Semalam Suami Terchenta tiba-tiba bersuara, 'Flight AirAsia balik KL delay ke pukul 10 malam.'

Aduh... Kalau pukul 10 malam baru nak berlepas, pukul berapa la sampai ke rumah? Esoknya budak-budak nak sekolah pulak. Ghisauu...

Suami Terchenta siap check harga top up ticket kalau tukar penerbangan ke hari sebelumnya. Dalam RM400 la kena top up kalau nak tukar tiket.

Aku mintak Suami Terchenta forward email AirAsia yang bagitau penerbangan kami dah ditukarkan ke pukul 10 malam.

Bila bukak email, rupa-rupanya bukanlah delay tapi kena cancel so AirAsia letak kami untuk penerbangan seterusnya.

Email AirAsia

Pentingnya kita check email supaya tak berlaku salah faham. Penerbangan ditangguhkan & penerbangan dibatalkan tak sama. Kalau penerbangan ditangguhkan, kita nak tukar tiket memang kena bayar ekstra sebab flight tu masih lagi berjalan so kos masih lagi berjalan. Tapi kalau penerbangan dibatalkan terus, syarikat penerbangan akan tawarkan sama ada tukar tarikh / masa penerbangan secara percuma atau refund.

Memandangkan aku taknak la sampai rumah pukul 1 pagi sebab esoknya anak-anak kena sekolah, jadi aku decide untuk tukar tiket ke hari sebelumnya. Kalau naik AirAsia, pergi je ke website dieorang dan chat dengan bot AirAsia, AVA. Pilih option 'Move flight' lepas tu AVA akan mintak nama (surname & first name), tarikh lahir dan maklumat penerbangan (nombor PNR dan tarikh flight). Lepas AVA sahkan maklumat adalah betul, dia akan mintak kita pilih tarikh dan masa penerbangan yang baru. Dalam 10 minit je dah settle tukar tarikh dan masa penerbangan balik ke KL. 

So mudah je la sebenarnya. Tak perlu pun nak top up harga tiket asal.

Chat AVA

Harapnya tiket balik ke kampung takde pertukaran sebab kiteorang balik kampung naik MAS tapi balik ke KL naik AirAsia. Sengaja pilih MAS sebab harga lebih kurang sama dan flight pun berlepas setengah jam lepas berbuka puasa, so jimat la tak perlu beli makanan kat airport setakat bekal air & kurma je nanti sebab dalam flight ada disediakan makanan. Korang balik kampung bila?

22 comments:

  1. Uncle belum pernah ada pengalam flight kena kensel... tapi ada pengalaman kena tinggal flight! hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman kena tinggal flight paling sadis bila dah sampai boarding gate tapi tak dibenarkan masuk flight sebab pintu pesawat dah tutup katanya.

      Delete
  2. Nasib baik boleh minta sehari awal.
    Kampung dekat. Balik malam sebelum raya selalunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la nasib baik ada lagi seat kosong. Tak sanggup rasanya naik flight lewat malam dengan budak2 lagi. Bestnya kampung dekat, tak perlu harung jem & habis duit beli tiket balik kampung kan.

      Delete
  3. so far tak pernah lagi ada pengalaman flight kena kansel. Kena tukar or delay tu selalu...SA setiap tahun ada je kat NS...kampung dekat...mak abah pun duduk rumah SA...hehehe...so adik beradik semua balik sini la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya parents duduk rumah sama... tak yah nak pening2 fikir pasal persiapan balik kampung kan haha. Mesti meriah raya tahun ni kat rumah SA bila adik-beradik berkumpul.

      Delete
  4. Uii seriau gak kalau time balik kampung tu kena tukar ke delay ke.. moga dipermudahkan yaa Karni.. Sis raya sini jerr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mintak2 tu je la pertukaran flight tu. Ni pun baru je check in MAS. Kena siap2 print boarding pass dari rumah supaya tak kelam-kabut kat airport.

      Delete
  5. fuh nasib baik bole tkr flight tanpa bayaran extra...
    hehehe kita pun raya sini je karni.. klu free meh raya umah kita k...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kalau tak nangis gak tak sanggup nak bayar RM400 semata2 nak tukar flight. hadap je la sampai rumah lambat huhu... Insha Allah nnt kita dah balik kl kita plan open house sesama kita kan hehe

      Delete
  6. Mood orang balik raya susah terasa....semoga semuanya selamat semuanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Feel balik kampung ni mmg sebahagian dari experience raya setiap tahun.

      Delete
  7. tak pernah kena lg mcm ni.. kesiannya jd mcm tu. kalau xboleh tukar flight tak ke naya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni kira ok lagi dah tau awal2. Ada yang lagi kesian dah sampai airport baru tau flight kene kensel. Sebab tu kena peka dengan email / sms dari AA huhu..

      Delete
  8. mama penah chat dgn ava tu. mmg bagus dia tu buat keje haha

    ReplyDelete
  9. parah bila tiket kena cancel..aritu kwn kena masa nk ke tawau..sudahnya kena bli tiket baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesiannya, dah la tiket ke Sabah lagi mahal dari ke Sarawak. Sepatutnya kalau tiket kena cancel tak perlu beli tiket baru, boleh mintak refund atau reschedule tiket tanpa caj.

      Delete
  10. teringat zaman balik beraya dari Kota Kinabalu ke Kelantan pd thn 1999 dulu. Terpaksalah berpuasa panjang sikit hari tu. Sesampai di KLIA kena tunggu 7.30 pm baru buleh buka. Sdgkan imsak di KK pukul 4.40 am....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kesian kalau fly dari Sabah ke Semenanjung Malaysia... tapi kalau dari Semenanjung nak balik ke Sabah/Sarawak memang untung sebab sahur lambat tapi berbuka awal.

      Delete
  11. Tak pernah ada pengalaman naik kapal terbang.. Memang kena semak betul-betul kan.. kalau tak rugi je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. tiket flight dah la mahal kalau terlepas flight memang menangis.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .