Salam Jumaat kepada rakan-rakan yang dikasihi. Sedar tak sedar, bulan Syawal dah nak berlalu. 

Semalam ajak Suami Terchenta buka puasa di Sunway Putra Mall sebab lepas tu nak beli barang sikit. Anak-anak tak nak ikut, sudahnya kiteorang berdua je la dinner date di Dolly Dimsum. 

Lepas berbuka puasa, kiteorang pun pergi cari surau untuk solat Maghrib sebelum shopping. Surau mall ni terletak di tingkat 5.

Bila dah sampai di surau, dalam hati kata - Wow, Subhanallah, cantiknya surau kat sini! Bertemakan kehijauan alam serta flora dan fauna. Bila lalu je di laluan ke surau ni, boleh dengar bunyi burung berkicauan dari speaker kat siling. Di sepanjang laluan ke surau ada kata-kata hikmah yang dipamerkan. Memang tenang je rasa melangkah di sepanjang laluan ke surau.   


Surau Sunway Putra

Maaflah, gambar tak berapa cantik sebab aku berhenti sekejap je ambik gambar sebelum mengejar Maghrib.

Surau Sunway Putra
Peringatan buat orang-orang yang sibuk

Surau Sunway Putra
Mesej Islamik yang terpampang di sepanjang laluan ke surau

16 comments:

  1. rasa tenang je bila masuk ke surau yg bersih n ceria sebegini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. surau kat sunway putra surau dalam mall yg terbaik yg pernah saya pergi setakat ni

      Delete
  2. baru nampak surau ni hari Sabtu lepas...kagum tengok depa hias cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya surau mall yang tercantik saya pernah pergi.

      Delete
  3. pernah masuk sekali...kat sini...lepas tu pi makan kat Chilli's

    ReplyDelete
  4. Laluan pun da rasa tenang.. apalagi kat dalam tu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam pun cantik ala2 masjid mini cuma tak boleh ambik gambar sebab surau muslimah

      Delete
  5. Alhamdulillah sekarang surau ditempatkan di aras atau ruang yg selesa. Dulu-dulu surau selalunya di carpark @ basement je :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis. Dulu2 dah la letak kat basement, kecik dan panas pulak tu. Syukur mall sekarang lebih Muslim friendly..

      Delete
  6. Sejak bertukar wajah, belum pernah ke surau sini lagi. Insya Allah kalau ada rezeki nak pergi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau berkesempatan ke Sunway Putra Mall boleh la ke tingkat 5 singgah solat di surau ni.

      Delete
  7. sejuk aja mata pemandang warna2 hijau.. ada quote tu mmg menusuk ke hati

    ReplyDelete
  8. kacakkkk... x bingong mun nk bershopping sbb selesa gilak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Suraunya sederhana besar, tapi selesa. Mun penuh, ada sigek gik surau di tingkat 3.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .