Selamat Datang Ke Dunia Miniatur...
Sebelum kena Covid tempoh hari, kiteorang sempat la berjalan-jalan ke Bukit Bintang. Asalnya nak ganti bateri telefon Khayla yang dah kembang, tapi lepas dah setel tukar bateri kat Low Yat, Khadeeja request nak beg sandang macam kakak. So pergilah ke Sungei Wang Plaza.
Tak sangka pulak terjumpa galeri MinNature Malaysia yang terperuk dalam bangunan ni. Rasanya mesti ramai yang tak tau kewujudan tempat ni kan?
Nak masuk galeri ni kena beli tiket dan harga tiket pun bukan murah - RM20 sekepala dewasa dan kanak-kanak harga sama (kali 4 orang jadi semuanya RM80). Tapi Suami Terchenta tak sampai hati nak cakap 'no' bila budak-budak ni buat muka kesian macam Puss in Boots tu hahaha. So dia bayarkan je la... Amacey Suami Terchenta, lap u so much muah!
Nak tengok berbaloi ke tak berbaloi harga tiket boleh tengok hasil tangan artis kraf miniatur ni. Nampak real kan? Setiap model miniatur ni dibuat dengan teliti dan sangat detailed:
|
Entah berapa lama nak siapkan satu karya miniatur ni... |
|
Kerusi tu macam real sangat. Mangkuk tu siap ada ukiran lagi dan berisi butir-butir makanan yang kecik halus |
|
Makanan orang Cina - kagum dengan kesabaran artis nak buat benda-benda kecik ni |
Anak-anak tak habis-habis tanya, 'Mom, how did they make such a tiny snack?' bila tengok model gerai jajan ni. Jangan tanya Mommy, Mommy pun tengah takjub dengan tahap kesabaran artis-artis ni. Kalau la aku yang kena buat model miniatur cenggini, baru dua butir kacang agaknya dah terbalik meja dan jadi Hulk! 😂😂 #spesiestakretisabar
|
Nostalgia betul tengok jajan ni |
|
Khadeeja perhati je cakoi dengan pisang goreng miniatur ni |
|
Replika kuih-muih ni pun nampak sedap je padahal pelesu semuanya haha! |
|
Replika gerai jual buah berangan (chestnut) |
OK, dah puas tengok model kecik-kecik kita beralih ke replika pemandangan pulak.
|
Replika suasana kampung |
|
Aduh, rindu betul nak balik kampung bila tengok ni |
|
Replika gerai durian pun ada |
|
Ni kedai sinseh Cina rasanya |
|
Suasana rumah panjang |
Lagi satu, sambil-sambil menghayati setiap suasana tu, boleh jugak tangkap gambar kod QR yang terpampang di sebelah pameran. Kod QR tu ialah link ke Youtube di mana pengunjung boleh dengar rakaman audio. So bukan setakat boleh tengok, boleh dengar jugak audio ayam berkokok ke, orang bergosip ke, lagu ngajat ke. Baru la feel sikit!
Bahagian seterusnya ialah replika bandar-bandar di Malaysia:
|
Replika Bandar Georgetown, Pulau Pinang |
Lagi satu, ada pertunjukan cahaya dekat Kek Lok Si dan Dataran Merdeka pada masa-masa tertentu. Sebelum pertunjukan bermula, pengumuman akan dibuat so korang boleh la terus gerak ke tempat tu. Bila pertunjukan cahaya bermula, lampu akan dimalapkan. Kiteorang sempat tengok pertunjukan cahaya di Kek Lok Si. Siap ada naga terbang-terbang, maklumlah kawasan tokong Cina.
|
Setiap replika ada penerangan ringkas tersendiri, tapi aku malas nak baca sebab banyak lagi tempat nak cover hihi |
|
Replika Bandaraya Melaka. Dalam gereja tu bila kiteorang intai siap ada majlis perkahwinan lagi! |
|
Gigih betul artis ni buat miniatur dalam replika gereja |
|
Replika Batu Caves |
Sebenarnya ada banyak lagi replika negeri-negeri lain seperti Melaka, Perak, Negeri Sembilan, KL, Sarawak, Sabah, Terengganu dan sebagainya tapi aku dah penat nak upload 😜 Korang kena pegi sendiri kalau nak tengok bandar-bandar tu ye.
Nak bagi lagi menarik, galeri ni ada menawarkan ganjaran RM200 untuk cari satu karakter (The Green Bandit) yang menyorok dalam salah satu pameran miniatur ni. Puas kiteorang cari memang tak jumpa. Kalau korang terer mencari benda hilang boleh la cuba nasib cari The Green Bandit ni. Buat pengetahuan, galeri ni berkeluasan 1207 meter persegi dan ada lebih 34,000 replika.
|
Budak-budak suka main scavenger hunt ni |
|
Eh, model orang kita pun ada! |
Dah puas tengok pameran dan replika bandaraya semua, boleh la gerak ke kedai cenderahati pulak. Siapa-siapa yang rasa nak bawak balik replika miniatur ni boleh beli di kedai ni tapi harga faham-faham je la memandangkan replika ni ialah karya seni. So peminat replika, silalah sokong hasil tangan artis tempatan di sini.
|
Ni sesuai nak bagi kawan-kawan atau ahli keluarga yang duduk di luar negara supaya dieorang rindu makanan kat Malaysia hahaha! |
Tapi kalau nak cari yang murah sikit boleh jugak usha fridge magnet, pop-up card bertemakan bangunan kedai lama atau buku nota.
|
Fridge magnet ni RM15 je satu |
|
Pop-up card ni harganya RM21 kalau tak silap. Anak aku beriya-iya nak beli, berjanji dengan tulus ikhlas nak jaga elok2 last2 aku tengok atas lantai tepi meja.. hmm... |
Amacam, best kan galeri ni? Boleh dapatkan maklumat lanjut di laman web: http://minnature.com/. Sempena cuti sekolah ni boleh la plan bawak anak-anak pergi ke sini, memang menarik.
Pergh!! Nampak real.. Memang betul-betul sabar artisnya.. Terbaik hasilnya..
ReplyDeleteNampak real sgt kan? Kalau suruh kita yang buat mmg kesudah tak siap2 haha
DeleteSaya baru tahu ada gallery miniature ni. Menarik sangat, betul betul nampak real. Tiket pricey tapi puas hati jugaklah tengok kan.
ReplyDeleteTu la kiteorang pun baru tau jugak tu pun secara tak sengaja terjumpa sbb tempat dia tersorok sikit.
Deletemasya Allah...halus2nyeee semua! mun ciksun jalan rah sitok, mesti lamak alu merati sigek2 ehhh..hahahahha
ReplyDeleteAok, jakun sekali juak kmk org merati replika tok. Nok replika makanan ya nang nyuruh lapar juak haha
Deleteini patut soh CM join ni hahaha...
ReplyDeleteCM pun tak larat nak cari agaknya sbb tempat tu besar, pastu ada beribu2 patung kecik2 hahaha
DeleteAi? Uncle pun tak tau tempat ni wujud... Uncle memang suka benda2 cam ni....
ReplyDeleteAmboi... orang belanja terus 'lap you muah muah!' (Muka kaku sambil mata pandang atas)
Suami belanja je kita muah2 lap u hehe.
Deletemenarik nih..kena pi tengok..
ReplyDeleteAah memang menarik. Pergilah hujung minggu ni bawak family sekali. Mana tau dapat cari character 'The Green Bandit' tu & dapat reward RM200.
DeleteKagum sungguh dengan hasil kreatif tangan-tangan ajaib!
ReplyDeleteSelalu hanya melihat di you tube sahaja.
Rupanya memang ada galerinya.
Ada Kak Amie. Cuti sekolah nanti bawaklah Firdaus jalan2 ke KL boleh singgah ke Minnature ni.
Delete