Jamuan Raya Fasa Pasca Pandemik
Pejam celik2, eh dah masuk hari terakhir di bulan Syawal. Syukur Alhamdulillah, raya tabun ni disambut dengan meriah di samping keluarga besar dan sahabat-handai. Ramai juga yang ambik kesempatan buat open house, kami pun tak kurang jugak.
Tahun ni open house kami berbeza sikit. Walaupun kita dah di fasa endemik, kiteorang taknak ambik risiko. Bincang punya bincang dengan Suami Terchenta, last2 kiteorang setuju untuk jemput kawan-kawan rapat je, itu pun bukan serentak. Setiap keluarga kami beri slot masa supaya takde kontak rapat antara tetamu. Slot dibahagikan selama sejam setengah - 12.30 - 1.30 tengahari untuk adik-beradik, 2 - 3.30 petang untuk tetamu kedua, 4 - 5.30 petang untuk tetamu ketiga, 5.30 - 7.00 petang untuk tetamu keempat dan 8 - 10 malam untuk kawan-kawan ofis lama. Setengah jam antara setiap slot tu ialah masa untuk prayer break, panaskan lauk dan sanitize meja makan dan sofa (Penyembur Dettol dah standby kat tepi pintu).
Walaupun tetamu tak diwajibkan buat ujian COVID sebelum datang (masing-masing sepatutnya dah tau kalau bergejala tak boleh la keluar rumah), tapi kiteorang sebagai tuan rumah pilih untuk buat dan hantar keputusan ujian COVID kepada para tetamu pada pagi tu. Kiteorang jugak pakai penutup muka bila bersembang sementara tetamu-tetamu makan.
The only time kiteorang tanggalkan penutup muka ialah masa ambik gambar je.
Menu jamuan raya kiteorang simple je - nasi hujan panas, rendang, lemang, ketupat, kek lapis Sarawak (beli je tak sempat nak buat huhu) dan kek cheese Oreo. Alhamdulillah, walaupun ringkas rendangku laku keras hehe. Sudahnya terpaksa order rendang daging dari Madam Kwan's KLCC kat GrabFood. Mujur ada perkhidmatan food delivery zaman sekarang! Kalau tak, terpaksa la keluar mencari rendang untuk tetamu sebelah malam pulak memandangkan rendang memang licin.
|
Nasi hujan panas guna pewarna apa je ada di rumah. Kek lapis lupa nak keluarkan dari peti sejuk masa ni. Lemang tu ala-ala seni la hidang dalam buluh hehe |
OK la, takde modal lagi nak cerita, kita layan gambar-gambar dari open house kami:
|
Ex-team member jugak satu masa dulu |
|
Rakan baik dari Bintulu (anak2 kiteorang dulu satu kelas) |
|
My sisters and daughters |
|
My ex-team |
|
Abaikan pemandangan serabut di sebalik sliding door hihi |
Jadi dengan ni, berakhir la sambutan raya kami tahun ni. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk meraikan tetamu-tetamu kami pada jamuan raya tahun depan Insha Allah...
bagus mcm ni, ada slot khas, takdelah ramai2 dtg sekali harung...menu raya lengkap - ketupat, rendang & lemang...hihi..
ReplyDeleteBetul, tuan rumah pun boleh fokus setiap masa kat tetamu yg datang. Klu dulu, tuan rumah sibuk berdiri depan pintu sambut tetamu lain, nak cakap dgn tetamu yg dah ada pun kadang-kadang tak sempat.
DeleteAncaman Covid-19 sudah semakin dilupakan hehehe...SOP sudah semakin longgar dan angka jangkitan pual semakin berkurangan
ReplyDeleteBeringat sebelum terkena lebih baik dari tiada SOP langsung hehe.
DeleteWaaa ku lihat kek sarawak tu haaaaa
ReplyDelete