Hari Jumaat biasanya dept aku buat tazkirah. Pagi tadi topik yg sangat menarik. Friendship a.k.a persahabatan. Moral of the story, sahabat sejati itu tak susah, tak menyusahkan dan tak disusahkan!
Bila cakap pasal sahabat sejati, dulu aku ada sahabat sejati merangkap hosmet. Sekarang pun masih sahabat sejati tapi bukan hosmet, melainkan dia jadi madu aku. Muahaha!
Namanya Kak Za. Aku selalu story-mory tentang Kak Za di sini, sini, sini & sini. Kak Za ni cool orangnya. Walaupun aku rasa aku lebih comel drpd Kak Za (wakaka! ampuuun Kak Za!) tapi dia lagi ramai bf dari aku ok. Aku cuma ada sorang bf, sekarang dia tengah tido di atas katil. Sangat kesian kan (bf aku merangkap Suami Terchenta, bukan aku).
Ok, moving on. Kenapa dia cool?
Terus-terang, aku giler admire falsafah hidup Kak Za! Selalunya bila dia tukar bf baru, dia akan bagitau sambil kami makan2 dan aku akan tanya,
'Kenapa Kak Za break dengan si A?'
'Kak Za rasa tak de faedah dengan dia. Agak-agak menyusahkan, tak payah je la...'
Haruslah aku mengeluarkan pemberitahuan bahawa jawapan ini ialah jawapan standard Mek Kelate tu. Bagi dia, kalau balak tu tak de potensi untuk dikekalkan status sebagai BF, lebih baik dia terminate relationship tu. Cari yang baru. Korang kena setuju dengan aku - Kak Za punya falsafah hidup adalah sangat cool.
No wonder la dia ialah seorang yang happy-go-lucky. Rasanya, spjg hidup aku di JB, Kak Za menyumbangkan 50% feel-good-moments, kalau tak aku depressed ok. Bila aku depressed, aku akan mengeluarkan ayat2 jiwang dan very la tidak sesuai dgn jiwa aku dan kalian semua.
Contoh bila aku depressed ialah bila balak aku (a.k.a Suami Terchenta) sms nak break, pastu setengah jam kemudian nak sambung balik. Hahaha! Boleh korang imagine? Kami bercinta dgn sgt tidak serius, tapi bergaduh dgn emosional. Antara gaduh, baik, gaduh dan baik semula, boleh pulak dah kawen. Oh, very la bersyukur kepada Allah sebab pergaduhan percintaan kami sgt tak sia-sia!
Sebenarnya, falsafah hidup Kak Za applicable dlm kehidupan seharian. Kerja dah la sgt stress, kadang2 persahabatan pon boleh bikin stress! Tapi kan, kenapa perlu stress, betul tak? Bak kata Kak Za,
'Agak-agak menyusahkan, tak payah la...'
Persahabatan macamana bikin stress? Hari ini boleh jadi sangat baik, besoknya cuaca jadi mendung diikuti ribut taufan Katrina. Aku bukan seorang yang suka konfrontasi, maka kalau ada yang nak emo, silakan. Makcik ada banyak kerja lain nak dibuat.
Kadang-kadang ada yang suka berpuak2 jugak. Haruslah sgt bangga kerana membuat kafilah sendiri. Orang luar macam aku, tak de kelasss la nak apply membership. Jadi, pemberitahuan. Kami ialah neutral. Pembentukan golongan istimewa tak mendatangkan kesan apa2 terhadap tahap emosi kami. Kalau nak berkawan, sangat dialu-alukan. Kalau tak, kami tak kesah. Excuse me, we happen to have lives to carry on...
Bukanlah bermaksud aku tak appreciate member. Weh, gila ko, tak de kawan? Kawan dengan Suami Terchenta je? Kiteorang dua je, macam kera sumbang? :p Eh, no,no,no... What if Suami Terchenta merajuk, tak nak kawan? Maunya aku kena berkawan dengan diri-sendiri je?
Ada kawan yang sgt la terlalu sejati, kutuk camane pun tak amik hati. Macam Makcik Bibah (kosmet aku dulu). Tengok tu, aku kutuk dia panggil dia makcik. Tapi dia pun panggil aku makcik. Sampai la ni pun kiteorang masih kutuk each other, lagi-lagi hari Jumaat kalau gi lunch dengan dia (ofis dia dekat je). To Bib, terima kasih no, hang la sahabat dunia akhirat. Mintak tolong sama hang, jangan lupa brownies kukus dari Bandung untuk aku!
Then ada kawan-kawan yang share same experience, a.k.a. Fab 5 -1+1. Kalau nak tau, kiteorang penah perang besar ok, berbulan2 jugak nak repair itu friendship. Tapi, if it doesn't break you, it makes you stronger. Sekarang, walaupun semua dah bertempiaran lari dari ofis Mr Trump, tapi kami masih keluar lepak sama2. Kecuali Mr Chairman, sebab dia poyo (tengok tu, aku kutuk dia, tapi dia tak penah marah kan Mr Chairman?) Takdelah, sebenarnya Mr Chairman sekarang di London, so dia tak boleh join dah (kami pon dah tak boleh tumpang BMW dia. Uwaaa!!!). To Fab 5-1+1, I love you all la, terkenang zaman balik ofis pukul 3 pagi!
Lagi ada sahabat-sahabat Msjbox (@ Msjboxers, hahaha! Tengok, aku kutuk korang panggil korang macam seluar boxer tapi kalau ada yang marah sila keluar blog ini sekarang) yg dah beberapa tahun keluar beronggeng sambil pacak khemah merata-rata. Haruslah ucapkan TQ buat En Shai selaku Event Manager bersara. Kalau tak sebab dia bawak cenderahati free dari KL Tower, mungkin tak ramai yang semangat nak gi gathering kan? Hahahaha! To Msjbox friends (Kak Ret/Sis Lin/Kak CT/CM/Kasawari/En Sabar/Kak Dheqchik/Yatt's/Kak Ayu/Yonna/Sishoney/CD/Faizzah/Sodep/Rosli/Fysal/Acai /Shai/Azkam/Kiki/Umie/ Shayz/Kak Kasih/Kak Masy/etc.), you guys rock abis! Apa kata kita pegi naik roller-coaster ramai2 sbb kita tak penah buat lagi?
Kesimpulannya, friendship itu ialah berkonsepkan beautiful, simple, dan merangsang hormon-hormon gembira. Therefore, kalau friendship tu bikin stress & susah hati, apa yang penting? KERJASAMA! Eh, silap!
'Agak-agak menyusahkan, tak payah la...'
😉
No comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .