Wanita kerjaya = sucks.

Semalam keluar ofis pukul 9mlm. Sucks. Beli tiket LRT, call Ayahanda Terchenta. Oh, sudah sampai rumah. Bagus2x. Agak kesal sebab tak dapat menghantar orang tua sendiri pulang ke kampung. Apa nak buat. Jadi wanita kerjaya yang ada meeting whole day memang begitu. Sucks.

Walaupun badan saya sangat penat, dalam lrt sempat lagi buat kerja. Huhu. Harus bagi tamparan kepada diri sendiri. Dulu beriya2 nak sangat kerja ni kan, amik lah! *Tempeleng diri-sendiri*

Saat2 macam ni, saya rindukan Pakcik Trump.

...

Apa yg saya melalut nih? Pakcik Trump dera saya lebih dahsyat. Saya balik ofis pukul 3 pagi. Saya mati-matian siapkan proposal utk Pak Lah sampai tak tido. Saya kena pergi meeting pukul 10malam! Semua gara-gara Pakcik Trump!

Maafkan saya. Otak saya penat sebenarnya, jadi berhalusinasi sekejap.

Saya mahu bukak bisnes sendiri saja. Siapa mau jadi bisnes partner saya sila angkat tangan! Kita bukak kafe dan lepak hari-hari. Apa macam?

Bila jadi macam ni, alangkah bagus jadi tukang angan2 profesional :p

No comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .