Salam semua,

Akhirnya baru ada mood nak menulis lepas 2 minggu kena Covid19! Syukur Alhamdulillah, Allah masih lagi beri peluang untuk bernafas dan sepanjang kena Covid19, takde perkara buruk dan simptom yang teruk. Selepas 2 tahun berjaya melindungi diri-sendiri dari wabak ni, akhirnya pada hari Isnin 7 Februari 2022 penyakit ni berjaya jugak tular ke keluarga kami.

Kisahnya hari Sabtu 5 Februari lepas balik dari bawak anak-anak vaksin, aku mula rasa seram-sejuk malam tu. Then hari Ahad pulak start sakit tekak dan badan tak selesa. Malam tu, sekolah ingatkan parents untuk buat test Covid19 sebelum hantar anak-anak ke sekolah. Keesokan harinya, masa anak-anak buat test, aku pun buat jugak sebab dah selsema.

Rasa tak percaya pulak bila tengok ada dua garis dekat test kit tu. Suami Terchenta dengan anak-anak masa tu masih lagi negatif. So start la aku kuarantin dalam bilik anak-anak sebab bilik dieorang kecik compared dengan bilik parents (Suami Terchenta dan anak-anak tidur di bilik kiteorang). Anak-anak pun tak jadi ke sekolah sebab dieorang dah consider as kontak rapat aku.


Pengalaman Kena Covid19
Buat ujian 2x dan dua-dua positif Covid19


First thing aku buat ialah makan panadol (sebab badan rasa panas) dan ubat selsema. Then terus report dekat MySejahtera. Tengahari tu MySejahtera bot hantar email mengesahkan dah terima report dan untuk memaklumkan yang aku kena pegi checkup dekat Covid Assessment Centre (CAC) terdekat.


MySejahtera
Email dari MySejahtera

Dalam profile MySejahtera pulak dah keluar status home surveillance order / kuarantin menandakan aku pesakit Covid dan sepatutnya duduk di rumah dan tak merayau-rayau ke kedai atau tempat-tempat awam.


Pengalaman Kena Covid19
Kalau dah dapat ni, wajib la duduk diam-diam di rumah sampai tarikh yang ditulis kat bawah tu 

Hari yang sama jugak, aku kena isi 2 form kat aplikasi MySejahtera - form sejarah perubatan (kena maklumkan sekiranya ada penyakit komorbid e.g. kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, kanser etc.) dan juga borang penilaian di rumah / home assessment tool (kena report ada simptom ke tak, suhu badan, tahap oksigen dalam darah, kadar nadi dan tekanan darah). Sepanjang tempoh kuarantin, pesakit wajib laporkan tahap kesihatan iaitu home assessment tool ni dua kali sehari - pagi & tengahari. So, rajin-rajin la bukak aplikasi MySejahtera sepanjang tempoh kuarantin.

Tak cukup dua borang ni, aku terima lagi SMS dari MySejahtera suruh aku update close contact (iaitu orang yang hari-hari aku jumpa, which is tak lain tak bukan family dalam rumah ni la).


Pengalaman Kena Covid19
Kena alert dekat bahagian 'Things to do'

Part MySejahtera ni aku memang puji la sebab efisyen dan jelas apa yang kena dibuat bila kena Covid19. Cuma part yang seterusnya iaitu checkup kat CAC, bagi aku masih ada banyak ruang untuk diperbaiki.

Since KJ announce bagitau siapa yang bergejala ringan atau tiada gejala (Kategori 1 & 2) tak perlu pergi ke CAC, aku pun mula-mula ingat tak perlu la pegi ke CAC. Lagipun kat rumah dah ada monitor tekanan darah, termometer dan smart watch yang boleh check oksigen. So hari pertama dan kedua aku ignore je la arahan pergi ke CAC tu.

Tapi malam tu aku dapat sms dari MySejahtera memaklumkan aku kena jugak pergi ke CAC. Aku pun confuse memandangkan aku ni kategori 2. Bila call nombor dalam MySejahtera, memang robot je la yang jawab. Kiteorang try cari nombor telefon dan lokasi CAC terdekat dalam MySejahtera tapi tak jumpa pulak. In the end, kiteorang decide untuk pergi ke salah satu Health Screening Facility yang ada dalam senarai di MySejahtera.

Hari ketiga, Suami Terchenta bawak aku ke HKL (sebab ada dalam senarai di MySejahtera) tapi kiteorang pusing-pusing HKL dan tak jumpa pun banner / papan tanda CAC di situ. So kiteorang pun pegi ke Klinik Titiwangsa (also dalam list MySejahtera). Suami Terchenta turunkan aku depan khemah dengan pegawai lengkap berpakaian PPE sementara dia pergi carik parking. Lepas register MySejahtera aku pun tanya kat mana CAC. Rupa-rupanya klinik tu pun bukan CAC! 😑

Mungkin ramai jugak yang confuse macam kiteorang sebab pegawai tu siap tunjukkan senarai CAC di KL ni dengan nombor telefon:


Pengalaman Kena Covid19
Senarai CAC di KL & WP

Alang-alang kiteorang dah kat Titiwangsa, kiteorang decide untuk call CAC Titiwangsa nak check sama ada masih bukak ke tak. Tapi hampa, kiteorang dimaklumkan kena pegi CAC di Kepong sebab alamat kami di Sentul 😑. Call pulak CAC Kepong tapi panggilan tak diangkat. So redah je la ke CAC Kepong.

Kebetulan aku sampai tu setengah jam lagi dah nak tutup. Tapi sempat la aku daftar. Lepas daftar, pergi ke stesen berikutnya iaitu check vital signs (BP, oksigen, heart rate, suhu). Lepas tu barulah jumpa doktor. So doktor pun tanya ada penyakit apa-apa ke tak (darah tinggi) dan last sekali dieorang bagi gelang pink yang famous ni:

Pengalaman Kena Covid19
Gelang KKM, limited edition

Buat pengetahuan, aku sorang je kena pakai gelang ni sebab 2 hari lepas tu Suami Terchenta pulak positif diikuti dengan anak-anak. Tapi Suami Terchenta takde pulak disuruh ke CAC dan tak perlu pakai gelang pink ni. Mungkin sebab aku declare aku ada darah tinggi sebab tu kena jumpa doktor untuk check up.

Sepanjang aku menunggu giliran di CAC, aku rasa kesian sangat dekat pegawai-pegawai KKM yang bertugas di situ. Korang bayangkan masa register dieorang kena taip satu-persatu maklumat pesakit dalam database, padahal maklumat tu semua dah ada dalam MySejahtera. Ada pegawai yang kena isi borang pakai tangan dan salin nama, alamat dan nombor IC setiap pesakit sebelum dieorang bagi gelang. Dalam hati aku, kenapa MySejahtera yang canggih tu tak extend access database dekat CAC? Aku yang tengok pun penat, apa lagi pegawai-pegawai KKM yang kena menyalin tu. 

Anyway, aku kena kuarantin selama 10 hari. Hari pertama dan kedua aku alami demam selsema, sakit tekak dan batuk (sebab tonsil). Setiap 8 jam memang akan ambik panadol dan ubat selsema. Setiap 3 jam pulak aku hisap Strepsil untuk melegakan sakit tekak. Air masak minum 3L sehari. 2 hari tu aku memang takde selera makan sangat, tapi aku gagahkan jugak makan buah-buahan, bubur dan sup ayam.

Hari ketiga demam beransur kebah, tekak dah baik tapi hidung pulak tersumbat. Aku teruskan minum air 3L sehari dan kerap ulang-alik ke tandas. Selera makan masih kurang tapi dah makin pulih. Hari ke-empat, aku mula hilang deria bau. Pagi-pagi lepas mandi aku basuh tandas guna Dettol, so faham-faham je la bau Dettol yang kuat. Tengahari tu aku masuk tandas terus tak dapat cium bau Dettol. Tapi malam tu boleh pulak hidung aku berfungsi semula. Esoknya hidung tak boleh hidu lagi. Macam tu la keadaan aku untuk tempoh beberapa hari selepas tu, sekejap on sekejap off pulak deria bau tu. Alhamdulillah, sepanjang tempoh tu tak hilang deria rasa.

Hari ke-6 semua simptom dah reda dan makin hilang, hari ke-8 kategori aku berubah dari kategori 2 ke kategori 1 dalam profile MySejahtera. Hari ke-10, 16 Februari 2021 aku kena pergi ke CAC untuk potong gelang. Sebelum pergi, aku saja la test nak tengok result masih positif atau negatif. Alhamdulillah masa ni result dah bertukar jadi negatif:


Pengalaman Kena Covid19
Alhamdulillah...

Sekali lagi pergi ke CAC kali ni ramai yang turun. Ada yang bawak anak-anak dan baby. Sekali lagi aku kena bersabar tunggu giliran berjumpa doktor (jumpa doktor tak sampai 2minit tapi menunggu sejam) memandangkan kaunter doktor untuk ex-Covid dan Covid patients ni sama je, dieorang tak asingkan pun. Kaunter potong gelang dan kaunter pasang gelang pun kaunter yang sama. Warga emas yang berkerusi roda je dapat fast lane yang lain termasuk ibu mengandung kena beratur tunggu giliran.

Masa menunggu giliran tu, sempat berborak dengan pakcik India di sebelah. Dia kata dia kena Covid tapi takde gejala (asymptomatic). Sepanjang 10 hari duduk di rumah, dia asyik bergaduh dengan anak dia sebab dia buat test hari-hari (ada masa line tak clear tapi anak dia insist dia masih lagi ada Covid dan tak bagi dia keluar rumah). 'Saya sudah sihat, tapi anak saya suruh saya duduk di rumah. Bosanlah!' dia membebel.

Aku angguk dan senyum je, dalam hati aku puji anak dia sebab ada kesedaran sivik untuk pastikan orang tua dia berkurung di rumah sepanjang kuarantin. Memandangkan dah dekat waktu lunch, anak pakcik tu call sebab nak bagi botol minuman manis supaya pakcik tu tak hypo (kurang gula). Baik sangat anak dia kan?

Tak disangka-sangka pakcik tu kena buat test pulak di belakang tirai bilik pemeriksaan, harapnya dia takde apa-apalah. 

Tu la pengalaman aku kena Covid19 baru-baru ni. Aku tertarik dengan post Facebook lecturer aku masa di UTM dulu, katanya dah tiba masa kita kena anggap Covid ni akan sentiasa ada dengan kita macam virus selsema yang lain. Apa yang boleh kita buat ialah lindung diri dengan ambik vaksin dan amalkan kebersihan setiap masa.

Jangan hairan kalau ada yang dah kena Covid19 berkali-kali, sebab ia tak ubah macam kita kena selsema. Macam aku ni sejenis yang kurang imuniti badan terhadap selsema, aku memang perlukan vaksin influenza untuk menguatkan pertahanan badan daripada dijangkiti selsema (alhamdulillah, memang membantu aku sebab sepanjang tempoh 2 tahun lepas ambik vaksin influenza memang tak pernah kena selsema berbeza dengan sebelum ambik vaksin). Macam tu la jugak dengan vaksin Covid19 ni, fungsinya untuk kurangkan risiko simptom yang teruk especially bila orang tu ada penyakit komorbid macam aku. Aku tak boleh bayangkan camane la kalau aku tak ambik vaksin Covid19 dan dos penggalak, adakah aku masih lagi mengalami simptom ringan atau dah terlantar di hospital dengan bantuan pernafasan? Wallahualam, aku tak berani nak ambik risiko sebab anak-anak dan Suami Terchenta masih lagi perlukan aku dalam keadaan sihat.

Lessons learnt dari pengalaman ni:

  1. Bawa bertenang, laporkan ujian kendiri Covid19 di MySejahtera dengan segera dan tunggu arahan KKM melalui MySejahtera seterusnya.
  2. Pastikan bekalan ubat demam, selsema, sakit tekak dan ubatan lain ada di rumah. 
  3. Kalau boleh, standby alat-alat untuk monitor tahap kesihatan dari rumah i.e. blood pressure monitor, termometer dan oxymeter sebab kena report setiap hari ke KKM. 
  4. Maklumkan dengan keluarga / kawan / jiran yang boleh tolong hantar bekalan makanan / ubat ke rumah.
  5. Banyakkan minum air masak / minum sup dan makan buah-buahan. Rehat secukupnya supaya badan kuat melawan penyakit dari dalam.
  6. DUDUK DI RUMAH SEPANJANG TEMPOH KUARANTIN. Memang la bosan tapi jangan pentingkan diri-sendiri walaupun rasa macam dah sihat atau takde simptom langsung.
  7. Bila dah habis kuarantin, cuci satu rumah dan lap semua permukaan meja, tombol pintu, dapur, dan high-contact areas dengan air bilasan Dettol / Clorox untuk sanitasi rumah. Kalau rasa mampu, boleh panggil syarikat sanitasi untuk sanitize satu rumah. Aku pakai Dettol je, termasuk spray Dettol untuk spray sofa, katil, bantal, tilam, langsir, tombol pintu, tong sampah dan tempat-tempat lain yang selalu disentuh sepanjang tempoh kuarantin.

Pengalaman Covid19
Sila bertenang dan ikut arahan KKM


Nota kaki: Terima kasih tak terhingga kat kakak aku sebab sepanjang tempoh kiteorang kuarantin, dia banyak tolong ambik barang-barang yang kiteorang order dari farmasi / pasaraya dan hantar ke pintu rumah kiteorang. Walaupun dia sibuk, sempat jugak dia masakkan sup ayam, order makanan kat Grab dan hantar ke rumah. Nasib baik kiteorang duduk kondo yang sama hehe.

4 comments:

  1. Allahuakbar, kesahnya ko kena Covid ke Karni? Alhamdulilah ko dah sihat... tu laa ramai yang kalau kena mereka gelabah, tak mereka kita juga kan, tapi kalau fahamkan semua, inshallah boleh handle kan..
    Nasiblah ada kakak tu sama tempat.. kalau tak baru nak tanya juga, siapa yang masak hehehe..

    Moga terus sihat yaa Karni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminn YRA... aah kiteorang satu family kene Covid 2 minggu lepas. Alhamdulillah semua dah sihat, budak2 pun dah pergi sekolah arinih. Mula2 dapat tau tu blur la jugak tak tau nak buat apa. Syukur la kakak dah pindah duduk kondo yg sama, ada la jugak family yang kiteorang boleh mintak tolong masa kene kuarantin haritu. Sekarang ni ramai kawan-kawan up status kene Covid jugak, Sislin sekeluarga jaga diri bebaik tau.

      Delete
  2. Allah... tak sangka awak kena juga akhirnya...
    Kita selalu doa minta dijauhkan kan tapi kalau DIA nak bagi ujian kat kita, terpaksa la redho... pape pun semoga lepas ni semua sentiasa sihat2 aje k...!!

    Risau juga ekcceli, sebab kadag kita x sedar pun camne kita bole dapat kan!! Stay safe ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah sembuh skrg. Sebab tu senyap je 2minggu ni sbb nak fokus rehat supaya cepat sembuh. Insha Allah doa yang baik2 supaya semua kita terlindung dari bahaya penyakit ni.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .