Weekend baru-baru ni, kawan baik aku jemput kiteorang sekeluarga ke majlis kawen adik dia di Melaka. Memandangkan hari Isnin merupakan cuti ganti untuk Hari Wesak, jadi kiteorang buat keputusan pergi ke Melaka dan seterusnya ke Desaru melawat adik ipar kat sana.


Selamat Pengantin Baru buat Sheila dan pasangan…

Sebenarnya takde la banyak tempat pun kiteorang singgah kat Melaka ni memandangkan tujuan sebenar cuma nak memenuhi undangan perkahwinan. Tapi dah alang-alang kat Melaka, kiteorang ambik kesempatan bercuti-cuti melawat Melaka. Kat sini aku share la tempat yang kiteorang pergi kat Melaka:

1. Hotel Zamburger Mariam, Taman Kota Syahbandar 

Hotel ni hotel bajet dan terletak agak jauh sikit dari tempat-tempat tarikan bandaraya Melaka. Kalau duduk sini kena drive tak pun ambik grab kalau nak pergi ke kawasan tumpuan pelancong. Harga semalam tak sampai RM100 (kiteorang tempah melalui Agoda.com), bilik hotel sangat selesa walaupun kecik sikit untuk 4 orang (saiz katil Queen, bersempit-sempit la kiteorang tido malam tu). Yang penting bersih dan ada petak letak kereta khas untuk tetamu hotel di depan hotel. Recommended hotel sebab hotel ni Muslim-friendly (hanya pasangan berkahwin dan keluarga dibenarkan duduk di hotel ni).

Hotel Zamburger Mariam
Hotel Zamburger Mariam

Hotel Zamburger Mariam
Bilik air sangat-sangat bersih dan ada pemanas air

Overall, aku bagi rating: 7/10

2. Melaka River Cruise

Malam tu, kiteorang dah plan nak naik Melaka river cruise memandangkan aku tengah sakit kaki jadi nak kurangkan aktiviti berjalan-jalan. Suami Terchenta sesiap beli tiket river cruise ni online kat sini. Harga tiket dewasa RM25 manakala harga kanak-kanak 2-12 ialah RM15.

Melaka River Cruise
Cantik tempat ni waktu malam diterangi lampu berwarna-warni

Kiteorang naik river cruise melalui Jeti Taman Rempah. Nak ke sini memang nak tak nak kena la mengharungi jalan jem kat Melaka ni. Tapi yang bagusnya, tempat letak kereta luas dan tak jauh sangat dari kaunter tiket. Slack sikit je - barisan cuma ada satu je tak kira la untuk pengunjung yang beli tiket on-the-spot atau beli online. Tapi bila dah beli tiket, kiteorang tak perlu tunggu lama pun sebab bot ada banyak.

Nak jimat masa korang baca entri ni, jadi layan je la gambar-gambar sepanjang naik cruise ni:

Melaka River Cruise
Bot river cruise ni luas dan setiap bangku boleh muat 3 orang duduk. Memandangkan kiteorang berempat, jadi kiteorang duduk 2 baris.

Melaka River Cruise
Lampu berwarna-warni menghiasi sepanjang tebing sungai. Di setiap tempat tarikan, akan ada penerangan tentang sejarah atau latar belakang tempat tu

Melaka River Cruise
Sepanjang cruise ni, kiteorang melalui 6 buah jambatan, setiap jambatan ni ada kisahnya tersendiri

Melaka River Cruise
Rumah tradisional Melaka yang dibuat tanpa menggunakan paku mengikut seni bina Melayu

Melaka River Cruise
Jambatan Pasar yang dibina semasa zaman pemerintahan Portugis

Melaka River Cruise
Dapat tengok banyak tempat makan menarik di sepanjang tebing sungai

Melaka River Cruise
Bawah jambatan pun diterangi lampu berwarna-warni, cantiknya…

Melaka River Cruise
Bangunan lama dengan lukisan mural

Melaka River Cruise
Baru tau kat Melaka pun ada Hard Rock Cafe

Melaka River Cruise
Gravy Baby Melaka di Jonker Street

Melaka River Cruise
Dah sampai di Dataran Muara Sungai Melaka so bot pun berpatah balik

Melaka River Cruise
Memang berbaloi naik Melaka River Cruise sebab dapat menikmati pemandangan bandaraya Melaka yang menarik di malam hari

Melaka River Cruise
Mural Hang Tuah

Overall, aku bagi rating: 9/10

3. Sarapan di Roti Canai Kayu Arang

Esoknya kiteorang Google tempat sarapan menarik di Melaka. Memandangkan tempat ni dah on the way ke arah Muar, maka kiteorang pun singgah kat sini. Bila kiteorang sampai, haa tudiaaaaa…. Orang dah berbaris panjang nak cuba roti canai kayu arang ni. Review restoran ni memang melambung-lambung, orang kata roti dia lembut dan ada aroma sedap sebab masak atas arang. Nak makan kat sini kena ada tahap kesabaran yang tinggi. Kiteorang beratur lebih kurang  40 minit semata-mata nak merasa roti canai viral ni.

Bagi aku yang bagus tempat ni ialah kaunter ambik order terus bayar kat situ, so tak perlu la nak kena beratur sekali lagi pulak untuk bayar. Bila kita dah bayar, akak tu terus assign nombor meja so tak perlulah  nak cari meja pulak. Order pun agak cepat sampai.


Roti Canai Kayu Arang Melaka
Ni je sebabnya roti ni viral, sebab dimasak atas dapur arang

Roti Canai Kayu Arang Melaka

Roti Canai Kayu Arang Melaka
Roti kosong dengan kuah dhal

Roti Canai Kayu Arang Melaka
Roti sarang burung

Ok, sekarang aku pun nak bagi review. Bagi aku, tak berbaloi buang masa berbaris semata-mata untuk merasa roti canai dimasak atas kayu arang ni. Rasanya biasa je kat tekak aku, takde pulak aroma kayu arang ke. Bagi aku, lebih berbaloi aku sarapan di kedai mamak, tak buang masa beratur dan boleh pilih kari apa nak makan dengan roti. Nasi lemak sambal kerang dia not bad, tapi still tak berbaloi memenatkan kaki hampir sejam beratur kat sini. Penggemar roti canai boleh la cuba makan kat sini untuk merasa sendiri roti canai yang dibakar atas arang, tapi ni la kali terakhir aku nak beratur panjang untuk roti canai kat sini.

Rating aku untuk tempat ni: 5/10

Takde rezeki pulak aku nak cari asam pedas Melaka sebab kiteorang kena gerak ke Johor pulak. Harap-harap ada rezeki boleh explore banyak lagi tempat menarik dan tempat-tempat makan di Melaka tahun ni.

21 comments:

  1. Seronok dapat berjalan-jalan sambil penuhi jemputan kenduri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok, dah lama tak jejak kaki ke Melaka macam2 perubahan yg baru.

      Delete
  2. Laaa ko baru tawu ada Hard Rock ke? Hahahaha adeiii..
    Sis kalau pi Melaka, tu haa makan Cendok tepi sungai tu lerrr... sedap woooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye lama tak kesini tu yg baru tau sislin hehe. ada nampak cendol durian tu kan. Tapi tau2 je la Jun kalau nampak orang beratur panjang je dia alergik hehe

      Delete
  3. ok x pernah makan roti canai arang tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak try, kena pergi weekdays kot sebab weekend mmg orang ramai beratur panjang.

      Delete
  4. good post 😊 would you like to follow each other? if the answer is yes, please follow me on my blog & i'll follow you back. https://camdandusler.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. melaka nang best.. lamak juak dh x ke melaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. juh datang ke semenanjung jalan2 sitok hehe

      Delete
  6. Dah lama tak jalan2 Melaka..Last pegi tahun 2018..
    Mesti banyak berubah kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak ingt bila last sekali jalan2 kat melaka haha! tapi mmg byk perubahan kat melaka. Rasa tak puas jalan2 hari tu tapi time tu tgh sakit kaki so terhad sikit pergerakan.

      Delete
  7. cantik river cruise di waktu malam...colourful..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik nohas. ikutkan hati teringin nak jalan2 kat tepi2 tu tapi masa tu tengah sakit kaki.

      Delete
  8. sambil pi kenduri..bole jln2 skali...roti canai kayu arang tu pernh la nk singgah sbb tgk waze dkt ngan hotel tp bila baca review bab beratur tu..tk brp gigih hehe so xde la try

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha! sis ni macam asben saya, dia pun alergik dengan tempat2 yg kena gigih beratur :P

      Delete
  9. baru je jenjalan kat Melaka Khamis lepas tapi x semua tempat la pergi..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan sekali-sekala melawat Melaka ni byk tempat menarik.

      Delete
  10. Gambar pertama tu memang kaca eh?

    ReplyDelete
  11. cantik juga view river cruise melaka waktu malam eakk

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .