Dah lama Geng KAMIE tak bersiaran. Lepas bertahun-tahun tak ber ‘hoohaa’, akhirnya terbuka semula peluang kiteorg berkumpul sekali lagi sempena kedatangan Sis Lin ke KL. Apa lagi, riuh la group Whatsapp yang sekian lama sepi tu.

Hari Sabtu lepas, kami masing-masing berpakat reunion di Restoren Original Kayu Nasi Kandar di Kota Damansara. Walaupun jauh, kami tetap bersemangat waja hadir sebab ye la, bukan selalu peluang muncul untuk buat reunion kan? Apa lagi sejak aku pindah dan menetap di Sarawak selama 6 tahun. 

Bila dah jumpa aktiviti wajib ialah ambik gambar dulu!

Walaupun dah lama tak lepak sama-sama, bila berjumpa tak terasa kekok pun. Masing-masing riuh je nak bercerita. Tapi kalau dulu-dulu topik berkisar anak-anak, plan melancong dan membawang, gathering kali ni padat dengan topik penyakit dan ubat-ubat. Maklumlah, masing-masing dah fasa senior citizen ni, memang tak lari dari sakit yang sewaktu dengannya! 😆

Semua tekun dengar Che Mat bercerita

Mulalah compare ubat sakit darah tinggi, ubat kencing manis dan ubat jantung. Waktu ni la keluar cerita siapa yang dah buat operation, ubat siapa paling mahal, sampaikan alarm ubat Sis Lin & Suami Terchenta berbunyi pun tepat waktu yang sama hahaha! Memang berdekah la semua kat meja tu bila dengar alarm ubat dieorg! 😂

Kecoh sekali lagi bila roti tisu yang besar ni sampai ke meja, Sis Lin terus tak jadi diet 😜

2 jam dihabiskan dengan bersembang tapi masih rasa tak puas. Mana tak puas, dah bertahun-tahun tak jumpa banyak giler benda yang nak dibualkan. So apa lagi, buat la plan breakfast esoknya. Breakfast pulak kiteorang set di Nasi Lemak Marvelous, Taman Melati. Sebelum balik sempat lagi posing lagi di luar restoran.

Ambik gambar pun ikut SOP pakai face mask 😷

Esoknya Suami Terchenta tak ikut sebab dia balik kampung. Asalnya aku plan nak ambik grab je tapi terus batalkan niat bila tengok harga tambang ke Taman Melati. So sis tawakal je la bawak kereta walaupun tahu area Taman Melati tu susah nak cari parking.

Bila Waze kata dah sampai, aku tercari-cari signage Nasi Lemak Marvellous tapi tak jumpa, so ingatkan dah sesat & patah balik. Nasib baik Kak Ret call, bagitau dieorang dah nampak kereta aku & lambai-lambai tapi aku tak perasan pulak. Rupa-rupanya kedai tu dah tukar nama... Patutlah tak jumpa huhu...

Dah duduk order makan apa lagi sambung la bersembangggggg...

Ni cerita pasal jumpa doktor gigi pulak

Seronok sangat bersembang plan nak buat trip naik keretapi ke Kelantan, sampai Abg Sabar barkali-kali tepuk bahu Sis Lin bagitau dah nak gerak balik JB, so sudah-sudah la berborak hahahaha! 😝 Ampunnnn Abang Sabar, maklumlah bukan selalu dapat jumpa kan.

Harapnya jadi la plan trip naik keretapi ni supaya Geng KAMIE meriah kembali macam dulu-dulu. Yang penting bila buat trip, ubat jangan tinggal! 😂😂

Semoga Geng KAMIE meriah semula!

4 comments:

  1. Hahahah tang alarm n ubat tu mmg lawak :D.. Ok harap2 trip kita menjadi la ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenak cari time dah ni sbb tiket ketapi limited sket. hehe

      Delete
  2. Hahaha LOL boleh sama ekk alarm ubat tu hahahaha.. adoiii.. plan slow-slow, insyaallah pasti menjadi.. aamiinn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Tu la, dah tau dah pukul 10 je makan ubat ek. Kena buat sampai jadi jugak hehe.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .