Psst. Ini ialah prospektus investment. Pembaca2 blog yang budiman, saya nak jual trust fund yang sangat menarek. Low risk, high return. Silap2 anda semua boleh jadi kaya-raya, beli sebijik banglo dengan taman yang sangat luas, mengalahkan property di Sierramas / Sri Hartamas. Ada mau?

Trust fund ni namanya Baitul Kasih. Sekiranya anda beli trust fund ni, anda tentu tak akan rugi, malah profit beratus2 ribu kali ganda daripada investment. Masih berminat?

Mari kita berkenalan dengan trust fund Baitul Kasih:

Baitul Kasih terletak di Bukit Rahman Putra & menempatkan 19 orang anak2 yatim & OKU, tapi sebenarnya penjaga rumah ni ada menyewa dua buah rumah lain untuk menampung another 20+ anak2 yatim. Jumlah anak yatim semuanya ialah 40+ orang:

Anak kecik ni namanya Fatimah. Dia kanak2 special sebab cacat penglihatan tapi dia sangat comel. Kedua2 ibu bapa Fatimah sudah meninggal dunia.


Adik ni pulak namanya ialah Zakaria. Dia seorang anak autism
.

Sebahagian lagi penghuni Baitul Kasih


Tugas saya sebagai penjual trust fund ialah mengumpulkan sumbangan dari buyers (iaitu pembaca blog yang dermawan) :

1. Pampers bayi (saiz M& L) & orang dewasa (untuk remaja OKU)
2. Susu bayi (Dutch Lady 1-2-3)
3. Barangan peribadi i.e. ubat gigi/syampu/sabun/berus gigi
4. Pakaian2 terpakai (yang masih elok & sesuai untuk kanak2 berusia dari 1-17 tahun)
5. Milo
6. Beras / gula / tepung gandum - barangan dapur
7. Alat2 mainan
8. Buku cerita kanak2 / buku teks / buku2 agama
9. Kipas angin (standing fan)

- Sumbangan dalam bentuk wang adalah tidak digalakkan.

Memandangkan kami akan mengadakan kerja2 amal di Rumah Baitul Kasih pada hari Ahad ni, besarlah harapan sekiranya ada yang menyumbang barang2 keperluan di atas & dihantar ke rumah kami selewat2nya pada hari Sabtu. :)

Sesiapa yang berminat nak join pun boleh juga. Aktiviti kami lebih kepada meluangkan masa dengan anak2 yatim sebab sebenarnya mereka lebih memerlukan perhatian daripada bantuan material (berdasarkan pengalaman buat kerja amal di rumah anak2 yatim di Titiwangsa, kanak2 itu lebih dahagakan kasih sayang)

Sekian terima kasih. Boleh bersurai ke blog masing2.

Website Baitul Kasih: http://baitulkasih.com/

No comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .