Peringatan: Kepada para penggemar AirAsia, atau staf AirAsia, bagus jauh2 dari blog aku sekarang. Kalau tak, korang akan di 'Nata De Coco' oleh aku! Bzzzzzzzt.. Bzzzzt!!!

Oh, apa? Korang kurang pasti apa itu Nata De Coco? Atau korang ingat Nata De Coco tu makanan jeli yang nyaman dikunyah2?? Oh, silap besar. Nata De Coco tu ialah 'dipanah petir' mengikut bahasa ibunda suami terchenta. Sebenarnya, beberapa minggu lepas, sebelum menghadap ayahanda dan bonda mertua, aku cuba memadatkan kepala otak dengan bahasa tempatan di kampung suami terchenta yang amat berbeda dengan bahasa di daerah lain (apa lagi dengan bahasa ibunda kaum Melanau):

Aku: Dipanah petir dalam bahasa abang, apa ya?

Suami terchenta: Pangkak di nyaru.

Aku (blur2): Apa? Nata di coco?

(Semenjak itu, dipanah petir mengikut kamus kami ialah 'nata de coco').

Balik semula ke rasa tidak puashati dengan AirAsia yang hampehs:


AirAsia memang hampehs!

Kuala Lumpur ke Kuching, 31 Ogos lepas (ETD asal ialah 5.30pm): Oleh sebab mengejar masa untuk check in di LCCT, kami membelanjakan RM70 untuk naik ERL ke KLIA, lepas tu RM35 naik teksi pulak ke LCCT. Bila sampai di LCCT, dengan selambanya kami diberitahu, 'Flight ke Kuching re-timed pukul 7.30ptg.' What the #@!&@!! Suatu pembaziran yang tak boleh dimaafkan! Kalau kami diberitahu awal2, tak perlu susah2 naik ERL dan teksi :( Huhu..!

Kuching ke Kuala Lumpur, hari ini (ETD asal ialah 5.30pm, tapi kami dapat mesej telah re-timed ke 7.30pm): Lepas check-in, borak2 sebentar dengan family mertua. Then, sebelum masuk boarding pukul 7.05pm, kami pergi makan Laksa Sarawak di tingkat bawah LTA Kuching ni. Makan dengan tergopoh-gapah takut terlepas masa untuk boarding. Lepas masuk untuk boarding, AirAsia dengan cerianya membuat announcement, 'Oleh kerana berlaku sedikit kelewatan pada pesawat AirAsia dari Kuala Lumpur, maka penerbangan ini akan ditunda ke pukul 8.30pm.'

AirAsia memang #@!&@#!!???@#!

P/S: ETD = Expected Time of Departure. Bukan Nata De Coco, tau!

No comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .