Perbuatan sekarang: Menonton Giuliana & Bill di Astro channel 712. Giuliana sgt comel. Bill bawak Giuliana naik small aircraft tapi minah tu cuak giler. Omg. Kalau saya jd minah tu saya akan mintak hubby saya bawak smp muntah darah. Sgt meninggikan adrenalin ok!

Talking abt adrenaline. Dua minggu lepas saya menjalani adventure di Gua Niah. Haruslah bila balik kampung halaman mencuri kesempatan melawat tempat menarik di negeri sendiri. Sebab. Air muka saya terjatuh tiap kali orang tanya, 'Kau pernah Gua Niah kan?' Biar saya membuka pekung di dada. INI IALAH PERTAMA KALI TELAPAK KAKIKU BERPIJAK DI GUA NIAH *lariiik!*

Sangat kesian kan. Tapi takpelah. Better late than never! Trip ini ialah sebenarnya tak dirancang. Otw balik dari rumah Kakanda Terchenta tiba-tiba kereta kami melencong ke Gua Niah. So bermulalah aktiviti paranormal kami anak-beranak. Saya, Bonda Terchenta, dan adik2.Dari Miri ke Gua Niah cuma ambil masa 1.5 jam.

Bayaran masuk cuma RM10 seorg (RM5 utk student). Tambang perahu ke seberang cuma RM1 seorg (one way). Dari jeti perahu, kami kena menapak sebanyak 10,000 langkah. AHAHA! Acah je. Baru 3km atau 45minit. Kesian Bonda kena buli. Tapi mesti mak dah kurus kan? ;)

Kalau korang sukakan adventure dan tak kesah menginjak-injak tahi kelawar maupun membiarkan aroma tahi kelawar menyapa keras di hidung, maka saya rekemenkan tempat ni. Tapi kalau korang jenis yang geli-geleman, pembersih dan sangat la sensitif dengan bau-bau najis, forget it. Kamu lebih baik duduk di KL je.

Saya tak mau cerita panjang2 lagi sebab jari2 saya dah letih menghentak keyboard.

1 comment:

  1. seronoknya gi gua niah, haku baru nak weekend nih, ikiki

    salamm, nice blog

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .