(AMARAN: Post ni banyak gambar! Biarlah gambar berbicara hehe)

Ni dah kali ketiga aku masuk Planetarium seumur hidup ni hehe. Kali kedua pergi aku dah pernah post sebelum ni kat sini. Masa tu Khayla baru 2 tahun, Khadeeja pulak 3 bulan. Bila aku tanya Khayla, 'Ingat tak kita pergi sini dulu?' Dia memang tak ingat la hahaha!

Terobek pergi ke Planetarium Negara 10 tahun lepas!


Kali ni pergi sebab kena jadi parent chaperone (pengiring) untuk field trip sekolah anak-anak. Kemain seronok budak-budak ni naik kereta, siap menyanyi lagu-lagu cerita Encanto sepanjang perjalanan ke Planetarium (bila Khayla pasang lagu Encanto). 


We-fie dulu sebelum gerak

Masuk kereta achik memang semua wajib pakai seatbelt. Selagi tak pakai seatbelt achik tak drive ye. Syukur la budak-budak ni dengar kata semuanya.

Setengah jam je dah sampai, drop off budak-budak depan entrance Planetarium dan parking dekat depan sikit. Sementara tunggu cikgu beli tiket masuk ke Planetarium, dieorang beratur ikut kelas. Oleh sebab aku excited nak ikut sama, aku pun beli la tiket masuk sekali. Tak sangka harga tiket masih sama macam 10 tahun lepas (RM6 untuk dewasa).


Ikut Rombongan Sekolah Ke Planetarium Negara

OK, dah beli tiket marilah kita masuk.


Ikut Rombongan Sekolah Ke Planetarium Negara
Khayla dan kawan baiknya

Planetarium Negara
Ruang pameran angkasa

Planetarium Negara
Sementara tunggu dieorang belajar pasal cahaya, aku pun baca fakta menarik tentang matahari

Planetarium Negara
Boleh belajar pasal langit jugak

Sebenarnya tak banyak sangat benda berubah dekat Planetarium ni. Seolah-olah Planetarium ni terperangkap dalam twilight zone pulak 😜 Aku sempat borak-borak dengan salah seorang cikgu yang pernah berkunjung ke muzium sains di UK, katanya sehari pun takkan habis explore kat sana. Dan setiap tahun ada je benda baru yang muzium sana akan bawak masuk atau aktiviti-aktiviti menarik yang dieorang adakan supaya para pengunjung sentiasa datang melawat. Tu la, sayang betul Malaysia ni selalu ada idea yang baik tapi tak berkembang.

OK la, malas nak taip panjang-panjang. Layan je gambar anak-anak dan kawan-kawan di Planetarium ni.

Ikut Rombongan Sekolah Ke Planetarium Negara
Khadeeja dan kawan-kawan dalam space shuttle

Ikut Rombongan Sekolah Ke Planetarium Negara
Besarnya enjin Viking ni!

Ikut Rombongan Sekolah Ke Planetarium Negara
Mural angkasawan yang cantik

Planetarium Negara
Tak boleh imagine camane rasa aiskrim kering ni

Planetarium Negara
Khadeeja ingatkan ada angkasawan mati dalam gelas kaca ni

Ikut Rombongan Sekolah Ke Planetarium Negara
Budak-budak enjoy merasa anti-graviti dalam bilik ni (boleh tengok dekat skrin tv)

Ikut Rombongan Sekolah Ke Planetarium Negara
Khayla posing depan mural ISS

Ikut Rombongan Sekolah Ke Planetarium Negara
Angkasawan Khayla

Ikut Rombongan Sekolah Ke Planetarium Negara
Angkasawan Khadeeja

Ikut Rombongan Sekolah Ke Planetarium Negara
Dalam teater sementara tunggu tayangan 3D bermula

Kita buat gambar-gambar terobek jugak la:

10 tahun lepas:

Planetarium Negara 2013
Masa ni Khayla dalam stroller lagi

Sekarang:

Planetarium Negara 2022
Khayla dah dara

10 tahun lepas:

Planetarium Negara 2013
Masa ni kena dukung lagi sebab masing-masing masih kecik

Sekarang:

Planetarium Negara 2022
Dah takyah dukung daa....

2 comments:

  1. Budak-budak memang teruja kalau ke sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab ni first time dieorang sampai ke Planetarium ni. Kalau dah berkali2 mesti boring sebab sama je tak berubah.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .