Shopping! Siapa tak suka shopping, sila terjun bangunan! Sebenarnya, aku suka shopping. Tapi keadaan kewangan tak selalu mengizinkan. Aku suka shopping di Ikea. Kalau aku kaya macam Paris Hilton, aku akan beli Ikea. I love Ikea! (Iklan: Next month wedding anniversary kami yang pertama, sila hadiahkan barang2 dari Ikea kepada sesiapa yang belum belikan hadiah wedding utk kami :p Muahaha!)
Tapi, yang aku tak suka ialah projek latest ini. Projek shopping mall. Trump mahu buat shopping mall. Jadi, selepas brainstorming nama2 untuk shopping mall ni (termasuk ‘Kepak’. Hahaha!), beberapa nama dah di shortlisted. Oleh sebab aku seorang sahaja kaum Hawa di dalam bilik meeting (dan kaum Hawa ialah penyumbang nombor 1 di shopping mall!), jadi Trump suruh aku pilih nama untuk shopping mall itu. WALIOWEH! Berapa kali korang berpeluang menamakan shopping mall dalam seumur hidup korang???
Probably my best working experience so far. Pilih nama shopping mall. Walaupun sebenarnya aku lebih suka nama yang ada perkataan ‘Avenue’. Aku suka bangat word ‘Avenue’ itu. Gaya, mutu, keunggulan.
Tapi kan. Itu sahaja experience yang aku suka. Lepas tu, everything is extra work for me. Sebab aku kuli. Jadi, aku yang kena buat semua kerja (Sila rujuk posting lama2 tentang kerja). Never mind. Bukankah aku akan ‘membelahkan’ diri dari sini tak lama lagi? *Menghitung hari dan jari*.
Jadi aku bersabar sahajalah.
Petang tadi. Kami meeting pasal shopping mall ini lagi. Branding consultant itu menyerahkan proposal design dan concept. Secara jujur aku ingin bagitau mereka…
I don’t like your designs. Pergi buat balik.
Tapi, mereka consultant kesukaan Trump. Kalau aku tersalah cakap, secara tak langsung, aku menempah tiket maut. Maka bonus yang ditunggu-tunggu tu akan melambai selamat tinggal kepada aku.
Have to be very careful nowadays.
Korang bayangkan design mereka sangat hambar. Ada satu warna dengan tone berbeza. Dan ada logo. That’s all.
Bagi aku apa-apa yang berkaitan dengan shopping mall mesti lah exciting. Mestilah promote lifestyle. So design harus masukkan elemen FUN, LIFESTYLE, EXCITEMENT. Design untuk marketing material shopping mall mesti CLASSY, STYLISH, TRENDY. Mesti buatkan shoppers rasa, ‘Wow! Tempat ni ada style-lah!’ Something like Pavilion KL punya brand identity. Classy.
Jadi, untuk idea brilliant aku itu, aku pulak yang kena carikan sample. Kalau macam tu, better aku yang dibayar gaji consultant? Betul tak?
No comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .