarikat besar.

Tapi my mom tak berputus asa. Lepas habis MCE (Malaysian Certificate Exam atau sekarang SPM), dia memohon pulak kursus kejururawatan dalam Sarawak je. Mungkin sebab kursus ni diberikan elaun, maka orang tua pun bersetuju melepaskan my mom belajar ke Kuching Sarawak (my mom berasal dari Bekenu, Miri. Masa tu Kuching pun dikira agak jauh tapi masih lagi setanah jadi kurang sikit tentangan dari orang tua).

My mom selalu bercerita tentang pengalamannya sepanjang jadi jururawat pelatih dan juga jururawat. Macamana dia ditempatkan di hospital sakit jiwa (Hospital Sentosa) di Batu 7 dan pernah dikejar oleh pesakit mental di sana. 

Macamana dia pernah assist jururawat di wad beranak (ye, zaman tu jururawat bengis-bengis tak macam sekarang. Kalau meraung sebab sakit beranak, memang kena sebijik dengan jururawat masa tu). Pernah ada seorang perempuan datang ke hospital dari kawasan pedalaman untuk beranak. Lepas lahir je anak, dia mengadu sakit perut lagi dan tiba-tiba melahirkan anak kedua. Kelam-kabut jugak wad dibuatnya sebab perut si ibu yang kecik jadi tak siapa sangka ada bayi kedua. Macamana dia pernah bekerja syif malam dan diganggu (lif tiba-tiba berhenti di basement walaupun dia seorang je dalam lif tu).

My mom bagitau, perkara yang paling diingati ialah pengalaman menguruskan pesakit yang meninggal dunia. Kalau pesakit berbangsa Cina yang meninggal dunia, maka berebut-rebut la jururawat bertugas nak menguruskan simati sebab keluarga Cina akan menghadiahkan duit saguhati tanda terima kasih. Kalau keluarga yang kaya, sampai beratus-ratus jugak dieorang hulur kat jururawat yang menguruskan simati. Mungkin zaman sekarang dah berubah dan takde lagi praktis macam ni dibenarkan di hospital.

My mom sampai sekarang masih lagi contact rakan-rakan jururawat yang lain. Kebanyakan dah pencen, tapi ada juga yang masih lagi bekerja sebagai matron. Hubungan dieorang masih rapat sampai sekarang. Aku selalu tanya dengan mak, dia menyesal tak berhenti kerja dari jadi jururawat?

Mak jawab, 'Kadang-kadang, tapi bila tengok wajah anak-anak masa kecil dulu, mak tak menyesal.' Begitulah pengorbanan seorang mak untuk membesarkan sendiri anak-anak di depan mata.

Buat my mom dan seluruh jururawat - kalian memang tabah dan selayaknya diraikan pada hari ni. Selamat Hari Jururawat Sedunia, terima kasih atas khidmat dan pengorbanan kalian semua!


Bersama dengan bekas jururawat Hospital Umum Kuching (my mom)

4 comments:

  1. ni mesti anak dia tak takut jarum kan... klu dapat misi mcm ur mom ni hehehe

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Pengorbanan besar seorang ibu demi anak-anak..
    Selamat Hari Jururawat buat mak sis dan semua jururawat.. Mereka semua memang terbaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, sanggup mengorbankan cita-cita untuk anak-anak. Sayang anak2 takde yang meneruskan jejak langkah mak atau jadi doktor.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .