Hasil contengan ekspress! |
Siang tadi, aku concentrate bekerja bersungguh2. Sebab ada 2 poster yang perlu disiapkan untuk die-mail ke JB. Nasib baik hari ini jiwa aku sangat artistik. Dan... Aku perlu mengaku. Sebenarnya konsep ini bukan idea original aku. Aku sangat heart stripe dan bila aku jumpa di Internet, lantas aku mencilok idea bernas ini. Syabas, diri-sendiri! *tepuk bahu diri-sendiri
Well, sebenarnya kerana aku perlu siapkan dalam 2 jam sahaja sebelum dihantar ke printer. Masa yang suntuk itu, ditambah keringat disumbang secara relapaksa tanpa upah ekstra (mana bonus tahun ini???) memandangkan graphic design bukan skop pekerjaan, menjadikan aku seorang designer cetak rompak. Sigh. Tapi aku takkan serik untuk buat lagi :p
Nota kaki & tangan: Ada satu lagi design tapi aku malas nak sambung. Perlu buat business presentation yg lebih utama. Dan... bos aku baru mengkhabarkan berita gembira. Kalau ada rezeki (kalau betul2 terjadi, sebab sebelum ni pun Trump penah janji tapi tak penah2 jadi), kami mungkin akan menghadiri course di luar negara. Kalau betul, so suami terchenta, saya mahu awak renew passport secepat mungkin. Kita berbulan madu di Eropah sahaja!
No comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .