Last week adalah menyeronokkan. Tetiba kami mengalami percutian mengejut sempena Hari Keluarga ofis saya.
Tempat yg dituju ialah Felda Hot Spring, Sg Klah di Perak. Dari KL cuma 1 jam lebih je. En Suami Terchenta seperti biasalah nak bertolak awal. Saya seperti biasa la, rilek je. Nasib baik kami sampai lambat, sebab rupa-rupanya bilik kami tak siap lagi walaupun tiba di sana pukul 3ptg!
Tak sia-sia kami tunggu begitu lama, bilik kami adalah sangat anggun! Dengar citer, Uncle Deri lah arkitek yang men-design ini resort. Syabas Uncle Deri! Psst... boleh ke buat interior design utk rumah kami? (macam la byk sgt duit kau, Carneyz).
Katil single yang dicantumkan. Disappointed sebab tak dapat katil queen apa lagi sbb dah bayar RM200/smlm...
Lepas check-in, apa lagi haruslah memenuhi tujuan utama ke resort ni - main air! Ada dua jenis kolam air di resort ni i.e. kolam air panas dan kolam air sejuk.
Kolam air sejuk - kami main slide mengalahkan budak-budak sampai kena tegur dgn bos! Muahaha!
The next day, kena bangun awal-awal pagi lagi sebab ada aktiviti senam-robik.
Dah bosan bermain-main air, satu lagi aktiviti yang menarek ialah merebus telur. 5 biji = RM2. Uniknya di sini, air panas ni ialah au naturel gitu.
Malam tu pulak, ada dinner bersama semua staff. Setiap family dikehendaki datang dengan tema masing-masing.
The next day, kena bangun awal-awal pagi lagi sebab ada aktiviti senam-robik.
Lepas senam-robik, semua dah kelaparan dan berpusu-pusu pergi ke kafe macam piranha. Lepas bekpes, aktiviti sukaneka pun dimulakan.
Tengoklah budak2 ni sungguh teruja nak tangkap bola. Siapa tangkap bola paling banyak, team dia la menang
Mak dan bapak pun turut bermain di padang. Ada permainan baling belon air ke belakang dan boling kelapa. Apa yang pasti, memandangkan orang yang menyambut belon air di belakang saya ialah bini bos sendiri, saya berhati-hati baling supaya beliau tak basah! :p Kalau tak, bersiap-sedia akan mendapat rating buruk tahun ni. Heheh.
Lastly, ini ialah satu percutian yang boleh dikelaskan menghiburkan. Saya puas hati. Mungkin sebab sebelum ni saya sebenarnya tidak la begitu teruja hendak pergi :p Ok Msjbox, apa lagi kita serbu Felda Hot Spring Sg Klah ni! (tapi nak pergi sini, kena poket tebal sket)
behnye... lps rebus telur tu, mkn terus jelah kat situ eh? diorg bagi kicap tak? hehehehehe
ReplyDeletesungguh seronoknya,
ReplyDeletesalamm,