Kawan-kawan, terlebih dahulu mari kita berselawat ke atas Junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W. Terima kasih Ya Allah, kerana mengutuskan baginda sebagai Nabi kami dan kerana menjadikan kami Umat baginda. Salam Maulidur Rasul :)

Kamu tahu semalam saya sebok menghebohkan di FB akan bermain futsal di Ampang Sports Planet pukul 8 malam?


The real story is saya dan ofismet telah kena DITCHED. Sampai2 di sana, seorang pun tak nampak batang hidung. Dari satu court ke satu court, kami menjengok2 macam anak zirafah hilang ibu. Eh, anak zirafah hilang ibu kena jengok2 jugak ke? Bukankah leher zirafah panjang macam... zirafah??

Melalut. Anyway, kesudahannya ialah happy ending. Kami tetap meneruskan usaha gigih bermain futsal. Dengan strangers. HAHAHA! Sumpah. Kami buat muka bodoh pergi jumpa satu team yang ada players perempuan dan tanya,

'Hi guys. Boleh tak kiteorang join? Kiteorang baru je kena ditched. Sedey giler.' Tambah buat-buat muka yang tak tabah. Dan nasib baik percubaan nasib kami berjaya. Kalau tak. Sia-sia saja membuat ketabahan hati datang bermain futsal.

Oh yeah. Saya masih KAKI BANGKU. :(

Hari ni pulak, Suami Terchenta dan saya pergi ke Jusco. Konon-konon hendak membeli sepasang seluar jeans baru. Akhirnya tiada yang berkenan. Lalu kami menyoppingkan diri di Jusco, membeli barang-barang dapur. Bila nak keluar, dengan tak semena-mena adalah hujan. Sementara tunggu hujan berhenti, kami pun lepak di Starbucks membuat ini:

La~la~la~...

Baik-baik, jangan runtuh...

Hmm... fikirkan strategi seterusnya.

Siyes comel Suami Terchenta concentrate mengalihkan blok ni.

Keputusan berani runtuh!

Sepandai-pandai mengalih blok, akhirnya jatuh berderai jua!

Sesekali, bermain permainan tradisional (i.e. yang tak memerlukan elektrik dan Internet) pun sangat mengujakan. Hehe.

No comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .