ADNFD - Premier Deluxe; RM107.80 untuk katil tingkat atas, dan RM127.80 untuk tingkat bawah (Photo source: Here) |
Pada pendapat aku, travelling waktu malam lebih selesa dan selamat kalau naik tren. Sebabnya, sampai2 je hari dah cerah. Tak perlu susah2kan orang jemput di stesen bas pukul 3 atau 4 pagi. Lagipun ada katil yang selesa dan bilik mandi pun ada (tapi airnya sejuk!). Masa di France dulu, aku pernah naik SNCF train dari Nice ke Paris. Therefore, aku buat perbandingan dan hasilnya, koc KTM jauh lebih selesa, ruang lebih luas dan perkhidmatan lebih mesra dari SNCF. Syabas, KTM! KTM Boleh!
Tapi malangnya, aircond yang kuat menyebabkan demam selsema aku bertambah teruk dan mood aku bertambah jatuh. Sampai aku mengamuk dengan Suami Terchenta sebab lambat sampai. Huhu. Kesian dia ada isteri macam singa. Tapi Suami Terchenta ada teori lain. Teori yang lebih kaler2. Muahaha! Takpe, takpe. Sekarang isteri terchentanya dah tersenyum lebar semula. Terima kasih Power Root!
Perjalanan ke Pulau Pinang bermula pada pukul 8pagi. CLK berlari dengan semangat Power Ranger ke Jawi. Kami travel ikut highway Utara-Selatan, melimpasi pemandangan air terjun Lata Kinjang yang mengkagumkan, Gua Tempurung, Bukit batu kapur, dsb. Akhirnya kami sampai di Jawi pukul 12.30tghr.
Anyway, Selamat Pengantin Baru buat Dillenia / Nurshahidayah Razali! :) Dia ialah salah seorang best friend Suami Terchenta masa di UTM dulu.
Dillenia dan suaminya - sama cantik, sama padan :) |
CLK berehat selepas penat berlari-larian dari KL ke Pulau Pinang sebelum patah balik ke Perak |
Lepas mandi dan solat jamak, Suami Terchenta suruh aku berehat di bilik. Bila terjaga, baru mood aku rasa lebih selesa. Fysal berikan ubat selsema. Nasib baik la kawan tu pembantu perubatan. Ada jugak stok ubat-ubatan di rumah.
Secara terus-terang, aku katakan. AKU SUKA PARIT BUNTAR! Suasana kampungnya relaks, tak huru-hara macam di KL. Ada beberapa sebab yang buatkan Parit Buntar as destinasi favourite aku:
Pantai Ban Pecah, Tg Piandang
Lepak2 waktu petang di sini memang best. Angin sepoi-sepoi bahasa, pemandangan laut yang cantek, dan gerai2 makanan yang menjual makanan panas. Kami duduk dan Fysal pesan cucur udang yang sedap. Suami Terchenta pesan ABC dan Shai beli keropok lekor. Kami berborak2 sampai senja. Aku suka suasana santai dan angin laut waktu petang.
Bot nelayan berlabuh waktu senja |
Suami Terchenta - Peace! |
Shai dan Fysal, berposing sakan |
Char Kuey Teow Paling Sedap
Kalau aku pengacara Jalan-Jalan Cari Makan, dah lama aku bagi 5-star rating kat char kuey teow kat sini! Memang sedap tak terhingga. Bak kata Suami Terchenta, selak2 udang baru jumpa char keuey teow, bukan sebaliknya!
Char Kuey Teow Parit Buntar, RM2.50 je sepinggan |
The kind of recipe I like! |
Tak hirau kiri dan kanan, masing-masing asyik menikmati kesyedapan char kuey teow (dari kiri: Fysal & isterinya Intan, dan aku) |
Wireless Internet - Free!
Kalau kami sudah bosan bayar pelbagai jenis bil di KL, kami pasti akan berpindah ke Parit Buntar untuk tujuan satu-satunya - surfing Internet secara free. FREE, kamu tahu tak? Mesti ada yang katakan - kalau free mesti lambat terkedek2. Kamu silap besar! Parit Buntar ada connection Internet yang free dan high-speed. Kami hampir kerasukan kerana terlalu gembira bermain Internet sambil update blog tentang perjalanan kami hari ini (note: Internet free ini ialah hasil ihsan Pejabat MDK Parit Buntar)
Penduduk Parit Buntar yang hi-tech |
Kami pulang dari aktiviti bersukaria bila larut malam. Malam tu, kami sempat lagi meluangkan masa menikmati pemandangan langit cerah ditaburi twinkle-twinkle little stars. Dah lama aku tak merenung bintang sebab di KL, jangan harap akan nampak bintang. Kedua selepas ikan di tasik, aku suka bintang di langit. Kalau aku tak dapat tido, Suami Terchenta akan nyanyikan lagu Twinkle-twinkle Little Stars. Therefore, I sangat heart bintang!
Twinkle, twinkle little stars... How I wonder what you are... |
Next posting, aku akan story-mory pulak pasal trip ke Pulau Pinang :) Sebab sekarang aku dah penat bercerita. Hehe. Gud nite!
No comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .