Saya seronok tak terkata.

Kali ni, kami turun ke Selatan pula untuk cuti 2-in-1. Jalan-jalan Singapura dan cuti2 goyang2 khemah kali ke-2 bersama Msjboxers! Hahaha. Bunyi macam seluar boxer pulak. Kwang3x...

Kalau ikut plan asal, sepatutnya saya tak join cuti2 di Sedili. Saya terpaksa balik ke KL awal sebab adik saya mendaftar di UiTM. Sebagai kakak yang baik hati (kononnya), haruslah saya tolong adik saya.

Tapi adik saya kata, dia boleh pergi ke UiTM dengan kawannya. So, dengan terkejutnya, saya pun boleh la join aktiviti berkhemah di Sedili. Muahaha! Saya memang suka bangat aktiviti2 outdoor ni!

Kami bertolak ke Sedili hari Sabtu, dengan berkonvoi beramai2 - Kak Lin & family (kereta Merz), Kak Maria (Moralle) & family (kereta Lancer), Kak Ret, Nad, Matok (kazen Nad), Rosli (Tuah), Sodep (kereta Gen2), CM, Kak Siti & family (kereta Waja), Kasawari & family (kereta Gen2) & Bonda Rock (tak pasti kereta apa). Shai pulak as usual, jadi penumpang tetap Sang Kancil kami. Hari pertama, semua orang kena pakai baju warna biru. Tapi sebab Suami Terchenta tak remind, maka aku cuma boleh pakai tudung warna biru. Hihi. Jangan marah semua orang!

Team biru datang menyerang Mutiara Motors Resort!

Happening sangat kan? Rugi sesiapa yang tak ikut!

Sampai2 je di Sedili, orang resort baru nak set up khemah. Apa? Sungguh tak berpatutan! Jadi kami pun bertempiaran di tepi pantai. Maklumlah, di KL tak jumpa pantai. Even Lembah Pantai pun takde pantai.

Suami Terchenta layan blues...

Saya & Suami Terchenta pulak layan blues...

Bila tengahari, suami Kak Lin pergi beli nasi bungkus untuk segerombolan kanak-kanak dan orang dewasa yang kelaparan. Kami pula sebok menghias khemah masing2. Antara khemah2 menarik:


Khemah anak-anak dara Kak Lin

Khemah kiteorang?

Hasil kerja last minute...

Petang tu, kami main games buat aksi (Kak Retna menunjukkan kehandalan buat aksi perempuan tua nak terberanak, CM pulak gelek Inol macam tak hengat dunia,) musical chair (sampai anak Bonda Rock nangis2 tak menang), goreng pisang dan tarian chicken dance & poco2. Tak sia2 saya pergi ke kursus orientasi ok, sebab dapat belajar chicken dance & poco2. Lepas tu, barulah aktiviti bebas iaitu bermain di pantai.

Tapi memandangkan hari mendung dan angin agak kencang, sekejap saja kanak2 riang bersukaria di tepi pantai. Saya tak join sebab saya mandi di toilet. Maklumlah, tengah *tooot*.

Lihatlah aksi2 kanak2 Ribena kawan2 Msjbox kita

Saya dan Suami Terchenta duduk di bawah pondok, menikmati angin petang di tepi pantai sambil makan kuaci. Seronok sungguh. Kalaulah hari2 boleh buat macam ni. Tak lama lepas tu, angin semakin kencang dan hujan turun selebat-lebatnya! Semua lari masuk ke khemah masing2, termasuk saya & Suami Terchenta.

Baru nak dating, tiba2 atap khemah bocor! Bukan khemah kami saja, khemah orang lain pun bocor jugak. Kesian kami. Kalau ikutkan hati, nak saja mintak refund. Tapi, kami tak sampai hati pulak. Hehe.

Maka, aktiviti BBQ seafood terpaksa la buat indoor saja.

Semua tak sabar tunggu ayam bbq

Sempat ambik gambar sebelum makan

Lepas makan, kami beredar ke tapak khemah untuk aktiviti seterusnya - sesi berkenalan dan tukar2 hadiah.

Sodep & Deq Naz tak sabar-sabar nak bertukar2 hadiah

Sememangnya aktiviti Msjbox ni buat orang semua gembira dan hepi2. Maklumlah, lepas bekerja, semua dah tak de geng nak keluar bersosial. Dengan adanya aktiviti Msjbox, barulah semua dapat berkumpul dan buat aktiviti gila2. Hoho. Seronok tau! (ulang sekali lagi)

Apapun, diucapkan terima kasih kat Kak Lin & family, and Kasawari jugak yang bersungguh2 menjayakan aktiviti Camping di Johor kali ni :) Dengar ceritanya, Kak Lin akan sponsor rumah terbuka untuk Hari Raya tahun depan. Apa lagi, jom kita serbu rumah Kak Lin beramai2!

p/s: Cerita Msjbox Holiday 2008 ni cuma setakat hari pertama, sebab hari kedua, saya dah memecut bersama Sang Kancil ke KL. Kesian Suami Terchenta, kena naik bas balik ke rumah.

No comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .