Si kecik ni, walaupun dah nak masuk umur 23 bulan masih amat manja.

Tidur, mau dalam dakapan emak. Kalau tak dapat, mulalah tayangan drama. Cebik2 bibir, lalu berguguran air mata dari mata buntangnya.

Lalu sang emak tak sampai hati. Diangkat dan diletakkan di perut yang sudah sarat. Si adik menggeliat dan menendang tanda protes. Apa dia peduli? Asal dapat tidur dalam dakapan emak. Walaupun posisi tak seselesa tidur di atas tilam sendiri.

Hakikat nya sang emak tak sampai hati sebab lepas ni si adik bakal keluar dan perlu perhatian. Lalu si kecik ni akan dipaksa membesar lebih awal dari usianya. Dia kan masih bayi, bayi berusia 24 bulan. Nanti dipaksa berkongsi perhatian dan kasih sayang dengan si adik. Tiada lagi 100% perhatian untuk dia seorang.

Lantaran itu sang emak sedaya-upaya memenuhi permintaan si kecik. Biar perut sudah membesar - jika dia mau didukung, mau tidur di lengan atau di perut, mau cebik2 bibir lalu mengamuk, mau sekotak kismis - sang emak tetap akan melayan kehendaknya.

Kerana dia masih lagi satu2nya buah hati pengarang jantung walaupun untuk sebulan lebih ni sahaja.

2 comments:

  1. Smg khayla tak macam Aisy. Aisy sampai sekarang manja terlebih, gatal sikit pun mama yang gosok, adik dia lagi independent. Sampai sekarang mesti berdukung pagi nak hantar ke nursery. huhuhu...

    ReplyDelete
  2. Khayla pun sama gak mcm Aisy... klu gatal suruh ayah dia garukan. Kalau tersepit jari, kena tiup pastu cium jari yg tersepit tu, then kena peluk2 cium2 dia baru dia berenti nangis...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .