Salam Isnin semua, ada yang tengah Monday blues ke tu?


Kredit foto: blog.playo.co


Monday blues ni ialah satu terma yang dikaitkan dengan perasaan negatif atau 'down' bila tibanya hari Isnin selepas berehat 2 hari pada hujung minggu sebelumnya. Rasa malas, lemau dan tak 'look forward' untuk bekerja la secara ringkasnya.

Bagi sesetengah individu, Monday blues ni boleh dirasai sejak hari Ahad lagi, dan ada juga yang mengalami keresahan melampau (anxiety) pada malam Ahad disebabkan memikirkan hari Isnin esoknya. Dahsyat kan penangan Monday blues ni?

Macam aku dulu pun, bila tiba hari Ahad je perasaan happy di hujung minggu tu semakin lama semakin hilang sampai malamnya aku dah mula mengeluh memikirkan workload di ofis esoknya dan jugak kesibukan menguruskan anak-anak ke sekolah.

Bagi yang mengalami Monday blues, mungkin anda boleh mencuba kaedah-kaedah ni untuk mengatasi atau mengurangkan perasaan tak best ni:


1. Kenalpasti punca.

Kenapa anda rasa susah hati bila tiba hari Isnin? Adakah disebabkan anda tak suka dengan kerja anda? Atau anda mempunyai rakan sekerja atau persekitaran kerja yang negatif yang perlu dihadapi? Bila dah kenalpasti punca, senanglah untuk mencari jalan penyelesaiannya.


2. Bersiap-sedia untuk hari Isnin pada minggu sebelumnya.

Mungkin anda memikirkan beban kerja yang bertimbun pada hari Isnin. Untuk mengatasinya, cuba selesaikan beban kerja yang besar pada minggu sebelumnya iaitu sebelum anda meninggalkan pejabat untuk bercuti di hujung minggu, supaya anda tak perlu lagi menghadapi beban kerja tu pada hari Isnin berikutnya. Contohnya, anda kena membuat panggilan telefon yang sukar atau menyelesaikan isu tertangguh. Sebaik-baiknya jangan tangguhkan pekerjaan yang mencabar ni, sebaliknya menyelesaikannya secepat mungkin supaya anda tak perlu lagi memikirkannya di hujung minggu.


3. Senaraikan perkara-perkara yang mengujakan anda di tempat kerja

Anda suka makan dan lepak-lepak dengan kawan-kawan sepejabat? Atau suka kemudahan minuman / makanan percuma di pantri pejabat? Senaraikan perkara-perkara yang mengujakan anda pada malam Ahad supaya anda boleh menukarkan perasaan Monday Blues ni kepada positif.


4. 'Unplug' semasa hujung minggu

Elakkan dari memeriksa email kerja atau pesan kepada rakan sekerja atau boss supaya tak meninggalkan Whatsapp / pesanan ringkat berkaitan kerja apa lagi jika perkara kerja tu cuma boleh dibuat pada hari Isnin berikutnya. Sekiranya ada perkara mustahak, lebih baik telefon anda supaya anda tak resah memeriksa telefon setiap masa. Ingat, rest day ialah hak anda yang termaktub dalam Akta Pekerjaan! 


5. Tidur secukupnya dan bangun awal

Semestinya bila anda tak cukup tidur, anda akan rasa mengantuk dan letih untuk menghadapi hari bekerja. Jadi, dapatkan tidur yang cukup dan bangun awal supaya tak kelam-kabut. Lebih baik jika dapat selitkan 'me time' sebelum mula bekerja sama ada bersarapan dengan rakan sepejabat atau pasangan, tak pun membaca akhbar sambil bersarapan sebelum waktu bekerja bermula. Jadi anda akan lebih tenang dan bersedia di pagi Isnin.


6. Pakaian Kerja yang Membangkitkan Keyakinan Diri Anda

Kenapa bila kita nak menghadiri sesi temuduga, kita akan berpakaian dengan pakaian terbaik kita? Ini supaya meningkatkan keyakinan dan seterusnya mempamerkan keterampilan diri yang menarik supaya berjaya dalam sesi temuduga, betul tak? Bila kita rasa dan tampil lebih yakin, kita akan lebih positif dan bertenaga menghadapi masalah dan cabaran kerja terutama pada hari Isnin.


7. Jadilah Orang yang Positif

Mulakan hari Isnin dengan perasaan bersyukur kerana kerja kita ialah sumber rezeki kita. Semakin banyak kita bersyukur, semakin banyak rezeki yang tertarik kepada kita. Elakkan merungut-rungut atau berkeluh-kesah, dan jauhkan diri anda dari orang-orang sebegini di tempat kerja. Jika kurang rasa positif, 'recharge' tenaga positif anda dengan cara mendengar lagu-lagu kesukaan anda yang menggembirakan anda. Lebih baik lagi, semaikan perasaan positif di kalangan kawan-kawan sepejabat supaya boleh mencipta suasana positif dan gembira bagi menghilangkan Monday Blues di kalangan anda.


8. Gembirakan Orang Lain

'Energy received, energy returned'. Maksudnya, bila anda menggembirakan orang lain, anda akan merasa gembira. Puji rakan sekerja, berbuat baik dengan pelanggan atau belikan makanan kegemaran ahli keluarga yang sudah lama diidam-idamkan. Perkara ini akan menimbulkan perasaan positif dalam diri anda. 


9. Elak Penuhkan Jadual Kerja pada hari Isnin

Sekiranya boleh, pastikan jadual hari Isnin anda tidak terlalu padat supaya anda tak berasa stress. Sekiranya anda perlu mengadakan mesyuarat, seelok-eloknya adakan pada hari Selasa atau Rabu. Jadikan Isnin hari untuk anda membuat kerja-kerja rutin.


10. Hiburkan Diri-sendiri di Tempat Kerja

Jika anda suka acara makan-makan, anda boleh mengajak kawan-kawan makan di tempat baru atau jika anda suka memasak, mungkin anda boleh masak untuk rakan-rakan pejabat dan bawa pada hari Isnin untuk dikongsi bersama. Tak pun, anda boleh mengatur sesi bersembang hari Isnin dengan rakan-rakan baik untuk berkongsi tentang hujung minggu anda. Yang penting, lakukan perkara yang menghiburkan anda di tempat kerja.


11. Rancang Aktiviti Santai Selepas Waktu Bekerja

Kebanyakan kita rasa letih dan tak berdaya selepas seharian bekerja. Apa kata kembalikan tenaga anda dengan merancang aktiviti santai dengan rakan-rakan atau pasangan, contohnya menonton wayang selepas waktu bekerja atau bersukan bersama-sama supaya hari Isnin anda diakhiri dengan perasaan gembira dan positif.


Sumber asal: "11 Ways to Beat the Monday Blues" by Jacquelyn Smith, Forbes.com

12 comments:

  1. tak sempat nak 'feeling blues' bila ada urgent report nak kena submit...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu tandanya nohas gembira dgn tempat kerja sekarang hehe

      Delete
  2. Menarik saranan diberikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saranan tak berkesan, mungkin dah tiba masanya menukar angin ke tempat baru..

      Delete
  3. suka baca tips mcm tok.. rasa baca majalah jak aie.. hehehe

    ReplyDelete
  4. tiap2 hari wak keje WFH jadi xde masalah dgn monday blues, cuma kadang2 terlupa hari ini hari apa.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo Wak kerja company apa tu, mmg HR belum panggil masuk ofis lagi ke? Seronok la camtu.

      Delete
  5. Lepas baca entri ni, ada rasa sedar diri sikit. Kena bersyukur dan happy-happy selalu. Tapi kalau angin lintang tu nak datang, tak semesti hari Isnin, hari-hari lain pun boleh juga. Maklumlah, saya surirumah. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita sis. Kalau angin lintang datang, kita rehatkan minda dgn menulis di blog ke hehe.

      Delete
  6. kalau kerja di te,mpat yang kurang disukai memang macam tu...bukan Isnin sahaja tapi sepanjang minggu hehehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .