Sejak kebelakangan ni kes Covid makin naik, walaupun tak setinggi tahun lepas. Bila nak keluar rumah je, ghisauuuuu.... Kita tak nampak virus Covid dengan mata kasar so langkah terbaik ialah elakkan tempat yang sesak dan patuh SOP. #pesanankhidmatmasyarakat
That's why kalau nak cari tempat lepak dengan my two besties, kami akan pilih tempat yang luas atau kurang sesak. Antaranya ialah Tiffin At The Yard:
Tempat ni terletak di Sentul Depot, Sentul Barat. Sentul Depot ni dibina tahun 1905 dan dulunya kawasan penyelenggaraan keretapi KTM. Kalau korang pegi ke website www.sentuldepot.com.my, tempat ni dulu pernah dikenali sebagai "the biggest and finest integrated engineering workshops in the world, it employed as many as 5,000 railway workers in its heyday." Wow, kiranya bangunan Sentul Depot ni dah berusia lebih dari 100 tahun!
YTL kemudiannya dapat inspirasi untuk jadikan bangunan bersejarah ni sebagai kawasan tarikan pelancong tempatan dan luar negara, antaranya develop tempat ni sebagai F&B spot, ruang event, dan sedang dalam perancangan untuk tambah lebih banyak lagi tarikan macam gym dan pusat beli-belah.
Berbalik ke Tiffin At The Yard ni, tempat ni sebenarnya berkonsepkan food court menjual pelbagai jenis menu dan makanan dari serata dunia. Cuma kalau nak cari nasi goreng ke, mee mamak ke, memang takkan jumpalah! Kat sini makanan yang dijual lebih kepada kebab (Middle East), paella (menu nasi berasal dari Sepanyol), tacos, tiram segar (French cuisine), makanan vegetarian, makanan fusion Jepun dan lain-lain.
Tempat wajib posing |
Apa yang menariknya tempat ni memang cantik sangat sesuai untuk kaki Instagram. Walaupun dinding bangunan jelas nampak 'vintage', tapi hiasan dalaman tempat ni moden dan trendy. Yang penting, tempat ni luas - walaupun banyak je kereta kat tempat parking bila kiteorang masuk banyak je tempat kosong dan tak sesak.
Nampak macam lengang walaupun ramai jugak yang datang lepak sini |
Korang tak perlu risau tak cukup cash sebab semua gerai kat sini terima kad kredit / kad debit. Korang boleh jalan-jalan kat dalam ni tengok-tengok menu yang menarik dan kalau berkenan boleh singgah, pesan dan buat bayaran. Lepas makanan dah siap, korang boleh la cari tempat duduk.
Korang boleh pilih nak duduk kat tingkat atas atau kat tingkat bawah. Since tak ramai orang hari tu, kiteorang duduk kat tingkat bawah je, betul-betul bawah aircond hehe.
Tempat wajib posing jugak - berlatarkan tingkap melengkung yang klasik |
Memandangkan kami sampai pukul 3 petang camtu, masing-masing takde la mencari makanan yang berat. More to explore makanan yang ada kat situ.
Aiskrim dari gerai Licky Chan |
Jangan tersalah pilih pulak sebab ada yang mengandungi alkohol |
Nurul pulak try menu Mr Crabs ni dari The Bao Guys. Sedap gais! Chilli crab dia rasa macam asam pedas yang pekat, memang sedap dicicah dengan mantou bun goreng.
Mr Crabs ni sedap sangat, 3 ketul mantou bun memang tak cukup! |
Overall, tempat ni memang sesuai untuk lepak dengan kawan-kawan. Tapi aku nasihatkan better datang waktu siang sebab malam lebih ramai pengunjung, so parking mungkin susah sikit. Weekend tempat ni bukak dari pukul 5 petang - 12 tengah malam (Khamis & Jumaat) dan 10 pagi - 12 tengah malam (Sabtu & Ahad).
Siapa yang dah pernah try makanan lain kat Tiffin ni? Boleh bagi cadangan menu apa yang sedap?
The Yard waktu malam |
Dengan 2 orang besties jalan-jalan cari makan |
wah dah sampai dah dia.... hehehe..
ReplyDeletekita ni tak tau lagi bila nak jejak situ hahaha...
tgu sislin turun KL lagi ar :p
Arituh ekceli nak suggest lepak kat sini tapi since sislin duduk hotel kat damansara so kita kensel niat hehe. makanan dia takde la gempak sangat tapi besh gak klu sekadar nak lepak2 pastu ambik gambar untuk post kat IG hehe
DeleteAyuh, tunggu bulan Februari ni, aku macam nak turun KL lonely hahahahaha
DeleteAjommmm... :P dah dekat dah dgn rumah kiteorang & Kak Retna. pastu nak makan snow bingsu pun bole singgah dekat emart24 kat sentul point. Kak Ret dah try ke?
Deletebest tempat ni utk photoshoot..suka vintage look..
ReplyDeletekan, cantik tempatnya walaupun bangunan lama.
Delete