Malam ni makan malam kami sangat sempoi. Lepas solat Maghrib, jenguk2 kat dapur. Geledah apa yang ada. Hmm... Bahan2 yang dijumpai:

1. Telur
2. Sayur brokoli yg semakin kuning (muahaha! terserlah kemalasan saya memanaskan kuali akhir2 ni)
3. Beras
4. Bahan2 mentah e.g. bawang, rempah-ratus, cili, kicap, cuka etc.
5. Tomato

Aktiviti menggeledah semakin berleluasa, akhirnya terjumpa...

6. Corned beef (cap halal, buatan Sarawak ok)

Ikutkan hati yang malas, lebih baik amek kunci motor dan 'memasak' di pasar malam. Tapi kerana perut yang lapar lepas berpoya2 di Sunway Lagoon hari ni, ditambah cuaca buruk kat luar (malasnya nak kena pakai baju hujan!), therefore haruslah berfikir nak masak lauk apa dengan bahan2 ittew.

Akhirnya berbekalkan semangat waja & resipi Kak CT (Kak CT, saya pomot ni!), therefore kami suami isteri pon dengan rajinnya memasak makan malam! Caya la beb! These are our lauk malam ni:

nasi corned beef Sarawak

Resipi Nasi Corned Beef:

  • 1/2 tin corned beef
  • 1/4 ulas bawang besar
  • Nasi
  • Sedikit minyak untuk menggoreng
  • Sedikit garam
  • Cili (jika suka)

Cara-cara:
1. Panaskan minyak, masukkan garam (supaya minyak tak memercik)
2. Tumis bawang besar sampai kekuningan
3. Masukkan corned beef & tumis
4. Masukkan nasi dan gaul rata
5. Goreng hingga sebati

telur acar

Untuk resipi telur acar, sila klik sini. Oleh sebab bahan2 kat rumah tak lengkap, therefore saya adalah modify sikit2 tapi rasanya tetap heaven. Oh ya, tambah tomato pun sedap ;)

broccoli butterResipi broccoli butter:
  • Brokoli
  • Bawang putih
  • Sedikit butter untuk menumis

Cara-cara:
  1. Cairkan butter
  2. Tumis bawang putih
  3. Masukkan brokoli dan tumis

Actually, sebab bawang putih kami sudah habis, saya terpaksa la gantikan dengan...

'Garlic Spread'

Lantak la, janji rasa bawang putih. Betul tak? Muahaha!

Disebabkan kami cuma berdua, lauk-pauk (kecuali sayur) berlebihan tapi tak apa. Boleh panaskan semula untuk breakfast esok pagi ;)

No comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .