Alhamdulillah dah selamat pulang ke KL Sabtu lepas tapi lepas tu sibuk + penat balik dari travelling pun melanda...
Mana tak penat, balik ke sana sebab nak menguruskan rumah kat sana yang kosong selama setahun lebih. Sampai je kat rumah petang tu, lepas tengok keadaan rumah sudahnya kiteorang decide tido kat hotel je la malam tu. Tak larat nak terus mengemas dengan keadaan letih lepas berlari maraton kat KLIA2.
Trip kali ni selain daripada mengemas rumah, mesti la tak lain tak bukan nak makaannnnn! Hahaha! Ye la, dah lama tak balik kampung, kesempatan ni mestilah digunakan untuk pergi ke tempat-tempat favourite masa duduk di Bintulu sebelum berpindah ke KL.
So ni la tempat-tempat makan yang kiteorang pergi minggu lepas:
1. Restoran Tumis
Restoran ni antara tempat sarapan yang paling popular di kalangan warga Bintulu, baik penduduk tempatan mahupun orang luar yang bekerja di Bintulu. Sebabnya ialah menu utama dieorang ialah nasi lemak dengan pelbagai sambal dan jugak roti canai.
Kalau korang nak tau, di Sarawak sarapan pagi biasanya orang cari laksa Sarawak atau mi kolok. Nasi lemak memang ada jugak, tapi biasanya dijual di gerai-gerai dan dah dibungkus sama ada dengan sayap ayam goreng atau nasi lemak dengan ikan masin je.
Jadi Restoren Tumis ni kiranya menampilkan menu yang berlainan sikit la iaitu nasi lemak dan roti canai. Sambal nasi lemak dan ayam goreng kat sini pun sedap. Selalunya Suami Terchenta akan pilih sambal kerang kalau dia sarapan nasi lemak di sini.
Tapi lain pulak dengan aku. Menu favourite aku kat sini ialah roti canai UPM. Roti canai dia yang lembut disiram pulak dengan kuah dhal yang sedap dan sambal yang sedikit manis. Then ada pulak telur mata goyang. Pergh. Memang sedap.
|
Balik ke Bintulu wajib singgah Restoren Tumis menikmati nasi lemak atau roti canai dengan telur mata goyang (dalam menu namanya 'Roti UPM')
|
|
Roti UPM ni memang kegemaran aku dari dulu. Sambal & kuah dhal dia memang sedap! |
2. Mee Sapi Ahim
Kalau sarapan mi kolok pulak, aku suka makan di sini. Mi kolok ni sebenarnya takde resipi standard tak macam laksa Sarawak. Ada yang berkicap, ada yang tak berkuah (mi kolok kering / mi kolok goreng), ada yang letak hirisan daging ayam, ada jugak yang letak hirisan daging. Biasanya yang ada sup daging ni dipanggil mee sapi.
Ramai orang suka mee sapi Haji Salleh di Kuching, tapi bagi aku pulak mee sapi yang paling sedap ialah mee sapi Ahim. Gerai dia terletak di Restoran Otai Corner belakang balai bomba. Dulu-dulu, sebelum hantar Khadeeja ke kelas taekwondo di tadika dia, kiteorang akan singgah sarapan pagi di sini dulu. My kids suka sebab mee sapi ni takde tabur bawang goreng, daun bawang dan segala 'bendasing' yang dieorang tak suka makan hahaha!
3. Laksa House
Sebelum ni, kalau nak cari laksa biasanya aku singgah makan di Restoran Srikandi di Medan Bintulu. Tapi kali ni bila aku balik, aku rasa laksa dia jauh beza dari sebelum ni - aku tak dapat nak habiskan pun sebab terlampau berminyak dan tak sedap macam dulu. Daun ketumbar pun dah layu.
Sudahnya aku pun cari laksa Sarawak di Laksa House. Laksa House ni dah beroperasi sejak berpuluh-puluh tahun, dah menu utama dieorang ialah laksa Sarawak. Ramai orang suka ke sini sebab kuah laksa dia sedap dan cukup rasa.
Cuma tu la, kena datang awal sikit sebab restoran ni biasanya cepat penuh dan lagi satu kalau datang lambat, kuah dia rasa cair sikit mungkin dieorang tambah air.
|
Laksa Sarawak |
|
Laksa ni sedap sebab bahan-bahan digunakan segar dan sambal pun sedap |
4. The Coffee Code Bintulu
Kafe ni antara kafe hipster terawal di Bintulu. Kafe favourite anak-anak aku ni terkenal dengan soufflé pancake, waffles dan pelbagai dessert lain.
|
Soufflé pancake kegemaran Khadeeja |
|
Big Daddy Sourdough - rasanya ni menu baru sebab tak pernah nampak sebelum ni |
|
Payah jugak nak cari soufflé pancake di KL yang sama dengan The Coffee Code |
5. Rain Tree Cafe & Restaurant
Yang ni tempat baru di Bintulu. Aku pergi tempat ni sebab kawan ajak jumpa dan makan-makan di sini. Masuk restoran ni memang tak rasa berada di Bintulu sebab restoran ni standard KL.
Selain daripada deko yang lawa dan Instagrammable, makanan dia pun sedap-sedap semuanya.
|
Interior dalam Rain Tree Cafe & Restaurant |
|
Lepas makan kita posing |
|
Truffle fries - tak berhenti-henti tangan ambik fries ni sebab sedap sangat |
|
Benedict Salmon ni pun sedap |
|
Salted Egg Yolk Pasta ni portion besar boleh kongsi 2-3 orang |
|
Broccoli soup ni je cukup sedap dan mengenyangkan |
|
Grilled salmon kalau tak silap - yang bagi lagi ummph ialah bunga kantan tu |
|
Lamb cutlets kalau tak silap - ni pun sedap |
|
Chocolate tart - rasa tak manis sangat dan sedikit pahit |
|
Magnum roll - sedap! |
5. Melt Cafe
Ni pun kafe hipster jugak, dan menu utama dieorang ialah grilled cheese. Orang kata cheesecake dieorang pun sedap tapi aku tak pernah try lagi sebab datang memang untuk makan grilled cheese sandwich je. Cheese dia memang tebal dan boleh tarik, memang padu!
|
Interior Melt Cafe |
|
Muka happy dapat makan grilled cheese sandwich kegemaran dieorang |
|
Suami Terchenta order yang ada daging |
|
Kiteorang suka yang kosong je. Boleh tengok cheese dia tebal dan cair je. |
6. Kelab Kidurong Bintulu
Dalam banyak-banyak tempat makan yang kiteorang pergi, restoran Kelab Kidurong Bintulu tempat yang paling best dan paling favourite kiteorang. Sebab tu la bila kiteorang datang je, terus staff restaurant tegur dan tanya lauk biasa ke? Antara menu favourite kiteorang ialah udang goreng butter (butter prawn), sayur midin belacan, ikan kod masak stim, sayur cangkuk manis goreng dengan telur, dan ayam kampung Taiwan.
|
Sedap yakmat |
|
Sayur midin goreng belacan - wajib makan bila balik Sarawak |
|
Ikan kod masak stim kegemaran Khayla |
Sebenarnya ada beberapa tempat lagi yang kiteorang pergi di Bintulu tapi tak teringat nak ambik gambar. Ada satu restoran tepi sungai di Kuala Tatau yang terkenal dengan mee udang galah tapi sayangnya dah tutup disebabkan PKP yang berlarutan. Sedihnya sebab kiteorang suka sangat tempat tu.
Minggu ni aku balik lagi tapi kali ni sorang je la sebab nak jumpa dengan penyewa rumah dan serah kunci. Harap-harap sempat la jalan-jalan cari makan lagi di sana 😄 (pastu meroyan bila nak kurus!)
Suka budak dua K tu dapat balik kampung yaaa... one day nak ikutlah ko balik sana, buatlah trip MsjBox jommm hahahaha
ReplyDeleteajommm... ajak kawan Sislin tu sekali, Sunnah Sakura dgn Kak Ret. Kita buat trip Bintulu-Miri pun best jugak!
Deleteteringin merasa makanan Sarawak. Iyolah kan...lidah Kelate ni nak juga bertukar selera...
ReplyDeleteOre Sarawak suka nasi kerabu. Abam Kie mari Sarawak bukak kedai nasi kerabu dgn budu mesti laku.
DeleteMak aih menu2nya.. Semua tangkap leleh.
ReplyDeleteKan.. masih tak boleh move on lagi rindu masakan Sarawak.
DeleteAduhai, kenapalah semuanya nampak sedap ni :)
ReplyDeleteBelum pernah jejak kaki ke Sarawak, maybe one day Insha Allah.
Meh la jalan-jalan cari makan kat Sarawak. Ramai orang suka melancong ke Kuching, banyak lagi tarikan kat sana & makanan pun sedap2 jugak.
DeleteSalam kenal.
ReplyDeleteSaya belum lagi sampai ke Sarawak. Rupanya banyak lagi makanan yang saya belum pernah makan. Haaaa..rugi...rugi...btw, Sayur midin tu sayur apa?
Sayur midin ni sedara-mara paku-pakis. Kalau ke Sarawak, wajib order midin belacan ni. Kat Semenanjung memang tak jumpa, tapi kalau ke Borneo sayur ni mmg terkenal dekat sana.
DeleteNak cari lah Rain Tree Cafe & Restaurant.... macam best je...
ReplyDeleteWah, Uncle nak pergi Bintulu ke cari Rain Tree Cafe ni?
DeletePaling kak ret suka mi kolok goreng , first time makan kat Tun Jugah Mall Kuching... terus terjatuh cinta!!
ReplyDeleteOoo saya pun tak penah lagi. Raya nanti la nak cari. Makan kat food court ke tu kak Ret?
Deletesedap sungguh sayur midin tu
ReplyDeleteMemang sedap, sebab tu orang Sarawak suka sayur midin ni.
Deletemenariknya tempat makan di Bintulu...grilled salmon ada bunga kantan..wahh..fusion...sayur midin first time makan kt Kuching..
ReplyDeletetak sangka fusion bunga kantan dgn grilled salmon tu sedap...
Delete