Memandangkan hari ni meeting kat Pasir Gudang, aku amik kesempatan buat plan awal2 angkut Khayla dan Mak ikut sama sebab nak bercuti2 di Singapore. Yalah, alang-alang esok hari Jumaat, aku pon extend la stay kat JB until weekend then masuk ke Singapore.
Habis meeting tengahari tadi, aku balik hotel and tido. Letih betul sebab bertolak dari KL lepas kelas dan sampai di Pasir Gudang pukul 2 pagi. Malam pulak kiteorang jalan-jalan cari makan. Oleh sebab malam sebelumnya semua yang datang meeting bagitau dinner kat Pasir Putih Seafood Restaurant adalah terbaek, aku apa lagi terus la GPS kan restoran tu. Lebih kurang 20 minit la dari hotel kiteorang.
Lokasi restoran ni atas air. Yang best nya kalau ko betul2 nak makan kat atas restoran terapung pon boleh sebab dia ada pelantar yang terapung. Tapi sendiri mau ingatlah kalau berombak jaga-jagalah makanan jangan sampai terbalik :p Kiteorang sampai2 je terus datang orang amik order. Servis cukup baik. Tak delah macam kat KT dulu :p
Untuk dinner malam ni aku order ketam masak masam manis, udang goreng tepung, tomyam seafood, kerang bakar dan sayur kailan ikan masin. Saja je nak merasa makanan seafood di sini sebab review yang melambung-lambung dalam meeting tadi. Walaupun order bebanyak, tapi sekejap je dah sampai:
My review:
ABC special - sedap giler... 🌟🌟🌟🌟🌟
Ketam sweet n sour - ketam fresh tak ingat! 🌟🌟🌟🌟🌟
Udang goreng tepung - sangat crunchy 🌟🌟🌟🌟🌟
Tengoklah tu aku order makanan dengan tamaknya. HAHAHAHHA! Tapi siyes aku cakap, memang terbaek! Aku paling heart sayur kailan ikan masin dia sebab dia goreng Chinese style. Mantops kau!
Khayla pulak memang cukup sporting. Sebelum makanan sampai, mak beri dia susu dan lepas tu dia duduk dalam car seat dan makan biskut baby dia. Bila dah kenyang dia terlelap. Mak dan nenek dia pon berpeluang la nak enjoy dinner takyah budak kecik tu :) sayang anak mak ni tau!
Walaupun makan dengan banyak tahap dewa tapi masa nak bayar, total bil tak sampai RM100! Nasib baik aku tak pengsan kat situ bila akak tu bagitau semua sekali cuma RM64.50. Cuba ko order benda yang sama kat KL, kompem ko rasa nak angkut pinggan mangkuk balik sekali sebab rasa cam dah masuk dalam bayaran dinner sekali. Hehe.
Lastly jom layan gambar di Pasir Putih Seafood Restaurant:
Posing ngan Khayla berlatar belakangkan pemandangan air :) |
Khayla dan mak yeng |
So sapa yang duduk di JB, next time leh la belanja kiteorang kat sini kan kan kan??? :p
Karni, aku tak tahan tengok ABC tu la..gile macam sedap je..aiskrim lak tinggi menggunung
ReplyDeleteFiza: Memang sedap giler. Berbaloi pergi ke sana sebab makanan dia sedap dan murah :)
ReplyDeletesedapnyerrr
ReplyDeletewah bole try lepas ni...
ReplyDeleteLin oo Lin, jom!
Dah dapat port baru hehhe ;p
arghh.... lamak dah sik ke sia eh... lebih 5 tahun kalik...
ReplyDeleteKak Ret: Try, jangan tak try... memang sedap woo... harga pun berpatutan :)
ReplyDeleteUmi Mya: mmg sedap!
Romzi: Bila next time turun JB? Embak la Amai makan kat siya :)