Suami Terchenta sudah ketagih.
Sejak balik dari Madrid beberapa bulan lepas, Suami Terchenta sudah bersemangat waja. Nak bercuti2 di luar negara. Apa nak buat. Suami Terchenta sudah jadi international. Salah siapa? La~la~la~la~la~....
Demi memenuhi impian Suami Terchenta, saya ajak dia ke luar negara. Susah apa? Passport dah ada. Tinggal nak tukar duit je. Tiket kapal terbang? Tak payah. Sebab apa? Sebab luar negara itu ialah SINGAPURA.
Oh my God, nak ke seberang tambak pun nak kecoh seluruh dunia. Apa nak buat. Kami bukan selalu pun makan angin di seberang laut. Walaupun saya sudah banyak kali juga masuk ke Singapura atas urusan2 kerajaan (kerjalah, apa lagi).
Nasib baik ada Kak Lin. Kak Lin bermurah hati hantar kami ke Larkin supaya kami tak perlu risau tinggalkan kereta di JB. Sebelum bertolak ke Singapore, wajib isi white form dulu:
Kami naik Bas SBS 160 ke Queen Street tapi kami berhenti di Kranji MRT Station. Kak Moralle sekeluarga berbaik hati nak hantar kami ke Raffles Street, iaitu ke tempat landmark Singapore yang paling femes - singa berbadan ikan duyung (a.k.a. Merlion). Suami Terchenta lah yang beria2 nak bergambar dengan binatang aneh tu. Saya iyakan aje.
Sebenarnya, saya nak tengok wajah baru CIQ complex Johor. Dulu, bangunan imigresen Tg Puteri tu mak aih, buruk lagi usang! Saya sebagai warganegara Malaysia pun rasa malu dengan Singapore. Sekarang tidak lagi. CIQ complex tu sangat cantek! I loike! (Tapi nak berjalan ke terminal bas, sangat la jauh!)
Sampai2 di Woodland, Suami Terchenta call Kak Moralle. Rupa2nya mereka lambat lagi. So, kami pun decide meneruskan perjalanan ke Kranji MRT Station. Ingatkan nak pergi ke Raffles St tu naik MRT saja. Tapi, Kak Moralle call dan suruh tunggu di situ. Dia akan hantar kami ke sana.
Signboard di Kranji MRT Station. Lebih kurang naik subway di Madrid, tapi tak sekompleks di sana
Welcome to Singapore, bebeh!
Suami Terchenta posing depan Merlion muntah air
Honeymoon kali ke-??? di depan Merlion lagi
Posing depan Theatre on The Bay
Jalan2 di Esplanade Park
No parking or dropping passengers di line zigzag ok!
En. Suami posing di depan Cavenagh Bridge & Fullerton Hotel (rasanya)
Boat Quay ya, tuan2 & puan2...
Ini pulak ialah Clarke Quay, tempat aku meeting dulo2
Ada air pancut di Clarke Quay. Clarke Quay pon sangat menarek hati kami, tapi menurut org Singapore, tempat ni lebih happening waktu malam
Siapa nak naik Duck tours, kenderaan yang boleh jalan atas darat dan juga dalam air, sila angkat tangan & kaki!
Jalan2 cari makan di Singapore Zam Zam
Nasi beriani Singapore yang sedap
Murtabak kambing Singapore
Kak Moralle dan keluarga yg bermurah hati belanja kami makan di Singapore
Suami Terchenta posing depan Merlion muntah air
Honeymoon kali ke-??? di depan Merlion lagi
Posing depan Theatre on The Bay
Jalan2 di Esplanade Park
No parking or dropping passengers di line zigzag ok!
En. Suami posing di depan Cavenagh Bridge & Fullerton Hotel (rasanya)
Boat Quay ya, tuan2 & puan2...
Ini pulak ialah Clarke Quay, tempat aku meeting dulo2
Ada air pancut di Clarke Quay. Clarke Quay pon sangat menarek hati kami, tapi menurut org Singapore, tempat ni lebih happening waktu malam
Siapa nak naik Duck tours, kenderaan yang boleh jalan atas darat dan juga dalam air, sila angkat tangan & kaki!
Tengahari pulak, Kak Moralle call tanya kiteorang kat mana. Kami pergi makan bersama2 di Restoren Zam-Zam di Arab St. Lunch kami ditaja oleh Kak Moralle (Makaceh, Kak Moralle!)
Nasi beriani Singapore yang sedap
Murtabak kambing Singapore
Kak Moralle dan keluarga yg bermurah hati belanja kami makan di Singapore
Oleh sebab entri ini sangat panjang, cerita selanjutnya i.e. jalan2 ke Night Safari saya akan sambung esok. Sebab. Sekarang saya sangat mengantok. Esok pun kena bangun awal, nak kerja. Ok, jangan nakal2 & selamat malam!
No comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .