Hey you. Purple laptop. Yummy! ~
Saya ingin gigit-gigit kamu. Lepas tu, saya mau belai-belai kamu. Manja-manja dengan kamu. Gediks2x sepuas-puas hati sama kamu. Tapi, kamu bukan milik saya lagi :( Owwh... syahdu!
Kamu ialah CLK (Cute Little Komputer) saya version 2.0. Kerana version 1.0 ialah CLK yang selalu saya tunggang ke ofis 100km/j. CLK yang ada masalah temperamental tu. Haha. Sungguh comel bukan? Saya memang 'emo' satu macam dengan harta pertama saya. Yalah, saya bukan lahir senang-lenang, masih hingusan lagi sudah dapat hadiah laptop / kereta dari ibubapa. Saya gigih bekerja kumpul2x duit supaya dapat memiliki sendiri harta-benda. Therefore, saya memang sangat appreciate ye CLK2x yang berjasa ni.
Berbalik kepada CLK 2.0.
Dulu kan. Suatu hari saya berjalan-jalan di Low Yat dengan chenta hati saya (waktu tu, kamu semua masih tak tau dia tu ada affair dengan saya. Ngeh~3x!). Dalam genggaman tangan (cewaah! cerekarama semata-mata), hasil penat-lelah berhempas-pulas membanting tulang mengerah keringat jadi hamba abdi (merepeks yang over2), ialah wang sebanyak RM2k (ya, dulu tu laptop adalah barangan mewah. Bukan macam sekarang, paling murah pun RM800 buatan Malaysia). Puas kami ke hulu ke hilir di Low Yat mencari laptop yang murah. Dulu, brand2 A*er, Ben*, etc memang dijual dgn sangat mahal, almost RM3k. So** V***o toksah cerita la kan. Harga sebijik boleh buat downpayment rumah. Hahaha! (Gelak kecewa).
Akhirnya kami terjumpa CLK di suatu kedai di suatu ceruk. Duit bertukar tangan. Chenta hati terpaksa mendermakan RM100 kerana terlebih dari bajet saya (diulangi, semasa itu laptop adalah barangan mewah...). Akhirnya selepas sekian lama, hasrat saya memiliki laptop sendiri pun tercapai :)
CLK, kamu baaaannyyaaakkk tolong saya. Kita sama-sama berhempas-pulas siapkan proposal En Trump sepanjang malam, kamu ingat kan? Lepas tu kita sama-sama 'hang'. HAHAHAHA! Kamu teman saya bermain Diner Dash, blogging, dan buat design2 yang canggih. Tanpa kamu, En Photoshop dan saya tak akan selalu dating dan bersilat2x membuat header yang sungguh menawan.
Saya dan CLK selalu travel sama2x. Semasa bosan2 tunggu flight kita akan ber'online' sakan di departure lounge. Dalam ERL pukul 5pagi, mengejutkan CLK untuk meng'update' blog sementara sampai ke destinasi.
OK. Enough. Cukup saja saya katakan bahawa I HEART YOU CLK. Walaupun kamu laptop murahan yang takde brand. Tapi kamu tetap banyak berjasa kepada saya.
Sampai la satu ketika. En Suami telah menjatuhkan kamu ke lantai. Kamu tau waktu tu perasaan saya bagaimana? Semasa kamu terhempas tak berdaya, jantung saya pun terhempas sama. Rasa nak hempas En Suami dari tingkat 3 rumah kami. Tapi, tidak logik la kan? Macam aku lebih sayang laptop dari En Suami??? (oh well. Saya mengaku, sesaat itu ada membayangkan melakukan perlakuan keji itu).
Tapi nasi sudah jadi bubur. Kamu dah tertiarap di lantai. Adapter pun dah patah. Sama macam hati saya patah :( Rasanya selama seminggu mau nangis golek-golek atas lantai. Tapi, seminggu je la. Lepas tu macam suami kematian isteri. Tanah kubur isteri masih merah dah gedik2 cari wife baru. Oops. Sesetengah suami je ye. Bukan semua...
Saya pun mulalah pasang mata dan ketuk2 kalkulator. Mau beli netbook. Netbook kecik dan ringan dibawa ke mana2. Tak la lenguh2 tangan dan bahu membawa laptop yg gedabak. Sampai di Low Yatt dgn tak dirancang lalu membawa pulang sebijik netbook Sams*ng. Bateri tahan 8jam. Woah. Memang tak perlu bawa charger = kurang berat.
Lalu kamu dimasukkan dalam beg dan disumbat ke bawah katil. Sedih kan. Carneyz, kau kijam! Kijam! Habis madu sepah dibuang! :( Tapi hakikatnya, saya sentiasa terbayang-bayang mau membalas jasa CLK. Dia deserve owner baru yang akan memanfaatkan beliau dengan lebih baik dari saya. So, bila adik saya setuju untuk meng 'repair' CLK, maka saya dengan senang hati bagi CLK kat adik.
Last week, kami pun ke Low Yat. Hantar CLK untuk repair. Then adik pun mula lah gedik2 membeli barang-barang sampingan... mouse, notebook security lock etc. Tiba-tiba dengan tak semena2 kami lalu di satu booth yang pasang kulit laptop. Saya terpukau. Adik tak berapa (dia sangat skema ye, kawan-kawan). Katanya duit yang kakak kami bagi cukup-cukup untuk repair laptop sahaja.
TAPI KAN. Saya kan degil. Lagipun saya MESTI balas jasa CLK. MESTI make sure CLK bertukar tangan dengan bangganya. MESTI make sure CLK tak merajuk sama saya. Huahuahua! Saya memang 'emo' satu macam dengan CLK. Adakah laptop yang tak bernyawa boleh merajuk?
Last-last adik pun setuju meng'pau' kakak untuk duit tambahah untuk share kos makeover CLK. Dan yang paling penting, dia SETUJU DENGAN WARNA PURPLE! WOOHOO!~
Sigh. Kamu kan CLK. Jaga diri baik2x. Jangan degil2x dengan owner baru. Adik, sila jaga CLK dengan baik, bagai menatang minyak yang penuh. Kamu lihat kan, walaupun CLK dah berumur 4 tahun+, badannya elok dan tak de scratch langsung. Kamu lihat kan, betapa saya jaga CLK elok2? Sebabnya. Kamu akan tau bila kamu dah start bekerja esok2 dan betapa susahnya mencari wang untuk membeli barang kesukaan kamu.
Sayang kamu selalu, CLK.
-Carneyz-

2 comments:

  1. alaaa...romantiknya percintaan kakCarneyz dgn laptopnya :D

    ReplyDelete
  2. Drama queen juak kau tok....hahaha...but nice la the new makeover..mesti ko jeles, tp netbook ko kacak juak hehehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .